Nasharuddin dikejarkan ke IJN selepas mengadu sakit dada

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa, 47, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini selepas mengadu sakit dada ketika persidangan Dewan Rakyat sedang berlangsung hari ini.
Timbalan Presiden Pas itu dikejarkan ke IJN selepas menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan di bangunan Parlimen setelah mengadu kepada Ahli Parlimen Tumpat, daripada Pas Datuk Kamaruddin Jaffar.
Beliau kemudiannya dilihat dibawa dengan kerusi roda ditemani Kamaruddin dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pada pukul 11.40 pagi k IJN.
Mahfuz ketika ditemui pemberita berkata, Nasharuddin pada mulanya mengadu sakit otot di bahagian dada dan selepas pemeriksaan di klinik tadi, beliau dinasihatkan untuk ke IJN bagi pemeriksaan selanjutnya.
Beliau bagaimana pun enggan mengulas lebih lanjut mengenai keadaan Nasharuddin.
Komen Aspirasi : semoga cepat sembuh ustaz.. ramai yang tak sabar nak jawatan Timbalan Presiden tu…
Popularity: unranked [?]
Related posts:
- Nik Aziz : Mahfuz memandai-mandai KOTA BHARU 9 Dis. – Naib Presiden Pas, Datuk...
- Naib Presiden PAS yang dungu Tengah orang ramai menceritakan mengenai Cah Keting dalam PAS...
- Konstabel mengadu peruntukan balik kampung Konstabel mengadu peruntukan balik kampung SAYA Konstabel...
- Ariffahmi abaikan nasihat Mahfuz? kemaskini 6.40pm Menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat kelihatannya...
- Kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang tergugat Akibat tergugat sebagai ketua Pembangkang, semua AHli Parlimen PAS...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.