Jangan Pertikai Kenapa Ramai Bumiputera di IPTA – Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, peluang memasuki universiti awam yang diberikan kepada lebih ramai kaum Bumiputera berbanding kaum lain di negara ini tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Menurutnya, adalah tidak adil untuk melabelkan kerajaan mengamalkan sifat perkauman dan meminggirkan kaum-kaum lain.

“Peluang kepada lebih ramai Bumiputera berbanding kaum lain adalah bagi memastikan keseimbangan pembangunan kaum agar mereka tidak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan yang akan hanya memberikan pelbagai kesan negatif.

“Jumlah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kini hampir sama dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kemasukan pelajar Bumiputera amat kecil iaitu hanya di sekitar 10 peratus sahaja dan selebihnya kaum-kaum lain,” katanya dalam ucaptama bertajuk ‘UUM 25 Years Expectation vs Reality’ di Konvensyen Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) 2009 di sini pada Sabtu.

Dr Mahahtir berkata, perkara itu berlaku kerana tidak ramai kaum Bumiputera mampu melanjutkan pelajaran ke IPTS disebabkan masalah kewangan yang terhad.

“Kalau kita buat banci jumlah (keseluruhan) pelajar di universiti kerajaan dan swasta, pelajar bukan Bumiputera lebih banyak dari Bumiputera. Itulah sebabnya kita beri tumpuan dan lebih banyak tempat kepada Bumiputera.

“Oleh itu, kita tidak harus berasa bersalah (semata-mata) kerana kita adakan tempat untuk Bumiputera. Kita ada hak untuk dapat kedudukan seimbang di negara ini. Kita nak hak secara berpatutan,” katanya.


Sumber

Related posts:

  1. Dr. Mahathir sedih tuduhan rasis Dr. Mahathir sedih tuduhan rasis KUALA LUMPUR...
  2. Orang ramai diminta jangan pertikai tugas polis – Musa Orang ramai diminta jangan pertikai tugas polis –...
  3. Perkataan Allah: Mahathir bimbang kemarahan umat Islam Perkataan Allah: Mahathir bimbang kemarahan umat Islam ...
  4. ‘Kerakyatan bukan bumiputera tidak boleh dipersoal’ Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
  5. Teruskan perjuangan demi nasib anak Melayu, bumiputera Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline