Edisi Sabtu : Nik Aziz Setaraf Nabi – Satu Analisa
November 14th, 2009 • Related • Filed Under
Lagi kisah tentang Menteri Besar Kelantan isu tajaan ke Mekah… Ulang balik kata-kata Nik Aziz semalam semasa kuliah mingguan di Kota Bharu semalam Jumaat 13 November 2009 :
“Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia,” katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu hari ini.
Mari kita analisa kenyataan beliau di atas !
1. Beliau dihalang dari memasuki Kota Mekah
Benarkah beliau dihalang. Bukankah beliau yang menangguhkan pemergian ke Mekah tanpa ada halangan oleh Quraisy Malaysia ?
Bukankah SPRM tidak mengambil pasport atau memohon perintah mahkamah agar perjalanan beliau ke luar negara disekat ?
2. Quraisy Malaysia
Siapa Quraisy Malaysia di sini ? sekali lagi Nik Aziz tidak memahami perkataan yang digunakannya. Jika dimaksudkan bahawa Quraisy Malaysia adalah Kerajaan / UMNO yang diniatkan dengan sifat musyrik maka apakah ia menjadi sindiran halus bahawa pihak membongkarkan isu beliau ke Mekah adalah Musyrikin Malaysia ???
Sedangkan masalah yang timbul bukan pada ibadat haji yang dilaksanakan tetapi berkaitan dengan dana yang diterima oleh beliau sekeluarga. Orang paling jahil dalam UMNO pun tidak akan melarang waima tiap tahun Nik Aziz ingin menunaikan haji.
Penjelasan menarik tentang Quraisy ada disentuh oleh Blogger Korban Demokrasi dengan panjang lebar dan disalin di sini sebahagian daripadanya :
Apakah relevennya sehingga Bangsa Quraisyh pula diheret sama ke kancah persabungan kepartian sedangkan mereka itu walaupun sebahagiannya melawan Nabi Muhammad sallAllahu-‘alaihi-wassalam, tetapi, tetap memperakui integriti Baginda sehingga digelar Al-Amin, dan akhirnya mereka itulah pendokong Nabi Muhammad sallAllahu-‘alaihi-wassalam yang paling setia ?.
untuk lanjutanl anda boleh ke sana http://korban-demokrasi.blogspot.com/
3. Nik Aziz anggap diri seperti Nabi ?

Apabila Nik Aziz membandingkan senario terbaru isu tajaan haji beliau sekeluarga yang diakuinya sendiri maka jalan mudah diambil dengan mengaitkan kisah beliau dengan Sirah Nabi. Sekali lagi Nabi dijadikan perisai oleh beliau dalam hal ini.
Baru baru ini beliau juga tidak segan silu menggunakan istilah kroni ke atas Nabi Muhammad s.a.w dengan mengatakan bahawa baginda juga mengamalkan kroni.
“Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah menantu serta anak saudara kepada baginda. Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam Islam selagi mereka ada merit” –
Utusan Malaysia pada 8 Ogos 2008 di link ini http://utusan.com.my
Laman Isu Hot ada mengulas kenyataan beliau dan anda boleh ke sana untuk mengikuti huraian menarik tentang isu tersebut.
Persoalannya adakah pemilihan mertua dan menantu Nabi Muhammad s.a.w diputuskan oleh baginda ? benarkah begitu ?
Sedangkan kita tahu melalui pengajian Sirah bahawa keputusan pemilihan Khalifah adalah diuruskan oleh Majlis Syura yang dianggotai oleh para sahabat Nabi ridhwanallahialaihim. Apabila begitu maka ternafilah bahawa kronisme adalah pegangan hidup Nabi Muhammad s.a.w yang Amat Amanah ( Al Amin ). Lihatlah betapa jijiknya perkataan penuh dusta terhadap diri Rasulullah s.a.w yang dilakukan oleh Nik Aziz… Jika anda tidak pasti dengan kenyataan saya maka silakan pergi periksa fakta ini di blog di bawah :
sekali lagi saya mahu tanya tuan/puan semua, siapakah Nik Aziz dan layakkah dirinya dibandingkan dengan Nabi Muhammad ?Apa yang saya nampak Nik Aziz sudah terlalu riak dan takabur dengan pengikut yang taksub dan mendewakannya. seperti mana ulasan Tok Wan yang memaparkan penerbitan buku ( lihat gambar ) oleh PTS di atas ( klik sini )
Kelemahan manusia memang ketika diuji dengan sanjungan dan juga ketaksuban melampau oleh murid atau pengikut. Ini adalah senjata Iblis dalam menghancurkan ahli agama yang lantang memperkatakan dirinya membawa obor Islam seperti beliau. Apatah lagi sanjungan makin melampau oleh fanatik Nik Aziz melalui pemasangan billboard merata tempat di negeri Kelantan barangkali telah menjadikan beliau semakin angkuh hingga membuat kiasan yang tidak kena dengan kaedah yang dituntut oleh Syariat. Atau dipanggil qias fasid ( qias rosak ) !

Maka kesimpulannya ialah Nik Aziz bukan dan tidak layak mengangkat dirinya atau diangkat setaraf Nabi. Kerana akhlak mulia Nabi Muhammad s.a.w tidak sepenuhnya diwarisi oleh beliau. Sedangkan pewaris Nabi itu mereka yang mewarisi zahir fizikal dan batin akhlak Nabi sehingga mereka menjadi RAHMAT ke seluruh ALAM…
Adakah Nik Aziz pembawa rahmat atau azab ? Adakah Nik Aziz pembela agama Nabi atau penghina maruah baginda ?
Wallahu A’lam.
Silakan beri komen anda dan saya sangat hargai atas masa yang anda luangkan untuk berkongsi idea anda di sini..
Related posts:
- Edisi Maulid : Group Bantah Nik Aziz Sudah Sedia Disertai Anda Yang Cintakan Nabi dan Ahli Bait ! Group Membantah Nik Aziz Hina Maulid Nabi sudah dilancarkan...
- Edisi Hangat : Nik Aziz akui sudah 20 tahun tak buat Majlis Perarakan Maulid Nabi 1. Sudah 20 tahun rupanya Nik Aziz tidak merayakan...
- Edisi Sabtu : Celaka Laknat kepada BPN Sekelian !!! Petang ni selepas balik dari bengkel baiki kereta Panglima ambil...
- Edisi Perkasa : Himpunan Membantah Tindakan Biadap Penghina Nabi Muhammad Pagi Ini Jam 11 di Kedutaan Sweden !!! Firman Allah Ta’ala:{مُحَمَّدٌ رَّسُولُ اللهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّآءُ عَلَى الكُفَّارِ...
- Edisi Agama : Mari Contohi Sahabat Nabi Khatam Al Quran Seminggu Sekali ! Saya tertarik baca kitab Mauizatul Mukmin karangan Hujjatul Islam...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

