Nik Abduh PECAH amanah

ANAK Menteri Besar Kelantan, Nik Abduh telah disingkir dari Syarikat Saffon Integrated Marketing yang merupakan syarikat yang diamanahkan untuk memasarkan produk jenama Tok Guru.

(Nik Abduh, kanan)

Penyingkiran Nik Abduh berlaku pada bulan Ogos 2009 yang lalu, namun beliau masih mempertahankan haknya terutama dalam pembelian syer di dalam syarikat berkenaan. Sehingga kini, Nik Abduh masih berdegil untuk meletak jawatan secara terhormat dan menamatkan kontrak pemasaran produk berkenaan walaupun pernah memberitahu untuk berbuat sedemikian sebulan kemudian (bulan September 2009).

Nik Abduh sebelum ini pernah bertanding untuk jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, namun tewas kepada Abdul Latif (gambar kiri di atas) yang merupakan ADUN Mengkebeng. Kekalahannya disebabkan oleh tindakan Nik Abduh mempunyai pandangan yang berbeza dengan Presiden PAS, Haji Hadi (sebagaimana yang diterjadi pada Hussam Musa).

Nik Abduh pernah menulis artikel berjudul, kerja-kerja bodoh dalam PAS telah menyebabkannya gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya sebelum ini. Sebelum ini Nik Aziz ada berkempen secara tidak langsung supaya anaknya diberi sokongan (undi), namun ahli PAS tidak mengendahkan, atas alasan kita ada hak menentu siapa pemimpin ketua pemuda.

Artikel yang ditulis oleh Nik Abduh menjelaskan mengenai ayahnya yang sentiasa dinasihati oleh pemimpin PAS yang ‘bodoh’ sehingga menimbulkan kemarahan pemimpin tertentu. Untuk itu, Timbalan Dewan Pemuda PAS Kelantan telah mencabar Nik Abduh dalam jawatan berkenaan.

Menurut orang kuat pada Pengarah Urusan Saffon Integrated yang tidak mahu identitinya dikenali, Nik Abduh disingkir daripada memasarkan produk Tok Guru, antaranya kismis Tok Guru, Jus Tok Guru, Illassalam, Mahabbah, Wardina, ASY – SYIFA‘ dan lain-lain lagi. Alasannya, Nik Abduh bukan sahaja gagal memberi penyata kewangan jualan syarikat dengan tepat malahan terdapat perbezaan hasil jualan dengan hasil keuntungan.

“Sekiranya ini terus berlaku, syarikat berkenaan akan mengalami kerugian. Ini juga menimbulkan rasa waswas sebagai rakan kongsi. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku,” katanya.

Ujarnya lagi, “Nik Abduh sepatutnya memberitahu kenapa perkara sedemikian boleh berlaku? Tindakannya boleh dianggap sebagai pecah amanah.

Beliau memberitahu, pihak urusan Saffon tidak mahu menuduh Nik Abduh melakukan ‘jenayah’ pecah amanah memandangkan mereka menghormati ayahnya yang merupakan Menteri Besar Kelantan. Untuk itu, memadai sekiranya masalah dalaman syarikat diselesaikan dengan cara yang baik dan tidak diketahui umum.

Namun begitu, pada 9 September 2009 yang lepas, Nik Abduh dalam blognya telah memberitahu, “dengan ini, saya dan Maahad Tahfiz NikmatiLlah tidak boleh lagi dikaitkan dengan perniagaan dan jenama tersebut. (Baca dahulu kenyataan di bawah sebelum klik di sini)


Tidak ada sebab diberikan kepada perkara ini berlaku dari Nik Abduh sedangkan beliau sebelum ini bukan sahaja menjadi penaung dan pengasas produk Tok Guru- (apabila menggunakan nama Tok Guru, orang akan percaya ia adalah produk Nik Aziz. Penggunaan produk berkenaan akan dirahmati Allah sebagaimana Allah merahmati Nik Aziz). Nik Abduh masih berdiam diri mengenai penyelewengan akaun jualan syarikat kepada Pengarah Urusan Saffon.


Kedangkalan rakyat Malaysia terutamanya pengguna produk Tok Guru terserlah apabila mereka memberitahu, jus Tok Guru boleh mengatasi penyakit H1N1. Meminum jus berkenaan menjadi kita seakan-akan ‘Tok Guru’ yang merupakan makhluk yang mulia dan dihormati.

“Tidak pula diperbesarkan oleh Harakah mengenai hal ini walaupun beberapa kali wartawan berjumpa dengan Nik Abduh, bertanyakan masalah ini” kata sahabat berkenaan.

abe MIE- Apa yang berlaku di dalam syarikat berkenaan, anak Menteri Besar Kelantan telah melakukan jenayah pecah amanah! Kenapa perkara ini dilindungi sedangkan mereka memperjuangkan amar makruf, nahi mungkar?

Nota:
Bagi peminat fanatik bola sepak dari pasukan ‘Kijang’ atau Merah Putih Kelantan, sila lawat laman web Persaudaraan Anak Kelantan. http://persada.net

Go to Source

Related posts:

  1. Panas!!: Nik Aziz takut pecah tembelang!!! Nampaknya Nik Aziz tidak senang apabila hal penyelewengannya dalam pentadbiran...
  2. Pecah panggung ke pecah tembelang? Message from Five Filters: If you can, please donate to...
  3. Edisi Isnin : Pendapat Terbaru Nik Aziz Isu Nama Allah ( YB Khalid Samad : Sila Baca ! ) Pertama sekali terima kasih daun keladi kepada Mursyidul Am PAS...
  4. KEBURUKAN PAS TURUT DIDEDAH OLEH KELUARGA NIK AZIZ ADAKAH CAMPURTANGAN ANAK MENANTU MEMPERCEPATKAN LAGI NIK AZIZ JATUH?Penglibatan anggota...
  5. Integriti tinggi…Piiirah!!! Wakil delegasi Pas Pusat, Sallahuddin Ayub menyifatkan keputusan Menteri Besar...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline