News : hina kematian Haslinda – laporan polis ‘Facebooker’ fanatik PAS

KUALA LUMPUR: Umno Bahagian Ampang hari ini membuat laporan polis mengenai kenyataan berbentuk penghinaan dalam laman web sosial Facebook yang dikeluarkan seorang lelaki berkaitan kematian Ketua Puteri bahagian itu, Haslinda Zerain, baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Ismail Kijo, berpendapat kenyataan lelaki itu biadab dan tidak boleh dimaafkan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya merasakan kenyataan itu biadab, manusia yang tidak bertamadun telah menghina seorang Ketua Puteri yang telah banyak berjuang dalam parti dan telah kembali ke rahmahtullah dan beliau sendiri tidak berkemampuan untuk meminta maaf,” katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Katanya, beliau tidak mengenali lelaki yang mendakwa ahli Pas dan berasal dari Pasir Tumboh, Kelantan.

Sementara itu, pemangku Ketua Puteri bahagian itu, Salwa Yunus, berkata beliau menerima panggilan pada Sabtu lalu daripada seorang wakil Puteri peringkat negeri memaklumkan mengenai perkara itu.

“Saya yang meragui perkara itu cuba menyemak komen itu pada pagi ini namun telah dipadamkan lelaki terbabit Ahad lalu kerana mendapat kecaman hebat daripada orang ramai,” katanya.

Haslinda, 37, meninggal dunia pada Rabu lalu akibat sakit jantung dan beliau telah menjadi Ketua Puteri Umno Bahagian Ampang sejak penubuhannya pada tahun 2001.

Haslinda pernah bertanding di atas tiket BN pada pilihan raya umum pada 2008 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa namun kalah kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali. – Bernama

- Berita Harian

Sumber

Related posts:

  1. Ketua Puteri UMNO Ampang Meninggal Dunia PETALING JAYA: Ketua Puteri Umno Bahagian Ampang, Haslinda Mohd. Zerain...
  2. News : Hukuman sebat: MAIS buat laporan polis terhadap The Star, Sis 25/02/2010 3:40pm SHAH ALAM 25 Feb. – Majlis Agama...
  3. Blog Aduka Taruna hina Raja Melayu: Laporan polis dibuat JOHOR BAHRU 24 Jan.2010 – Pemuda UMNO Johor hari ini...
  4. News : Dr Mahathir senang kepemimpinan Najib KULIM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau...
  5. News : Kronologi Krisis Politik Perak Gambar : Malaysian Insider KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) —...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
blog comments powered by Disqus
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline