Edisi Pagi : Sesiapa pun tetap kena patuh undang-undang walau bertaraf Dr atau bekas Mufti !
November 5th, 2009 • Related • Filed Under
Selepas membaca beberapa blog dan kenyataan dalam media massa dan alternatif saya ingin mencadangkan :
1. Tauliah perlu dipohon oleh sesiapa sahaja tak kira dari mana-mana parti atau tokoh akademik kerana ia peruntukan undang-undang Kerajaan Negeri Selangor dan ia adalah pra-syarat sebelum kebenaran mengajar diberikan. Sebelum ini sesiapa sahaja waima bekas pelajar Al-Azhar atau Jordan atau mana-mana tempat sememangnya ‘dipaksa’ mengambil tauliah mengajar agama. Meskipun mereka adalah pelajar dari institusi agama terhebat di dunia.
2. Ketika semua pihak mengkritik JAIS merentasi fahaman politik, maka saya rasa ia tidak patut berlaku kerana tidak melambangkan hasrat kita yang mahukan JAIS menjadi badan yang tegas dalam melaksanakan undang-undang merentasi pangkat dan jawatan. Melemahkan sebuah agensi yang berada di bawah Sultan selaku Ketua Agama akan memudaratkan kita juga. Namun dalam hali ini, saya syorkan agar JAIS perlu juga bertindak tegas ke atas pihak ulama PAS yang lain yang tidak bertauliah tetapi mengajar agama di masjid dan menyebarkan fahaman politik mereka termasuk mengatakan Kerajaan yang ada sekarang zalim dan tidak Islam..
3. Apa yang lebih berbahaya jika penyebar ajaran Wahabi ini diangkat tinggi melangit dan dipertahankan maka ia akan membuka pintu kepada penularan ‘wabak wahabi’ ini apatah lagi ramai tokoh dalam pembangkang adalah sealiran dengan fahaman baru dan bersifat tajdid ini.. Lebih berbahaya Muftii Perlis yang mana rakan sealiran dengan Dr Asri telah membidas JAIS dan mendesak agar dibuat reformasi. Lihat link di sini dan sini tentang siapa Juanda Jaya.
4. Jika ini berlaku saya risau Malaysia akan diresapi fahaman ini yang berbahaya kepada perpaduan rakyat Malaysia. Kerana ia akan membawa banyak perubahan dalam amalan ibadat umat Islam yang diajar oleh ulama terdahulu zaman berzaman. Contohnya : tidak ada qunut, tidak berdoa selepas solat, tidak buat tahlil dan talkin, tawassul haram, sebut Saidina haram, azan dua kali solat Jumaat bidaah, ziarah maqam ulama haram, dan sebagainya….
Sekadar mengingatkan untuk diri dan rakan-rakan pembaca sekelian agar kita dapat bezakan antara isu politik dan isu agama yang menjadi tanggungjawab kita mempertahankan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar…
Nota : Saya menyokong kenyataan Dr Asri yang mahukan Anwar bersumpah isu liwat Saiful Bukhari. Ia satu kenyataan berani dan lantang !!!
Sumber Beritahttp://penembak-tepat.blogspot.com/feeds/posts/default
Related posts:
- ANWAR NIZAR BARU=A:DR ASRI KENA IKUT UNDANG UNDANG.. Semua penceramah termasuk bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri...
- Update : Edisi Pagi:Dr Asri yang ditangkap bersama Yb PAS dan PKR Pagi ini kita dikejutkan dengan penangkapan bekas Mufti Perlis Dr...
- Edisi Panas : Sister In Islam turut hadir sokong Dr Asri ! Menarik kerana isu penahanan Dr Asri telah mendapat perhatian Perdana...
- Cina DAP Kena bertaraf Ketua Menteri kena penampar dengan Mamu Penang Gempar!:Guan Eng Ketua Menteri Pertama Makan Penampar Mamu Penang Pada...
- ANWAR NIZAR HAMPEH:DR ASRI AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG UNDANG Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan mengambil...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

