Exco Pulau Pinang nafi SMS letak jawatan

22/11/2009 1:02pm

PULAU PINANG 22 Nov — Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Alam Sekitar Dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang Phee Boon Poh hari ini menafikan khabar angin yang beliau meletak jawatan sebagai Exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Phee, yang juga ADUN Sungai Puyu, berkata sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang disebarkan sejak beberapa hari lepas menyatakan beliau telah meletak jawatan termasuk dalam parti DAP. “Saya tidak pernah melepaskan apa-apa jawatan dipegang terutama sebagai ADUN dan Exco kerajaan negeri dan penyebaran SMS berkenaan berniat jahat serta cuba menjatuhkan saya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menyifatkan penyebaran itu cuba melemahkan parti pakatan yang memerintah beberapa negeri termasuk di Pulau Pinang, beliau berkata: “Ini semua spekulasi dan saya tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh musuh politik yang mahu memecahbelahkan jalinan persefahaman dalam pakatan.” Ketua Menteri Lim Guan Eng yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata tidak timbul isu peletakan jawatan Phee, yang sebelum ini dikatakan berselisih faham dengan beliau.

“Isu perselisihan faham antara saya dan Phee telah lama selesai. Tidak timbul lagi masalah itu sekarang. Ini semua permainan pihak yang cemburu dengan kesepakatan kami,” katanya tanpa menyatakan perselisihan faham yang timbul sebelum ini.

BERNAMA

Sumber

Popularity: 1% [?]

Related posts:

  1. Jawatan Kosong di Lembaga Muzium Pulau Pinang Jan 2010 Iklan Jawatan Kosong Muzium Pulau Pinang Jan 2010 Borang...
  2. KELUARGA LIM YG BARU DI PULAU PINANG LIM MAN CHOR @ MANSOR OTHMAN LIM MAH LEK...
  3. Pemimpin DAP Pulau Pinang sertai PCM PULAU PINANG- Ketua Pasukan Tindakan Khas DAP Pulau Pinang,...
  4. Jawatan Kosong di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (Penang Port) Mac 2010 Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mempelawa warganegara Malaysia yang...
  5. Najib lawat Pulau Pinang 9 Mei Najib lawat Pulau Pinang 9 Mei PULAU...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Post a Response

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline