Keruntuhan Rumahtangga PAS
Ketika Nik Aziz berehat di hospital, DS Najib mengunjunginya tetapi Nik Aziz tidak pernah menghargainya sebaliknya mendoakan supaya Najib ‘sihat’ dan UMNO ‘sakit’.PAS kini dampaknya menjadi ‘kereta buruk berenjin gas’ setelah Mursyidur Am, Nik Aziz Nit Mat gagal mengitar semula ahli dan pemimpin PAS dengan menyingkir ‘dua tiga kerat’ ‘kepala buruk’ di dalam parti berkenaan.
Kita tidak pernah bertanya kepada Nik Aziz, kenapa beliau berdendam dengan dua tiga kerat pemimpin ini dengan menggunakan alasan pihak Pendokong Kerajaan Perpaduan!
1. Nik Aziz mengangkat kaki lebih awal ketika Seminar Memperkasakan Parti diadakan di Markas PAS, Taman Melewar yang sedang berjalan baru-baru ini. Dalam keadaan ‘tidak sihat’ dan ‘sakit-sakit’, Nik Aziz seolah-olah tidak mahu mendengar apa yang cuba disampaikan oleh perwakilan PAS.
2. Nik Aziz nampaknya kecewa dengan perwakilan kerana menolak EGM untuk menyingkir pemimpin tertentu tidak kesampaian. Sebenarnya kekecewaan Nik Aziz, sama juga kekecewaan peminat bola sepak Kelantan kerana tewas dengan ‘cemerlang’ di pasukan Nogori.
3. Seminar berkenaan menunjukkan populariti Nik Aziz kini semakin merudum dan tidak sehebat sebelum 2008 yang lalu. Sebelum ini, gambar Nik Aziz akan terpapar di bawah tiang lampu, ditampal di depan dan belakang kereta, digunakan sebagai penampal di baju-baju, terdapat di sepanduk dan poster berkibaran di merata-rata kini sudah tiada.
4. Kenyataan Nik Aziz seolah-olah lahir dari jiwa dan raga ‘orang lain’ yang mahukan ‘kepala busuk’ dalam PAS disingkir. Siapa ‘orang lain’ itu?
5. Tetapi Nik Aziz menyifatkan golongan muda kini menjauhkan diri daripada PAS kerana ‘kepala busuk’ berkenaan masih berada di dalam PAS. Nik Aziz sudah lupa yang ‘kepala busuk’ inilah yang menjayakan agenda PAS menakluki Selangor, Kedah, Perak dan mengekalkan dominasi di Kelantan dengan gemilang. Apa motif sebenar Nik Aziz cuba menyingkirkan ‘kepala busuk’ berkenaan termasuklah Presiden PAS sendiri?
6. Nik Aziz lupa, golongan muda menjauhkan diri daripada PAS kerana perjuangan PAS sudah sesat dan menyeleweng. PAS sudah menjadi parti ‘pak turut’ bukannya ‘parti kepala’ dalam Pakatan walaupun PAS mampu menubuhkan kerajaan di Kedah dan Kelantan tanpa rakan dari DAP dan PKR.
7. PAS dilihat sebagai ‘penipu’ kepada umat Islam di Malaysia apabila bersekongkol dengan DAP yang terang berderang menolak Islam, jauh sekali berminat menyokong hudud! PAS dikatakan sombong bodoh apabila UMNO mengajak bersatu demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam secara terang-terang. PAS dikatakan mementingkan kuasa dengan peristiwa yang berlaku di Perak. PAS bukan sahaja takut kepada DAP malah sanggup menjadi ‘ekor’ kepada Anwar Ibrahim yang selama ini (ketika di dalam UMNO) digelar sebagai Bapa Rasuah dan mempunyai masalah moral.
8. Pilihan raya kecil di Manik Urai, PAS menang nyawa-nyawa ikan. apabila pengundi memberi mesej supaya PAS bersatu dengan UMNO demi orang Islam dan Melayu, namun PAS masih berdegil. Di Bagan Pinang, PAS diajar cukup-cukup apabila tewas teruk dan perkara yang tidak diduga ialah orang India sudah ‘membawa diri’ dari PAS. Namun PAS masih menyalahkan media kerajaan kononnya PAS bergaduh kerana UMNO dan pemimpin PAS masih menabik dada seolah-olah PAS adalah ‘king kong’ di dalam Pakatan. Yang sebenarnya, PAS hanya singkong (petani).
9. Apapun yang cuba dilakukan oleh PAS dengan menukar pemimpin tidak akan mengubah apa-apa melainkan PAS akan diajar oleh orang Melayu pada pilihan raya akan datang. ‘Permainan ini’ sebenarnya dimulakan oleh ‘orang lain’ di dalam PAS dan ‘orang luar’ yang mahu PAS mengikut telunjuk mereka. Golongan ini percaya pada suatu hari nanti Pakatan akan mentadbir negara ini dan golongan ulama dalam PAS tidak boleh kebal kerana perlembagaan PAS akan digubal supaya sesiapa sahaja layak menerajui PAS kelak.
10. Cuba kita fikir, apa yang akan berlaku sekiranya Nik Aziz berjaya menyingkirkan Hassan Ali! Seluruh PAS di Selangor akan bubar kerana mengikut Hassan Ali dan Selangor akan jatuh ke tangan BN dengan kelebihan satu dua undi sebagaimana yang telah berlaku di Perak! Nik Aziz tidak tahu ke atau buat-buat bodoh! Kalau bodoh masakan 19 tahun boleh menjadi Menteri Besar sedangkan UMNO sudah menukar tiga pemimpin!
11. Sekiranya Haji Hadi diganti oleh pemimpin lain, siapakah pemimpin berkenaan! Adakah PAS akan ditentukan oleh Nik Aziz bukannya oleh perwakilan? Justeru, parti PAS akan mengikut MIC sebagaimana Samyvellu menentukan calon pilihannya., namun, Nik Aziz gagal dalam percaturan ini.
12. Jika Haji Hadi dan Datuk Mustapa diganti dengan calon lain, PAS Terengganu akan lingkup! Pengaruh golongan ini masih kuat berbanding dengan puak endorgan.
13. Sebenarnya apa punca ‘keruntuhan rumah tangga’ PAS dengan tiba-tiba tanpa ribut atau banjir? Siapa yang menjadi dalang perpecahan PAS sedangkan mereka sehati sejiwa dengan DAP dan PKR? Isu Kerajaan Perpaduan BUKAN puncanya kerana UMNO sudah wujud dengan gemilang bersama-sama Barisan Nasional (BN) sejak 50 tahun. Kalau PAS tidak sudi bekerjasama demi orang Melayu, UMNO tetap menjadi ‘ketuanan’ di Malaysia dan raja-raja masih mendominasi undang-undang negeri dan negara.
14. Adakah jawapannya (punca perpecahan PAS kerana…)- Anwar Ibrahim? Hussam Musa? Lim Kit Siang? Karpal Singh? Media Massa? Dr. Asri? Hassan Ali?
abe MIE- Parti DAP dikuasai oleh Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan ’3A’ kuasai PKR, manakala PAS dikuasai oleh Nik Aziz, jadi di dalam Pakatan Rakyat, amalan dan proses demokrasi sebenarnya sudah lama mati.
Related posts:
- ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:ANWAR TAKUT BAYANG BAYANG SENDIRI Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada pemimpin dan...
- SIAPA NIK AZIZ DISISI ANWAR? KENAPA NIK AZIZ TIDAK DOA MUSIBAH KES LIWAT ANWAR- SAIFUL?...
- BERKAT DOA UMAT ISLAM NIK AZIZ SANGGUP DUDUK SEMEJA… Tahun 1990, 20 puloh tahun berlalu wanita tidak dibenarkan sertai...
- KARENAH NIK AZIZ MEMBUATKAN PAS KELANTAN BERTAMBAH LETIH… AGAKNYA LAMA LAGIKAH NIK AZIZ MEMEGANG JAWATAN MB? Kebanyakan pemimpin...
- Edisi Petang : Kisah Barua Lee Kuan Yuew Mahu Ku Li berpisah dari Umno ! Siapa barua itu ? Semua sudah tahu bahawa bapa...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

