Edisi Panas : Tok Guru tangguh pergi haji selepas isu tajaan mula disiasat SPRM !
Saya bukan bermaksud ingin menyekat hasrat murni bernama Nik Aziz untuk pergi ke Mekah.
Saya juga tidak mampu berdiam diri melihat beliau sekeluarga ke Mekah dengan wang tajaan yang sudah mula disiasat SPRM.
Saya tak mahu peribadi beliau menyesatkan ramai orang kerana beliau bukan manusia biasa yang tidak berada atau bernama.
Pagi tadi panjang artikel saya tulis dan belum sempat lagi diterbitkan sudah mula keluar berita Nik Aziz Nik Mat Ayah Mertua Ariffahmi CEO PMBK menangguhkan pemergiannya ke Mekah.
Di blog-blog ahli PAS berita tersebut disiarkan dengan gambar Nik Aziz sedang mengesat air mata. Gambar dirakamkan selepas kuliah Jumaat pagi tadi.
Sekali lagi Nik Aziz atau Mursyidul Am PAS dilihat dengan imej sedih, sepertimana propaganda serupa dilancarkan ketika PAS sedang nazak di Kelantan selepas PRU 11 tahun 2004.
Ketika itu gambar Nik Aziz dengan air mata mengalir meluas disebarkan di media massa alternatif serta laman web serta blog-blog penyokong mereka.
Adakah ini pusingan kedua dan terakhir untuk MB paling lama di Malaysia ?
Nampak gayanya selepas ini MB Kelantan akan bertukar dan tidak mustahil bukan Husam Musa yang akan naik menggantikannya.
Kita tunggu apa keputusan SPRM dan jika beliau terpaksa meletakkan jawatan kita akan lihat siapakah yang paling layak menggantikan tempat Dato Nik Ab Aziz Nik Mat !
Berita Utusan Malaysia di bawah :
Nik Aziz batal hasrat tunai ibadat haji
13/11/2009 3:09pm
KOTA BHARU 12 Nov. – Menteri Besar, Datuk Abdul Aziz Nik Mat hari ini membatalkan hasratnya menunaikan ibadat haji ekoran berita penajaannya ke Mekah disiarkan pihak media . Berita tersebut diumumkan semasa beliau menyampaikan kuliah mingguan di sini hari ini.
Katanya, laporan tersebut sengaja diperbesar-besarkan.
Beliau sebelum ini beranggapan tindakannnya menerima penajaan itu tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bagaimana pun semalam, SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan tersebut dan menurut sumber sekiranya terdapat unsur-unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya. – Utusan
Nak lihat gambar boleh ke sini http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/2009/11/kelantan-serambi-rasuah-nik-aziz-batal.html
Related posts:
- Tegah terima tajaan haji Mufti dan tokoh agama sepakat tidak boleh menunaikan haji menerusi...
- ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:SPRM AKAN BUKA KERTAS SIASATAN KES NIK AZIZ NAIK HAJI Heran tengok dengzan penyokong Pas yang pertahankan TGNA yang mengaku...
- ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:NIK AZIZ AKUI DIBIAYAI TUNAI HAJI.APA INI BUKAN RASUAH? Kalau diri sendiri tidak rasuah tapi bila kena pada pemimpin...
- Fitnah Tajaan Jet Peribadi VS Tajaan Mengerjakan Haji Kalau pemimpin UMNO mengaku ada pihak tertentu menaja beliau mengerjakan...
- Pemuda UMNO minta SPRM siasat penaja Nik Aziz ke Mekah Tajaan RM 65,000 seorang untuk ke Mekah…. Laporan bernama, Pergerakan...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

