Edisi PKR boneka DAP : PKR Pulau Pinang bergolak

Belum lagi tenang mengenai masalah dalaman PKR di Selangor dan Pahang, kini timbul pula isu pergolakan PKR di Pulau Pinang. Menurut jangkaan, mungkin akan ada sesuatu yang berlaku sebelum Hari Raya Cina.

Sangat menarik, PKR memang diketahui sebagai parti betrmasalah yang berasakan perjuangan kroni dan bukan untuk membela rakyat. Sebab itu semenjak parti itu ditubuhkan ramai pemimpin dan ahli perti tersebut telah keluar termasuk AJK di Kawasan Menteri Besar Selangor, selaku Pengerusi PKR Selangor.

Krisis yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin rumit apabila beberapa pemimpinnya di negeri ini dihebohkan dikatakan akan meninggalkan parti itu.

Tanpa memberi alasan khusus mengenai punca khabar angin itu, beberapa sumber yang ditemui mengakui mendengar desas desus berkenaan sejak beberapa minggu lalu. Mereka mendakwa, pemimpin yang terlibat termasuk beberapa wakil rakyat. (baca di sini)

Walaupun di nafikan oleh Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Law Choo Kiang, itupun
jawapan Choo Kiang yang juga Exco Kerajaan Negeri menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) setelah beberapa kali panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab.

Ianya diakatakan, ada dalam kalangan pemimpin PKR negeri terasa kecewa kerana dipinggirkan daripada arus perdana parti walaupun banyak berkorban dan mencurahkan keringat untuk kemajuan dan kekukuhan parti selama ini. Mengikut sumber, Dengar-dengar semuanya boleh dilihat menjelang Tahun Baru Cina iaitu kira-kira dua minggu lagi.

Menurut Sinar, usaha menghubungi beberapa pemimpin PKR yang disebut-sebut akan meninggalkan parti itu melalui telefon tidak berjaya. Ada yang mematikan ter:us telefon bimbit meskipun mereka sebelum ini amat mudah dan pantas menjawab panggilan telefon. Tidak kurang juga yang membiark:an telefon berdering tanpa dijawab.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, antara yang mematikan telefon bimbitnya menyebabkan usaha untuk mendapatkan komen beliau sejak pagi semalam, gagal.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof pula membiarkan telefonnya berdering tanpa berjawab.

Turut tidak menjawab panggilan, Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Sumber

Related posts:

  1. Najib lawat Pulau Pinang 9 Mei Najib lawat Pulau Pinang 9 Mei PULAU...
  2. Exco Pulau Pinang nafi SMS letak jawatan 22/11/2009 1:02pm PULAU PINANG 22 Nov — Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan,...
  3. Pemimpin DAP Pulau Pinang sertai PCM PULAU PINANG- Ketua Pasukan Tindakan Khas DAP Pulau Pinang,...
  4. KELUARGA LIM YG BARU DI PULAU PINANG LIM MAN CHOR @ MANSOR OTHMAN LIM MAH LEK @...
  5. Amaran Fairus: rahsia kerajaan Pulau Pinang ada dalam poket saya… Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline