
PEMIMPIN YANG MELETAKAN AGENDA POLITIK SEGALA-GALANYA PERLU DISINGKIRKAN SEGERA…
Citarasa masyarakat melayu diKelantan dapat dimunafaat dengan baik oleh Nik Aziz. Kini Nik Aziz cuba melebarkan sayapnya bersama Anwar dan Lim Kit Siang dalam pakatan pembangkang. Negeri Kelantan adalah sebagai aset terpenting bagi Nik Aziz untok dijadikan contoh. Apakah benar negeri Kelantan adalah negeri membangun bersama islam?
Pakmie bukan sahaja tidak mahu menulis, bercakap pun tidak mahu lagi tentang Menteri Besar Kelantan tersebut. Buat apa kita bercakap kalau apa yang kita cakap itu membuatkan orang lain tidak suka dan mencaci kita. Lalu Pakmie berusaha melupai Nik Aziz. Setelah memikirkan tindakannya ke atas umat islam di negara ini terpanggil juga sekali sekala untok mengulas kenyataannya. Dari kenyataan yang selalu bercanggah dengan islam menyebabkan sekarang semakin ramai orang pas mengenali siapa Nik Aziz. Gandingan bersama Anwar dalam isu -isu kontrovesi terutama kes liwat Anwar-Saiful telah menggangkat nama Nik Aziz sebegitu cepat dengan mendadak boleh mengalahkan presiden Amerika,Barrack Obama.
Begitu lah hebatnya Nik Aziz selain dari pandai mengisi ruang politik,kenyataannya juga sering berubah dan tindakannya seperti inilah yang menjadikan beliau sebagai idola kepada pengikut taksud dan penyokongnya. Ada juga dari kenyataannya, beliau sendiri tidak mengakuinya. Kesalahannya pula dilemparkan dengan menuduh media kerajaan yang sengaja memutarbelit. Semasa Anwar dalam Umno dan berjawatan TPM, Tun Mahadhir tetap tidak menyebelahi Anwar semasa tekanan diberikan oleh Pas dan DAP ketika itu. Tetapi lain pula dengan Nik Aziz sekarang tetap mempertahankan Anwar kes liwatnya dengan Saiful.
Sekalipun terlalu nak mempertahankan Anwar, Nik Aziz tidak sewajar menafikan hak seorang individu lain mendapatkan keadilan. Ini perbicaraan pribadi bukan pembicaraan politik dan sebagainya, cuba kita tanya diri sendiri apakah Nik Aziz dan penyokong taksud Anwar mempunyai mukjizat atau keajaiban untuk berkata pasti Anwar memang tidak bersalah.Bagaimana jika bukan itu Saiful tetapi adik atau saudara kita sendiri yang dakwa terkena perbuatan itu? Apakah kita tidak mahu menuntut keadilan ditentukan di mahkamah dan sanggup solat hajat dan membaca surat yasin untuk mendoakan keselamatan orang yang dituduh?
Tumpuan parti Pas,PKR dan DAP hanya ingin merebut kuasa, aspek kebajikan dan kepentingan rakyat terus diabai.Fatwa2 serta pandangan yang mengelirukan yang dikeluarkan oleh pemimpin pas telah menyebabkan umat islam terus kecewa. Sikap wakil rakyat pembangkang yang diberi kepercayaan dalam Pilihan Raya Umum lalu ternyata gagal. Tindakan terbaru Nik Aziz seperti menganggap perarakan sambutan Maulidur Rasul tidak ada fadilat, seolah-olah mempertahankan apa yang dilakukan oleh DAP Pulau Pinang. Perkara seumpama ini telah menguris hati umat islam di Pulau Pinang, sekaligus melambangkan pemimpin parti itu sendiri tidak lagi berperanan membawa kebaikan kepada umat Islam di negara ini.
Sumber Asal
Share on Facebook
Artikel Berkaitan- November 20, 2009 -- BENARKAH UMNO ITU JAHAT DAN PAS ITU BAIK? (0)
- July 22, 2010 -- BERKAT DOA UMAT ISLAM NIK AZIZ SANGGUP DUDUK SEMEJA… (0)
- June 1, 2010 -- Masa depan MIC tanggungjawab siapa? (0)
- April 25, 2010 -- Banyak pihak bidas Tn Guru Sesat!! (0)
- February 26, 2010 -- KARENAH NIK AZIZ MEMBUATKAN PAS KELANTAN BERTAMBAH LETIH… (0)
- December 9, 2009 -- PAKATAN AKAN HANCUR BILA KETIADAAN ANWAR… (0)
- July 23, 2010 -- Keruntuhan Rumahtangga PAS (0)
- July 21, 2010 -- Contohi semangat Law Teik Hock (0)
- May 30, 2010 -- ANWAR DENGAN NIK AZIZ MANA RELEVEN? (0)
- May 26, 2010 -- PAS MAKIN TERPERANGKAP DGN. AnWAR (0)
Related posts:
- Gimik murahan PAS Kelantan – Bukan Melayu Islam bakal MB Kelantan? Berita baik buat bukan Melayu Islam untuk membuat permohonan menjadi...
- KARENAH NIK AZIZ MEMBUATKAN PAS KELANTAN BERTAMBAH LETIH… AGAKNYA LAMA LAGIKAH NIK AZIZ MEMEGANG JAWATAN MB? Kebanyakan pemimpin...
- PARTI GABUNGAN PAKATAN HADAPI MASALAH BESAR DUA MB MENUNGGU REBAH – NIK AZIZ DI KELANTAN DAN...
- Edisi Pagi : Kenapa Baru Sekarang Husam Musa Letih Berpolitik ? Saya ada beberapa hipotesis yang mungkin anda tertarik untuk...
- Edisi Pagi : PKR Sudah Jadi Parti Kian Rapuh Akronim PKR sudah tepat dengan tafsiran Parti Kian Rapuh....
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.