Edisi Pagi : Terima Kasih Sokongan Padu Blogger kepada BPN !
January 14th, 2010 • Related • Filed Under
Pagi ini saya membaca banyak komen memberi sokongan termasuk meminta agar jawatan Ydp tidak dipertandingkan oleh rakan seperti Bro Jinggo, Sekupangduas, Yb Raz, Aspirasi, Adi Jagat, Yanggambi, dan WakDanial dan meminta Panglima kekal sebagai YDP BPN.
Juga terharu atas sokongan berbentuk logo yang disiarkan di blog Adi Jagat seperti di bawah :

Ia memberi isyarat kepada pihak yang mahukan blogger kita berpecah agar mereka berfikir kembali adakah tindakan mereka itu wajar atau tidak. Apatah lagi di saat kita baru sahaja berjaya mengurangkan sokongan kepada Pakatan Rakyat yang telah kehilangan sedikit demi sedikit sokongan selepas tidak berjaya menjawab isu isu yang dibongkarkan oleh pasukan blogger negara kita samada BPN atau tidak.
Sekarang Panglima akan berusaha menyusun kembali saf BPN agar kita lebih tersusun dan langkah pertama telah dibuat semalam dengan membuka pencalonan jawatan untuk menerajui BPN bagi sesi 2010 – 2011.
Ia penting kerana misi kita pada PRU 13 akan datang perlu bermula pada hari ini.
Memang benar kita telah serba sedikit berjaya tetapi tidak salah jika kita melipatgandakan lagi kejayaan ini dengan membaiki kekurangan dan mengemaskini hubungan sesama blogger dan pengaliran maklumat sesama kita yang mana kurang lancar dan berkesan pada waktu ini.
Saya rasakan kita boleh membuat kembali sidang maya Blogger BPN dengan menetapkan waktu tertentu menggunakan Yahoo Messenger. Untuk tujuan itu saya berharap sahabat dapat menghubungi saya melalui YM untuk membolehkan kita membina jaringan lebih kukuh di alam siber menggunakan YM selain melalui sms. Ia juga lebih bagus dari segi keselamatan dan kerahsiaan..
Pagi ini juga saya menerima bantahan dari sahabat tentang cadangan membuka pencalonan untuk jawatan Ydp…Saya sedar mungkin ramai tidak mahu berlaku perebutan jawatan dan mahukan Panglima meneruskan misi memimpin BPN untuk ke tempoh yang difikirkan sesuai sehingga BPN benar benar berjaya menjadi wadah kepada semua blogger yang cintakan agama bangsa dan negaranya.
Untuk tidak menghampakan sahabat maka saya akan meneruskan lagi tugas saya memimpin BPN dan tentu sekali saya tidak akan berjaya tanpa bantuan dari Allah Taala dengan berkat Rasulullah s.a.w serta bantuan dan sokongan sahabat dan pembaca sekelian.
Tugas yang tidak berwang dan beringgit ini pasti tidak akan dicari oleh mereka yang sukakan wang dan ringgit. Tetapi percayalah bahawa wang dan ringgit akan diberi oleh Allah jika kita ikhlas dan sabar serta redha dengan ketentuan dan takdir daripada NYA.
Untuk misi 2010 marilah kita membina kembali senarai BPN yang terkini di blog masing masing dan tidak mencampur adukkan dengan bukan BPN agar kekuatan BPN akan dapat dilihat di senarai blogger BPN.
Begitu juga Majlis Tertinggi BPN perlu dikemaskini kerana ramai masih lagi menyenaraikan Parpukari sebagai Setiausaha BPN sedangkan beliau sudah lama meninggalkan kita kerana bersama kumpulan lain yang tidak perlu saya sebutkan di sini. Meskipun beliau tidak bersama kita walaupun bermula menjadi blogger dengan kumpulan kita tetapi beliau masih lagi giat menulis dan berkarya di blog hingga mencecah hits yang sangat tinggi.
Saya sangat berbangga dengan beliau dan juga rakan baiknya Saudara Papagomo.
Diharap sahabat sahabat juga dapat membantu Papagomo yang sudah diserang dengan laporan polis seperti yang ditulis oleh beliau di sini http://www.papagomo.com/2010/01/gempar-dap-gelabah-sehinggakan-laporan.html Saya pasti ini tidak akan melemahkan semangat juang beliau kerana kita berani kerana benar…
Saya berharap kita dapat banyakkan komen di blog blog sahabat kita dan juga meneroka blog baru untuk membina persahabatan asalkan mereka juga sama seperti kita di dalam membela nasib negara dari dikhianati oleh petualang yang berbilang bangsa. Semakin ramai semakin bagus kerana ia akan dan pasti menggerunkan musuh !
Terima kasih dan selamat berjuang dengan semangat 1Malaysia !!!!
Related posts:
- Edisi Pagi : Pencalonan Jawatan Dalam BPN ( dibuka kepada ahli sahaja ) Diminta kepada ahli ahli BPN untuk mencalonkan blogger BPN manakah...
- Edisi Awal Muharam : Sokongan Blogger2 atas Resolusi Kita ! Hari ini awal Muharam 1431 dan marilah kita jadikan...
- Edisi Malam : BPN Diperkasa Kembali Oleh Rakan-Rakan Blogger Hari Ini Dan Akan Terus Kekal Untuk Selama-lamanya Di Alam Siber !!! Tidak saya jangka bahawa BPN yang kita bina lebih setahun...
- Edisi Pagi : Wajarkah BPN dibubarkan ? Saya ingin melontarkan beberapa persoalan dan harap anda dapat...
- Tabik kepada Blogger Jeffry dimensi.. Tahniah blogger pejuang… Jeffry Dimensi telah menyerahkan diri di ibu...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

