Edisi Hiburan : Maher Zain Penyanyi R&B Lahir dari Dunia Islam Yang Perlu Anda Kenali
January 24th, 2010 • Related • Filed Under
Hiburan adalah fitrah.
Siapa tidak sukakan hiburan adalah tidak sihat fitrahnya.
Cuma cara berbeza menuju fitrah adalah kerana berbezanya akidah dan juga kepercayaan.
Sebelum ini kita sudah dihidangkan dengan hiburan segar dan bertaraf dunia oleh Sami Yusuf dan sekarang kita dikurniakan seorang lagi penyanyi yang hebat bernama Maher Zain.
Tidak lupa penyanyi Indonesia bernama Haddad Alwi yang giat menerbitkan lagu hiburan untuk mengisi fitrah manusia khasnya umat Islam dengan mesej yang sarat dengan ingatan kepada Allah, Nabi dan keluarga baginda.
Zaman ini manusia sudah sedar tidak ada hiburan yang mampu memuaskan ‘syahwat’ mereka kecuali hiburan yang mengembalikan ingatan kepada Pencipta Fitrah dan juga kepada Guru awal yang mengembalikan fitrah bangsa Arab dan manusia bernama Nabi Muhammad s.a.w.. Sebelum diteruskan zaman ini oleh para Ulama yang waris lagi bersih hati dan jiwa serta mulut mereka dari kekotoran dan kekejian.
Hiburan yang ada majoritinya tidak membawa ke arah pembinaan jiwa dan juga iman. Maka ia menjadi penyakit yang menambahkan lagi kerosakan dalam masyaraka. Sedangkan hiburan yang mengingatkan kita kepada Allah dan Nabi menjadi ubat membersihkan hati serta menjadi penawar kepada gejala sosial yang berlaku akibat dari jiwa yang dihuni oleh syaitan dan hantu.
Saya berharap promosi percuma ini dapat menambahkan lagi koleksi hiburan anda yang bukan sahaja bertaraf antarabangsa tetapi padat dengan mesej kepada Tuhan ‘antara bangsa’ yang patut menjadi sembahan semua ciptaan-Nya.
Saksikan video Maher Zain di bawah dan jika ingin mengenali lebih dekat siapa beliau boleh ke facebook beliau di sini http://www.facebook.com/MaherZain?v=wall.
Kisah beliau juga hebat dan ia ada di link ini http://www.facebook.com/MaherZain?v=info
Dalam hal ini terima kasih kepada isteri saya yang memperkenalkan penyanyi ini hingga membuatkan saya sudah ‘jatuh cinta’ dengan muzik dan suaranya.
Rentak lagu R&B versi Islam ini benar benar membawa kelainan dalam dunia hiburan.
Related posts:
- Edisi Maulid : Group Bantah Nik Aziz Sudah Sedia Disertai Anda Yang Cintakan Nabi dan Ahli Bait ! Group Membantah Nik Aziz Hina Maulid Nabi sudah dilancarkan...
- Edisi Nama Allah : Video Anwar Berucap Depan Bishop di Batang Ai 2009 Yang Tidak Pernah Anda Saksikan !!! Video ini saya temui di blog geng BPN bernama Angin...
- Kenali usus anda Oleh Datuk Dr. Muhammad Radzi Hassan Ramai tidak mengendahkan...
- Edisi Petang : Detik Hitam Dunia Islam Berterusan Apabila Nik Aziz kekal menjadi Mursyidul Am Isu Mursyidul Am PAS hangat seketika. Namun ia terjawab...
- Edisi Ahad : Artikel Hebat oleh Blogger Azli Shukri Yang Perlu Kita Baca dan Sebar Tiap Hari ! saya telah baca artikel tentang tajuk ulama yang jahat ini...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

