Edisi Pagi : Lim Guan Eng, Chin Peng dan ‘Tiga Kali ‘Celaka” MB Kelantan
December 30th, 2009 • Related • Filed Under



Cerita 1
Lim Guan Eng perlu disiasat bawah Akta Hasutan kerana menuduh Teoh Beng Hock dibunuh semasa Konvensyen Pakatan Rakyat yang baru sahaja berlalu. Sedangkan keputusan belum lagi diputuskan oleh Mahkamah.
Tindakan mendesak siasatan dihentikan oleh pemimpin DAP terhadap beliau amatlah tidak wajar kerana ia adalah di luar bidang kuasa mereka .
Sebagai Ydp BPN – saya dan rakan-rakan mendesak agar LGE dihukum di bawah akta hasutan kerana mengeluar kenyataan di atas.
Mereka yang bersalah perlu dikenakana tindakan tidak kira dari PAS,PKR UMNO atau DAP !!
Cerita 2
Ketika isu Chin Peng masih lagi ditimbulkan kita mendengar reaksi negatif dari kawan kawan bekas parajurit, polis dan juga sanak saudara mangsa keganasan Komunis. Semua tidak setuju Chin Peng dibenarkan pulang walau atas dasar kemanusiaan ekoran perbuatannya yang tidak berperi kemanusiaan.
Peliknya kenapa tiada komen menghalang Chin Peng pulang dari kalangan kawan kawan kita dalam Barisan Nasional ? Adakah saya terlepas pandang komen mereka ? Atau mereka tidak mahu menghalang Chin Peng pulang kerana dia juga berbangsa Cina ?
Pelik tetapi benar…
Cerita 3

gambar dari blog Taiping Mali
MB Kelantan sedia pinda Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan untuk benarkan calon bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar. Ketika parti DAP dan PKR sendiri tidak begitu lantang menyuruh agar diketepikan persoalan bangsa dalam perjuangan mereka ( seperti isu sekolah satu aliran yang ditentang oleh semua pemimpin Cina dalam atau luar kerajaan ) maka kita disuruh agar mengenepikan persoalan bangsa Melayu yang menjadi teras negeri Kelantan !
Pelik kerana kita mahu memberikan calon MB kepada bukan Melayu di sebuah negeri majoriti Melayu ! Jika ia kenyataan untuk menarik hati pengundi Cina di Kelantan maka saya kira ia satu lagi ‘celaka’ yang berlaku selepas beliau sendiri mengatakan ‘celaka’ kepada blog Penarik Beca kerana menyiarkan tulisan Exco Kanan Kelantan Dato Husam Musa akan meletak jawatan.
Jika orang kesayangan sendiri tidak rela dibenarkan meletak jawatan maka apakah bangsa Melayu yang sayangkan bangsanya akan rela mendiamkan diri melihat kenyataan Nik Aziz ini yang begitu ‘celaka’ kepada bangsa Melayu ?
Apakah jaminan apabila bangsa lain dibenarkan menjadi MB di sebuah negeri majoriti rakyatnya berbangsa Melayu di Kelantan akan menjamin keamanan dan kestabilan ?
Apa kata marilah rakyat Kelantan semua agar mendesak Nik Aziz menarik balik cadangan ‘celaka’ beliau itu sebelum kita semua mengajar sepenuh hati dalam PRU 13 akan datang dengan menahan undi dari diberikan kepada mereka.
Tidak mustahil semua calon dari PAS akan kempunan menjadi YB jika persoalan ini terus dimain-mainkan oleh MB Kelantan yang baru sahaja ‘mencelakakan’ Blogger Penarik Beca tiga kali semalam kerana marah dengan penulisan blogger pro PAS tersebut… Kemarahanlah yang hampir menenggelamkan bahtera BN pru 12 yang lalu dan tidak mustahil kemarahan yang sama akan menenggelamkan terus PAS di Kelantan untuk selama-lamanya !
Biasanya orang yang ingin mencari ‘celaka’ sahaja yang suka mencelakakan orang lain termasuklah dengan mencelakakan nasib bangsa Melayu dengan hasrat ingin meminda Undang Undang Tubuh Negeri Kelantan agar Cina yang menjadi minoriti dapat ditabalkan menjadi MB.
Jika Nik Aziz kata celaka tiga kali maka saya ingin menulis celaka celaka celaka celaka celaka celaka ( 6 kali ) kepada sesiapa sahaja yang ingin menabalkan bangsa minoriti di negeri saya sebagai MB.
Bukan saya mahu menimbulkan perkauman tetapi demi menjaga keamanan dan kemakmuran di Kelantan terus kekal untuk anak cucu cicit kita semua. Cina di Kelantan juga saya yakin tentu tidak mahu jadi MB jika mereka sedar berapa ramai pengundi Cina di sana berbanding Melayu.
terima kasih !
Related posts:
- Edisi Hangat : Video Bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Melarikan Diri dari Mertua Bersama Isteri dan Nik Aziz sebut Celaka-Celaka-Celaka !!! Rumusan saya : 1. Dr Rosli dan isteri terdesak...
- Chin Peng: Tiada Maaf Bagimu – Muhyiddin PUTRAJAYA, 24 Nov (Bernama) — Kerajaan masih kekal dengan keputusan...
- Chin Peng Wajar Dianugerah Gelaran ‘TUN’ Bila agaknya ‘Tun’ Chin Peng akan pulang ke Malaysia untuk...
- Edisi Sabtu : Celaka Laknat kepada BPN Sekelian !!! Petang ni selepas balik dari bengkel baiki kereta Panglima ambil...
- Tiada maaf bagi Chin Peng Kerajaan masih kekal dengan keputusan sebelum ini untuk tidak membenarkan...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

