Edisi Pagi : Panglima ‘hampir’ meninggal dunia semalam !
March 15th, 2010 • Related • Filed Under
Salam kepada semua.
Oleh kerana keuzuran yang ditimpa Allah kepada Panglima ( untuk mengingatkan diri dan membersihkan dosa ) agar sentiasa mengingatiNYA maka hari ini Panglima mohon maaf tidak dapat menulis seperti biasa. Memang benar apabila kita tidak mengamalkan amalan harian dalam proses taqarrub kepada Allah maka sedikit ujian akan diberi tanda ingatan dan ‘cash’ dari NYA agar kita selalu dalam ‘pedoman’
Baru sebentar tadi Panglima pergi bertemu janji dengan doktor dan telah diberikan ubat serta dinasihat untuk berehat.
Katanya : jangan fikir banyak-banyak atau risau !
Saya termenung mendengar nasihat doktor. Kerana saya rasa seperti tidak ada sebarang masalah atau ada perkara yang merisaukan saya. Namun selepas difikirkan kembali rupa-rupanya memang benar saya terlalu risau tanpa saya sedar.
Bukan risau kerana masalah diri akibat bebanan kerja, atau masalah dalam keluarga atau berkaitan ibubapa tetapi sangat risaukan masalah Umat Nabi Muhammad yang berpecah belah dan tidak bersatu dalam satu barisan dan jemaah.. ia adalah punca terbesar kerisauan saya hingga ke hari ini…
Bagaimana saya tidak risau sedangkan saya telah diberi amanah ilmu untuk menyedarkan umat baginda agar tidak sesat atau bertelingkah sesama sendiri. Saya juga diberi kudrat dan akal yang sihat untuk menyedarkan mereka..Nanti apakah saya akan jawab jika tugas ini gagal dilaksanakan oleh saya dan umat yang sangat dikasihi Nabi ini terus bertelingkah hingga kiamat ?
Kita hari ini sudah terlalu jauh dari ‘bayangan Nabi’ dan tidak pula ‘ketagih’ untuk mengucapkan selawat kepada baginda. Itulah punca kita lupa untuk mengikut cara dakwah baginda kepada umat. Itulah juga punca kenapa Ulama telah menjadi ‘manusia paling jahat’ akhir zaman ini kerana mereka turut lupa mengamalkan pesanan Nabi Muhammad s.a.w yang mahukan kita teguh dalam satu ‘masjid’ dan tidak menjadikan musuh Islam sebagai rakan atau teman rapat dalam berjuang…
Hasilnya Ulama dan Umara tidak dapat disatukan untuk faedah rakyat dan kita menerima kesan akibat realiti yang berlaku sekarang !! Kerana Nabi telah berpesan jika baik dua golongan ini maka akan baiklah negara. Jika rosak maka rosaklah juga negara tersebut.
Kerana semasa berselawat kita mengulang kata ‘Saidina Muhammad’ dan keluarga baginda. Ia adalah satu ritual agar kita sentiasa menyebut di mulut dan mengulang dalam minda sejarah terpuji Nabi dan Ahli Bait menerusi amalan selawat tersebut.
Panglima akan banyakkan berselawat hari ini. Moga ia boleh menenangkan diri Panglima yang tidak henti-henti risau dengan perpecahan umat Nabi yang telah terperangkap dengan jerat yang dipasang oleh musuh Islam hingga kita hilang pedoman dan tidak dapat mencari jalan pulang. Hingga kadang kala terbawa di dalam waktu solat perasaan tersebut. Mungkin dengan berkat selawat maka doa Panglima agar kita bersatu akan dimakbulkan Allah Taala Insya Allah.
Semalam perasaan Panglima memang terlalu berdebar-debar dan hampir pitam sehingga Panglima menyangka sudah sampai ajal malam Jumaat semalam. Bayangkan dari Maghrib hingga jam 2 pagi perasaan tersebut menekan diri Panglima. Mujurlah ada rakan mahir mengurut bersusah payah datang walaupun penat pulang bekerja shif jam 11 malam. Satu badan diurut untuk melegakan perjalanan darah akibat oksigen tidak sampai ke otak kerana tekana angin yang banyak dalam badan. Hingga beberapa kali Panglima muntah tidak ubah seperti perempuan yang mengalami alahan..
Ketika itu barulah dapat dirasai bagaimana peritnya seorang wanita/perempuan mengandung dan barulah Panglima dapat memahami kesusahan seorang isteri yang menderita demi melahirkan anak buat penyejuk mata kepada suami. Kebetulan sekarang isteri juga sedang mengandung anak ketiga dan doakan agar anak kami akan lahir dengan selamat dan sihat.. Amin. Pesan Panglima : jika anda mahu jerkah atau tidak suka kepada isteri anda, ketika itu fikirkanlah pengorbanan seorang isteri yang reda menanggung keperitan demi kasih kepada suami. Maafkanlah isteri anda kerana wanita adalah makhluk yang sangat kaya dengan emosi dan perasaan yang kadangkala luar jangkaan kesabaran kita.
Selepas tidak tahan dengan sakit yang berterusan dan hampir pitam lalu Panglima akhirnya memohon kepada Allah dengan bertawassul kepada Nabi Muhammad dan keluarga baginda agar dipanjangkan umur Panglima bagi meneruskan perjuangan ini. Hadiah fatihah dikirimkan kepada Para Kekasih Allah sebagai hadiah dan Alhamdulillah pagi ini Panglima masih hidup walaupun perasaan risau masih menguasai fikiran dan memerlukan sedikit masa untuk mengatasinya.
Kisah ini ditulis bukan mahu minta belas kasihan atau simpati tetapi sekadar berkongsi pengalaman semalam dengan kawan-kawan… Dan pesan Panglima kepada rakan-rakan Bloggers Pembela Negara semua agar ingatlah ‘waktu makan’ dan jangan biarkan perut kosong kerana terlalu asyik berjuang melawan fitnah dan dakyah palsu lawan.. Kesihatan perlu dijaga agar perjuangan akan terus dapat diteruskan tanpa sebarang halangan.
Doakan untuk Panglima agar panjang umur dan moga ‘hari-hari esok’ masih ada selepas pengalaman tidak dapat dilupakan semalam hingga Panglima rasa seperti ia adalah hari terakhir di dunia. Inilah apabila disebabkan oleh perasaan risau keterlaluan dan juga kerana angin gastrik akibat tidak makan mengikut peraturan.
Harap kawan-kawan akan tetap gigih mendedahkan kebatilan dan membela kebenaran dengan izin Allah Taala walaupun ada di antara kita akan pergi menemui Ilahi lebih awal dari yang lain .. Kerana ajal tidak memberitahu kedatangannya kepada kita samada anda blogger pro Umno, Pas atau PKR. Harap kita bersedia dengan amalan soleh dan amal jariah yang dibuat semasa masih hidup dan sihat.
Mari kita solat Jumaat dan berselawat banyak-banyak hari ini ke atas Habibina WaSyafi’ina Saidina Wa Maulana Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam..
Allahumma Solli Wasallim Wabarik Ala Saidina Muhammad Wa’la Aaalihi Wasohbihi Wasallim….
Related posts:
- Edisi Pagi : Panglima di LIMA Langkawi Alhamdulillah pada Sabtu 5 Disember dua hari lepas Panglima...
- Edisi Pagi : Terima Kasih Sokongan Padu Blogger kepada BPN ! Pagi ini saya membaca banyak komen memberi sokongan termasuk meminta...
- Edisi Kelantan : Selamat Bercuti Raya Cina dan Panglima di Kota Bharu pulang bertemu keluarga ! Kisah 1 Semalam Panglima menghabiskan 12 jam untuk pulang...
- Edisi Pagi : Pencalonan Jawatan Dalam BPN ( dibuka kepada ahli sahaja ) Diminta kepada ahli ahli BPN untuk mencalonkan blogger BPN manakah...
- Edisi Perkasa : Himpunan Membantah Tindakan Biadap Penghina Nabi Muhammad Pagi Ini Jam 11 di Kedutaan Sweden !!! Firman Allah Ta’ala:{مُحَمَّدٌ رَّسُولُ اللهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّآءُ عَلَى الكُفَّارِ...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

