LOMPAT PARTI CERAI BINI

Berita kurang gembira dan amat malang bagi kaum isteri yang bersuamikan wakil rakyat pas. Suami bertaklik talak tiga keatas isteri bila bertanding pilihan raya, menang dan lompat parti. Bagaimana pula jika si isteri yang bertanding menang, menjadi wakil rakyat dan lompat parti? agaknya si isteri lah pula yang kena cerai suami. Inilah antara cara-cara pendekatan islam yang pas ambil untok memperkuatkan islam di negara ini. Kalau pendekatan islam yang Umno buat sekian lama dikata pula islam plastik dan sesat. Bagi menggelak dari perpecahan berterusan umat islam di negara ini,parti pas seharusnya dikitar semula.
PAS TIDAK WAJAR MEMZALIMI KAUM WANITA

Tidak wajar mengaitkan lafaz cerai dengan melompat parti kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata hal berkaitan penceraian bukan perkara main-main kerana ia boleh membawa kemudaratan kepada keluarga yang tidak berdosa dan boleh dianggap satu penganiayaan serta zalim.

“Saya nasihatkan pihak yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu untuk ambil perhatian, dibimbangi perkara berkenaan akan jadi satu bahan permainan oleh masyarakat pula nanti,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar tempatan berbahasa Inggeris hari ini yang melaporkan wakil rakyat PAS dikatakan telah mengangkat sumpah akan menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga jika berhasrat melompat parti sebagai tanda kesetiaan terhadap parti.

Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-71, Jamil Khir berkata cadangan memasukkan lafaz taklik sekiranya suami ingin berpoligami tidak perlu dilaksanakan.

Berdasarkan perkara itu, katanya, sudah tentu penggunaan taklik tidak sesuai digunakan dalam urusan berkaitan lompat atau keluar parti yang merupakan alasan paling longggar, tidak relevan dan munasabah. BERNAMA

Sumber Asal

Related posts:

  1. Tidak Wajar Mengaitkan Lafaz Cerai Taklik Dengan Melompat Parti Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, berkata...
  2. Edisi Pagi : Luahan Hati Bogger Serikandi Isu Wanita dan Anak Digadai oleh PAS Untuk Elak Lompat Parti !!! Saya membaca komen serikandi siber berkenaan isu Baiah Cerai Taklik...
  3. Memahami perbezaan lafaz cerai baiah, taklik Oleh MUSA AWANGTimbalan Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysiaemel :sekretariatpgsm@yahoo.comhttp: //www.peguamsyarie.org...
  4. Edisi Pagi : Pelik Apabila Muslimat PAS sokong Baiah Cerai Isteri dan Anak !! MAKLUMAN : TULISAN WARNA MERAH ADALAH KOMEN PANGLIMA TERHADAP...
  5. ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:PEMIMPIN PAS YANG NAK KELUAR PARTI LEGA KERANA TIADA ARAHAN BAI"AH CERAI TALAK TIGA Pas Pusat mengakui mengamalkan konsep bai’ah sebagai akujanji dan taat...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline