Forensik UK dilantik untuk bedah semula Beng Hock
SHAH ALAM 13 Nov. — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melantik seorang pakar forensik bebas Prof. Dr. Peter Vanezis dari United Kingdom, untuk menjadi pemerhati dalam bedah siasat kedua terhadap mayat Teoh Beng Hock pada 22 November ini.
Datuk Abdul Razak Musa, peguam pemerhati SPRM pada inkues bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock, berkata demikian kepada media selepas prosiding inkues ditangguhkan hari ini.
Abdul Razak berkata, Dr. Vanezis merupakan pengarah bagi Cameron Centre for Forensic Medical Sciences, London, dan telah mengendalikan sebanyak 2,000 autopsi kes kematian mengejut, yang 1,500 daripadanya membabitkan homisid.
Mayat Teoh akan digali semula pada 21 November atas permintaan keluarganya untuk bedah siasat kedua yang juga akan dihadiri pakar patologi Thailand, Dr. Porntip Rojanasunan, bagi pihak kerajaan negeri Selangor.
Prosiding inkues hari ini ditangguhkan sehingga 9 Disember untuk mendengar keterangan ahli majlis perbandaran Kajang, Tan Boon Wah, yang terlibat dalam kes saman sivil terhadap SPRM yang akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi minggu depan.
- BERNAMA
Related posts:
- Abang Beng Hock fail notis usul terhadap pegawai SPRM Abang Beng Hock fail notis usul terhadap pegawai...
- ANWAR NIZAR ALJUBURI:MAHKAMAH BENARKAN MAYAT TEOH DIKELUARKAN SEMULA Mahkamah Koroner hari ini membenarkan mayat mendiang Teoh Beng Hock...
- KECEDERAAN PADA TEOH AKIBAT JATUH Ini bermakna Teoh tidak di bunuh sebaliknya kecederaan yang dialaminya...
- DAP – Publisiti untuk cari makan Beberapa hari lepas, ketua pesuruhjaya baru badan itu Datuk Abu...
- S/u Kerja Exco Selangor pun balun rasuah juga ke? Ingatkan PKR ni parti suci, bersih, tapi rupanya parti ‘taik’...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

