Edisi Pagi : Pencalonan Jawatan Dalam BPN ( dibuka kepada ahli sahaja )

Diminta kepada ahli ahli BPN untuk mencalonkan blogger BPN manakah yang dilihat boleh menjadi dan mengisi senarai jawatan di bawah untuk sesi 2010/2011
Ahli BPN mestilah mengikut senarai di dalam list BPN blog Panglima dan jika didapati mereka yang dicalonkan tidak memenuhi syarat sebagai ahli ( seperti mengemaskini list BPN dan memasang logo ) maka pencalonannya akan ditolak.
Masa pencalonan akan berjalan selama 31 hari dan berakhir pada 13 Feb 2010 Khamis jam 11.59 malam. Masa sebulan boleh digunakan untuk anda melihat bagaimana potensi bakal pemegang jawatan yang bakal dicalonkan serta pematuhan mereka kepada syarat BPN yang mengkehendaki blog list BPN dan juga logo dibina di blog masing-masing….
Keputusan rasmi Majlis Tertinggi BPN 2o1o/2o11 akan diumumkan pada pagi Ahad 14 Feb 2010.
Insya Allah.
Jawatan yang akan dipertandingkan ialah :
Ydp BPN
Timbalan 1
Timbalan 2
Setiausaha
Bendahari
Wakil- Wakil Negeri :
Selangor
Kuala Lumpur
Melaka
Negeri Sembilan
Kelantan
Johor
Kedah
Perlis
Terengganu
Pahang
Perak
Sabah
Sarawak
Exco Pemuda
Exco Pemudi
Exco Gerak Saraf
Exco Logistik
Exco IT
Exco Disiplin
Exco Luar Negara
Semua pihak yang telah menjadi ahli BPN boleh menghantar calon mereka dengan mengisi nama blog calon dan menghantar melalui email kepada panglimaperangcyber@yahoo.com. Rekod email akan dijadikan bukti jika ada sebarang keraguan pada kiraan undi. Pastikan anda menulis nama sebenar, nama blog, no hp, pekerjaan, dan umur pada ruang bawah email anda…
Pemalsuan butir peribadi akan menjadikan anda automatik akan gugur dari menjadi ahli BPN atau calon Majlis Tertinggi BPN…
Undian / Pencalonan hanya sekali sahaja kepada seorang calon.
Calon dipilih mestilah dikenali sikap dan pendiriannya terhadap nasib agama,bangsa dan negara kita..
Senarai ahli terkini sila rujuk kepada list BPN yang wujud di blog ini.
Calon yang dipilih paling ramai akan dikira layak menjawat jawatan tersebut. Jika ditolak maka calon kedua tertinggi akan menggantikan tempatnya.
Semua pihak harus menerima keputusan yang dibuat dan tidak perlu berkecil hati jika tidak dipilih.
Semoga struktur BPN akan berjalan lebih kemas selepas kewujudan AJK yang akan berperanan lebih aktif di dalam mengatur langkah dan taktik untuk misi melawan musuh negara ini.
Panglima sendiri akan menjadi Penasihat Seumur Hidup BPN dan tidak boleh dicalonkan dalam mana mana jawatan dan akan sentiasa memantau aktiviti BPN agar berjalan lancar serta mengambil tindakan sewajarnya jika melihat berlaku pengkhianatan oleh mana-mana AJK yang telah dilantik.
Samada mereka yang menjadi AJK ada membawa agenda peribadi dalam BPN atau memecah belahkan sesama blogger BPN atau membocorkan rahsia BPN kepada pihak luar yang tidak berkaitan.
Insya Allah jika tidak ada aral melintang BPN akan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan jika mendapat sokongan pelbagai pihak dan juga akan mengumpulkan dana sendiri untuk diguna bagi menjaga kebajikan ahli ahli BPN..
Sekian, terima kasih..
Nota : diminta semua ahli BPN menggunaka Yahoo Messenger untuk pengemaskinian data peribadi dengan Panglima.. Butir butir seperti Nama Penuh / Pekerjaan / Umur / No Hp / Lokasi/ Nama Blog diharap dapat diberikan kepada saya seberapa cepat yang boleh sebelum tempoh pencalonan berakhir.
Sekian terima kasih…

Sumber Berita

Related posts:

  1. Edisi Pagi : Terima Kasih Sokongan Padu Blogger kepada BPN ! Pagi ini saya membaca banyak komen memberi sokongan termasuk meminta...
  2. Edisi Pagi : Pendedahan bekas ahli DAP Bangsa Melayu sikap sebenar DAP terhadap Melayu !!! PENDEDAHAN PANAS DARI IPOH MENGENAI MALAYSIAN MALAYSIA Malam tadi...
  3. Edisi Pagi : Ranking Facebook Ahli Politik di Malaysia Dimenangi oleh Juara Rakyat @ Barisan Nasional ! Statistik pada 25 Feb 2019 ( sumber blog http://fendy1982.blogspot.com/ )...
  4. Edisi Kehancuran Pakatan Rosak : Hampir 1000 ahli PKR keluar parti dalam sehari !!! PKR MAKIN HANCUR Berita Pertama : Seramai 217 ahli PKR...
  5. Edisi Pagi : Lim Guan Eng, Chin Peng dan ‘Tiga Kali ‘Celaka” MB Kelantan Cerita 1 Lim Guan Eng perlu disiasat bawah Akta Hasutan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline