Edisi Sabtu : Celaka Laknat kepada BPN Sekelian !!!

Petang ni selepas balik dari bengkel baiki kereta Panglima ambil masa meronda-ronda dan terjumpa artikel yang dipercayai dihasilkan pada 11 Jan 2010 yang lalu. Kebetulan ada link di bawah artikel Panglima yang membawa Panglima ke blog tersebut..
Nak tahu blog mana ?
Blog PahangDaily Online. Sebuah blog yang saya pernah saya kagumi juga kehebatannya satu ketika dulu. Bahkan beliau telah berkecimpung sejak tahun reformasi pada 1998 lagi dalam bab blogging dan alam maya ini.
Namun ternyata integriti blog Pahang Daily telah musnah apabila beliau didakwa telah menfitnah Saiful Bukhari Azlan ( mangsa liwat ehem ehem ) yang masih berjalan kes liwatnya di mahkamah sekarang..
Akhirnya Saiful Bukhari telah menyaman Pahang Daily sebanyak RM 2 juta… Ia turut disentuh berita pro pembangkang di sini
Tak sangka sebuah blog hebat sanggup juga puji Panglima sebagai blogger terhandal ! terima kasihlah PahangDaily atas pujian dan kejian anda kepada saya. Termasuk sebagai blogger Umno Karat kepada Panglima.
Biasalah sebagai blogger ada orang suka dan ada orang tidak suka kepada pendirian dan tulisan kita.
Mari kita baca tulisannya ( klik sini artikel asal ) :
Paling melucukan ada pula blogger terhandal puak-puak UMNO, yang dikenali Panglima Perang Cyber telah mengeluarkan video kenyataanDatuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Menteri Pertanianpada tahun 1984 dulu. Video yang kononnya Anwar tidak menyokong nama Allah digunakan oleh orang bukan Islam. Bagi mereka video itu menunjukkan Penasihat PKR itu hipokrit tentang isu ini dan suka bermuka-muka.

Nampaknya kini semua fail-fail lama dibuka oleh puak-puak mereka bagi menunjukkan kononnya mereka yang lebih mendepani isu ini. Walhal, rakyat sebenarnya lebih bijak menilai siapakah sebenarnya disebalik dalang isu khalimah Allah dan bakar gereja yang sedang hangat diperkatakan ini. Amat aneh bagi kita bila puak-puak blogger UMNO ini menggunakan fail-fail lama untuk menjatuhkan nama pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Anwar Ibrahim itu.

Bukankah video dan kenyataan yang dipaparkan itu adalah ketika Anwar masih dalam kerajaan UMNO dan BN dulu. Makanya kita tidak hairan kenyataan itu langsung, apa yang penting kini Anwar sudah insaf dan kembali bersama perjuangan rakyat.



Apabila video ini menjadi fokus utama kemarahan blogger pihak sana maka ia satu lagi bukti bahawa video yang kita dedahkan hasil terbitan AIDC di atas adalah sangat berkesan menjatuhkan imej Anwar Ibrahim yang giat berusaha memburukkan pemimpin negara kita.
Kerana video itu menunjukkan sikap sebenar Anwar yang begitu berbeza nadanya bergantung kepada apa yang dia terima dan dia perolehi.
Soalnya apakah nada kita sekarang ?
Nada macam Anwar ke arah liberalisme ke ?
atau nada seperti Nik Aziz yang menganut fahaman ‘celakanisme’ ke ?
atau nada membela Islam dan menjaga agama lain seperti PM kita Dato Seri Najin Tun Razak?
Lihat gambar terbaru PM dan isteri serta Menteri Kabiner berumrah di Mekah di bawah :
Gambar milik Utusan Malaysia di sini
Siapa yang kata celaka laknat tu ???
Ia sebenarnya dari komen pembaca Pahang Daily di bawah :
Salam Celaka kepada talibarut talibarut perosak negara. Laknatullah ke atas puak puak ini. Semoga Allah membalas semua pekerjaan mereka dgn [CASH] tanpa perlu tunggu masuk kubur.

Salam Celaka Laknat terutama pada ketua ketua gembala hina ini dan juga kuli kuli nya.

Kita Pakatan Rakyat tidak perlu ikut rentak syaitan dan iblis ini. Allah tidak menyuruh kita bakar gereja kencing dalam surau. Ini adalah pekerjaan iblis iblis atas suruhan ketua ketua iblis laknatullah.

Ya Allah!!! hancurkanlah agenda iblis iblis ini demi maruah Agama Islam. Iblis iblis ini tkkan dok diam selagi belum tiba hari pembakaran mereka dalam Neraka Jahannam kelak.

Tak ubah macam doa celaka Nik Aziz kepada PM nampaknya komen mereka ni…
Apa pun terima kasihlah atas promosi dan juga kejian ‘laknat’ yang Panglima terima hasil komen pembaca blog Pahangdaily.
Ia tidak akan menghalang Panglima sekali lagi menyiarkan video Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Pertanian di sini.
Semakin dikeji semakin berapilah semangat Panglima dan rakan-rakan blogger BPN di dalam melawan petualang agama dan bangsa serta negara di alam siber ini….
Kita tidak hidup dengan pujian, dan tak akan mati dengan kejian..]
Ayuh kita sebarkan lagi video ini ke segenap penjuru alam siber !!!!!!

Sumber Berita

Related posts:

  1. Edisi Hangat : Video Bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Melarikan Diri dari Mertua Bersama Isteri dan Nik Aziz sebut Celaka-Celaka-Celaka !!! Rumusan saya : 1. Dr Rosli dan isteri terdesak...
  2. Edisi Sabtu : Nik Aziz Setaraf Nabi – Satu Analisa Lagi kisah tentang Menteri Besar Kelantan isu tajaan ke Mekah…...
  3. Edisi Pagi : Terima Kasih Sokongan Padu Blogger kepada BPN ! Pagi ini saya membaca banyak komen memberi sokongan termasuk meminta...
  4. Edisi Pagi : Lim Guan Eng, Chin Peng dan ‘Tiga Kali ‘Celaka” MB Kelantan Cerita 1 Lim Guan Eng perlu disiasat bawah Akta Hasutan...
  5. Edisi Kenangan : Video Anwar Semasa Menjadi Menteri Pertanian Tidak Sokong Nama Allah Kepada Bukan Islam ( Sebarkan ) Ketika artikel ini disiapkan sudah ada 1,995 hits telah terkumpul...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline