Tetapi dalam isu ini asas bai’ah yang diangkat ialah dengan menjadikan isteri dan perkahwinan sebagai bahan tebusan. Mengapa isteri, iaitu pihak ketiga dalam hubungan diantara calun dengan partinya menjadi mangsanya. Bagaimana pula dengan anak-anak yang turut akan menjadi mangsa.
Soal samada calun tersebut benar-benar melompat parti atau tidak tidak timbul. Soal samada perceraian benar-benar berlaku atau tidak bukan isunya. Soalnya ialah mengapa kesucian, kemurniaan dan kemuliaan rumahtangga dijadikan tebusan bagi bai’ah politik ini.
Beberapa kesimpulan dapat dibuat berdasarkan catatan Yb Kulim ini antaranya :
1. Wakil Rakyat PAS sendiri tidak bersetuju dengan isu talak tiga cerai taklik ini
2. Isu ini wajar diketahui rakyat kerana ia SANGAT BERCANGGAH dengan ajaran Islam yang mengangkat tinggi martabat wanita dan tidak dijadikan bahan gadaian/taruhan demi kepentingan mana-mana parti politik.
3. YB PAS yang berbaiah sendiri merasakan bahawa baiah keji ini satu cara menutup mulut atau langkah mereka agar tidak melompat meskipun selepas melihat kemungkaran yang dibuat oleh pimpinan tertinggi PAS seperti membenarkan bukan Islam menghina Islam oleh Nik Aziz.
Bagi Panglima, inilah rahsia kenapa ramai YB PAS mendiamkan diri walaupun melihat satu persatu kemungkaran dan juga kesilapan haluan bahtera parti yang dibuat oleh pemimpin mereka. Kita fikirkan mereka diam kerana tidak mahu kecoh tetapi rupanya mereka diam disebabkan baiah yang begitu besar akibatnya jika dilanggar kerana membabitkan nasib isteri dan anak-anak mereka.
Jika pemimpin parti lain berani bertindak keluar parti apabila tidak bersetuju dengan pimpinan parti namun YB PAS dilihat seperti sudah ‘dikasi kemaluan’ dan ‘hilang telor’ kerana berdiam diri . Walhal ia disebabkan oleh baiah rahsia di atas yang baru diketahui ramai dan menjadi tajuk utama Akhbar Malaysia semalam tanggal 7hb November termasuk saya juga.
Apa yang berlaku kepada PAS sekarang ini bagi Panglima adalah :
1. Saat kejatuhan mereka selepas kemenangan besar pada PRU 12 Mac 2008. Di mana isu yang menimpa PAS hingga hampir meranapkan parti mereka tidak ubah seperti ‘teori domino’. Namun kenyataan Hj Hadi yang hingga kini masih lagi mahu kekal bersama Anwar dan Lim Kit Siang akan semakin merosakkan imej PAS dan boleh menjahanamkannya..
2. Ia juga balasan doa mereka kepada UMNO seperti ‘pergi jahanamlah UMNO’ dan doa agar UMNO porak peranda….Satu persatu pergolakan menimpa PAS seperti desakan menyingkirkan pemimpin pro UG oleh Nik Aziz yang mahukan PAS membuat EGM walaupun digantikan dengan seminar politik dan terbaru kebocoran rahsia baiah cerai taklik ini adalah hukuman Allah terhadap kesilapan mereka dalam berpolitik. Lagi malang pendedahan ahli akademik Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah ( Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya ) bahawa sokongan pengundi/ahli muda terhadapa pimpinan parti semakin merosot sebanyak 70 % adalah satu lagi tamparan hebat. Kajian berdasarkan sampel 2100 responden dari Pantai Timur dan Utara adalah petunjuk jelas PAS semakin teruk walaupun masih kekal bersama Pakatan Rakyat.
2. Semua yang berlaku adalah balasan Allah kepada PAs ekoran menggunakan agama untuk keduniaan ( seperti baiah cerai taklik untuk halang lompat parti ) hingga tergamak mengenakan baiah tersebut kepada calon parti sedangkan ia tidak melambangkan imej PAS sebagai Parti berteraskan Islam. Adakah ada nas dalam Al Quran atau Hadis yang menyuruh kita menjadikan maruah wanita dan anak-anak sebagai taruhan dalam menjamin kesetiaan ahli politik kepada parti yang mereka wakili ?
3. Kejayaan perancangan musuh Islam untuk melemahkan Islam hingga memecah-belahkan parti Muslim Melayu di Malaysia.
4. Kejayaan memburukkan Islam oleh parti mendakwa membawa perjuangan Islam hingga menjadikan tokoh yang sinonim dengan imej Islam telah dikecam dan direndah-rendahkan hingga membawa kepada penghinaan ajaran Islam secara tidak langsung oleh agen Yahudi dan Nasrani ini.
Apakah yang perlu kita lakukan ?
1. Mendesak baiah cerai taklik ini dibatalkan dan dihapus terus dalam sistem politik PAS
2. Meminta agar isu isteri dan anak dijadikan sebagai gadaian untuk menjamin kesetiaan ahli parti tidak lagi diamalkan dalam sistem politik PAS.
3. Membantu usaha mana-mana pihak menyatukan dua parti Islam terbesar di Malaysia iaitu PAS dan UMNO serta menolak usaha mana-mana pemimpin atau ahli parti yang menghalangnya.
4. Menyedarkan penyokong PAS bahawa mereka perlu bertindak segera agar PAS memisahkan diri dari Pakatan Rakyat demi kesucian Islam atau bergabung dengan UMNO untuk membentuk Pakatan Nasional yang boleh menjamin kestabilan ekonomi di saat krisis global yang melanda dunia hari ini….
Saya percaya kita masih belum terlewat dan kita masih punya banyak masa..
Ayuh ! Jangan tunggu lagi saudara/i ku sekelian.