Edisi Khas : Debat YB Umno vs Pas Di Parlimen Isu Nama Allah
Pagi ini saya membuka blog Khalid Samad yang mempertahankan isu nama Allah diberikan kepada Kristian. Dia tulis di sini http://www.khalidsamad.com/2010/01/ismu-allah-siar-ulang.html
[Menteri] Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi:
Dalam hal ini, isu kalimah Allah adalah di luar bidang kuasa kita, di luar bidang kuasa mahkamah kerana ianya adalah non justifiable dan kes tidak sepatutnya diputuskan oleh kita dan oleh mahkamah.
Permohonan kerajaan dan tujuh majlis agama Islam umpamanya dan MACMA iaitu Persatuan Saudara Baru (Cina) Islam untuk rujuk kes ke Mahkamah Persekutuan kerana isu ini adalah isu yang melibatkan Perlembagaan Persekutuan dan melibatkan kuasa Raja dan Sultan sebagai Ketua Agama Islam, maka kita serahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk memutuskan.
Walaupun kes perbicaraan permohonan ini akan disuarakan, akan disebut pada 7 Julai 2009, Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang dibuat di bawah Perkara 11(4), Perlembagaan Persekutuan.
? 1700
Pada masa ini 10 negeri telah menggazetkan apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Baling kecuali Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Oleh hal demikian larangan penggunaan perkataan Allah telah diperuntukkan dalam enakmen yang termaktub dan penguatkuasaan yang telah dibuat di negeri-negeri yang telah saya sebutkan tadi.
Oleh yang demikian, dalam hal ini elok kalau dapat kita tidak menggunakan Dewan yang mulia ini sebagai wadah dan pentas untuk kita berbahas mengenainya dan hormatilah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Baling sebagai pendirian rasmi kerajaan walaupun kami berbeza
parti tetapi itulah pendirian yang kita mahukan… [Dewan riuh]
Related posts:
- Edisi Khas Isu Nama Allah – Respon Pembaca Yang Wajib Kita Tatap ! Isu sebenar tentang nama Allah ialah berkaitan ‘ownership’.. Nama Allah...
- Edisi Khas : Daulat Tuanku Sultan Selangor Atas Titah – Allah Hanya Untuk Islam Sahaja !!! Allah untuk Islam – Sultan Oleh ABDUL YAZID ALIAS...
- Edisi Khas : BPN Memohon Perkenan Majlis Raja-Raja Mencemar Duli Memutuskan Isu Kalimah Allah Untuk Agama Islam ! Ampun Tuanku Beribu Ampun !!! BPN dengan rendah diri...
- Edisi Nama Allah : Kenyataan PAS Yang Ibarat Lemah Tenaga Syahwat ! Pertama : PAS teragak-agak membuat kenyataan berhubung isu nama Allah...
- Edisi PKR : PKR dan PAS Yang Sudah Hilang Telur dan Syahwatnya Isu Nama Allah kepada Lain Agama ! Salam. Saya hanya mahu menulis ringkas sahaja. Pertama tentang Dr...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

