Edisi Pagi : Pemuda UMNO Kelantan hantar memo desak Nik Aziz dan Ariffahmi berundur !
November 16th, 2009 • Related • Filed Under
Berita penyerahan memorandum oleh Ketua Pemuda UMNO Kelantan telah disiarkan dalam Utusan Malaysia di sini http://utusan.com.my/
Mereka mendesak agar Nik Aziz dan menantunya berundur kerana menerima tajaan haji bernilai RM65 ribu seorang yang diberi oleh sebuah syarikat yang menerima kontrak memasang billboard di Kelantan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)
Meskipun Nik Aziz telah mengumumkan Jumaat lalu akan menangguhkan pemergian beliau ke Mekah tetapi dalam kes ini saya bersetuju dengan mereka yang membantah tajaan tersebut ekoran terdapatnya unsur rasuah dalam tajaan yang diberikan. Meskipun Nik Aziz telah menangguhkan pemergiannya.
Apatah lagi ia diakui sendiri oleh Nik Aziz bahawa dia menerima tajaan tersebut sambil menambah bahawa ramai orang berminat menajanya ke Mekah termasuk syarikat tersebut.

Gambar : Utusan Malaysia
Setakat ini pemimpin PAS nampaknya tidak begitu lantang mempertahankan Nik Aziz dan beberapa komen mereka seperti ‘hilang semangat’ kerana tidak menyangka tok guru mereka akan menerima dan tidak boleh membezakan antara hadiah yang halal dan haram di sisi undang-undang.
Presiden PAS dalam hal ini hanya memberi komen ringkas dengan mengatakan SPRM begitu peka dengan PAS hingga isu membabitkan pemimpin PAS seperti Nik Aziz Nik Mat begitu cepat dibuat siasatan walaupun berdasarkan laporan media. Kenyataan penuh beliau disiarkan dalam Harakahdaily di sini
Nampaknya jelas isu yang meranapkan maruah Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS tidak dipertahankan seperti biasa oleh mana-mana pimpinan peringkat tertinggi PAS. Termasuklah Haji Hadi selaku Presiden Parti.
Lihat juga komen begitu lemah dan rapuh oleh Datuk Mahfuz Omar Naib Presiden PAS seperti yang dilapor oleh Harakahdaily :
Beliau yakin keputusan yang telah dibuat oleh Nik Aziz telah berjaya mematahkan usaha pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan PAS dan mencemarkan imej Menteri Besar Kelantan itu sendiri.
“Isu yang cuba dipolitikkan ini membuktikan ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan PAS.
“Keputusan yang telah diambil oleh Nik Aziz itu membuktikan beliau bukanlah seorang pemimpin yang mudah untuk menerima pemberian daripada seseorang,” katanya.
Bahkan di peringkat Kelantan kita lihat suara mereka begitu lemah ketika PAS Kelantan mempertahankan pemberian tersebut atas dasar budaya dan cara orang Kelantan meraikan orang agama. Lihat kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim di sini http://www.themalaysianinsider.com yang begitu lemah sekali. Ia seperti melepas batuk di tangga, tiada penegasan dalam mempertahankan Tok Guru mereka.
Sekarang nampaknya Nik Aziz keseorangan dalam menghadapi pukulan maut ke atas karier politik beliau. Barangkali kerana itulah beliau mendakwa menjadi mangsa fitnah dan telah dikhinati.
Barangkali jika isu ini tidak didedah tentu Nik Aziz tidak merasa bersalah menerima tajaan tersebut yang begitu mengejutkan ramai pihak, apatah lagi ia berterusan selepas isu Baiah Cerai Taklik Talak Tiga yang diakui sendiri oleh pemimpin PAS seperti Khalid Samad.
Ia juga rentetan dari kontroversi Nik Aziz yang desak beberapa pemimpin yang mahu berunding dengan UMNO agar disingkirkan. Namun yang menarik ialah desakan tersebut seperti akan memakan dirinya disebabkan kes tajaan haji ini.
Itulah barangkali ‘Hikmah Allah’ agar beliau tidak lagi terus menjadi mangsa kekejaman politik yang boleh merosakkan sesiapa sahaja waima ahli agama. Politik menjadikan sesiapa sahaja akan bertindak kejam dan Nik Aziz kali ini menjadi mangsanya selepas dia juga begitu kejam sebelum ini dengan menjatuhkan maruah pemimpin lain dengan kata-katanya yang begitu lancang dan pedas.
Dengan usia semakin lanjut dan kesihatan yang semakin teruk maka wajarlah beliau berundur diri dan memberi laluan kepada orang lain pula mentadbir negeri. Cukuplah 19 tahun Kelantan ditadbir oleh beliau dan segala kebaikan itu mudah-mudahan diganjari dengan pahala oleh Allah Taala.
Berundurlah wahai Tok Guru Nik Aziz dan malulah dengan gelaran Tok Guru yang diberikan oleh rakyat khasnya penyokong PAS yang begitu keras menentang rasuah kerana ia gelaran mulia yang jarang dipanggil ke semua ahli agama.
Marilah kita mendesak agar Nik Aziz dan Ariffahmi berundur segera dari jawatan yang mereka sandang !
Undurlah !!!!!!
Related posts:
- Dewan Pemuda PAS Kelantan desak Ariffahmi segera letak jawatan KOTA BHARU 19 Dis. – Dewan Pemuda Pas Kelantan akan...
- Pemuda UMNO minta SPRM siasat penaja Nik Aziz ke Mekah Tajaan RM 65,000 seorang untuk ke Mekah…. Laporan bernama, Pergerakan...
- Edisi Hangat : Terbukti Kickdefella akan mendedahkan sikap Menantu Nik Aziz bernama Ariffahmi ! 1. Terbukti bahawa Kickdefella akan membongkar masalah dalaman dalam...
- Gambar Cucu Nik Aziz@anak Ariffahmi & Amalina di Billboard Perbadanan Menteri Besar Kelantan? Gambar ini dijumpai dalam facebook. Disahkan oleh kickdefella sendiri...
- Edisi Pagi : Kenapa YB PAS tak ikut desak boikot BTN Itu yang saya analisa dari berita yang memaparkan senarai YB...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

