Harapan

Atas keperluan tugas, saya kini berada di luar negara. Selepas sahaja kapal terbang mendarat terus mengambil cab ke hotel. Alhamdulillah perjalanan kali ini lancar dan tidak terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Mungkin kerana tiba di kota Eropah waktu malam. Aliran trafik waktu siang pasti berbeza.

Esok kemungkinan besar mesyuarat dari pagi hingga ke petang. Kalau boleh biar semua selesai esok sahaja dan dapat pulang ke Malaysia membawa keputusan yang bulat.

Musim luruh hampir ke penghujungnya di Eropah. Mood perayaan Krismas semakin terasa dan kalau ada rezeki mungkin dapat membeli sedikit cenderahati buat keluarga dan teman-teman seperjuangan.

Walaupun tubuh diselimut kedinginan musim luruh namun hati tetap di Malaysia. Hari ini timbul pula cerita tentang MCA. Nampaknya parti ini tidak habis-habis mencipta masalah sendiri. Harapan agar mereka cepat bekerjasama memadam kebakaran dalam rumah sendiri sebelum ia merebak ke rumah orang lain.

Alhamdulillah UMNO tidak lagi menghadapi isu-isu besar buat masa ini. Tugas kami kini lebih kepada merapatkan barisan sambil merangka strategi untuk mengukuhkan parti dan mengembalikan sokongan rakyat. Saudara-saudara sebangsa dan seagama kini makin ramai kembali menyatakan sokongan kepada UMNO. Rakan-rakan dari bangsa India juga ramai yang menyatakan harapan dan keyakinan terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri. Insya-Allah kepercayaan kalian kepada UMNO dan Barisan Nasional akan dibalas dengan janji pemerintahan yang mendahulukan rakyat.


Sumber

Popularity: 1% [?]

Related posts:

  1. Edisi Politik : Khalid Samad Menghina Ydp Agong dan Sultan Selangor – Zulkifli Nordin !!!! Saya baru balik dari baca artikel blog Zulkifli Nordin....
  2. Palestin dan harapan damai 2010 Palestin dan harapan damai 2010 SECARA...
  3. Juara Rakyat: UMNO kembali dekati hati masyarakat Juara Rakyat: UMNO kembali dekati hati masyarakat ...
  4. KRISIS DALAMAN PAS KELANTAN MEMALUKAN UMAT ISLAM PAS KELANTAN TERIMA PEMBALASAN? Kalau kita kata politik itu...
  5. Pastikan Program Juara Rakyat berjaya Pastikan Program Juara Rakyat berjaya PROGRAM Juara...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Post a Response

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline