Nik Aziz Pengerusi Pakatan? Apa sebab…

Hendak menuruni tangga pun Nik Aziz perlu dipimpin kerana keuzuran, layak kah menerajui Pakatan?

‘PENGERUSI’ Pakatan Rakyat (PR) layak diterajui oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat! Apa motif sebenar untuk melantik Nik Aziz sebagai Pengerusi sedangkan Nik Aziz kini berulang-alik dari pejabatnya di Kota Darul Naim ke Hospital USM, Kubang Kerian.

1. Zaid Ibrahim mencadangkan supaya Nik Aziz diberikan jawatan berkenaan memandangkan populariti beliau di dalam politik kini terserlah.

2. Zaid yang kini masih menjalani ‘kerja tanpa gaji’ di dalam parti PKR mempunyai motif tertentu supaya jawatan berkenaan diberikan kepada Nik Aziz, antaranya tidak mahu melihat Azmin Ali menjadi pengerusi PR. Alasan Zaid, apabila Nik Aziz menjadi Pengerusi PR, orang Melayu akan memberi sokongan kepada PR. Ini kerana, PR bukan sahaja dijauhi oleh kaum India selepas kejadian Kampung Buah Pala, malah orang Melayu mula berjinak-jinak dengan UMNO di bawah Perdana Menteri yang baru.

3. Azmin Ali merupakan ‘anak emas’ Anwar Ibrahim, justeru menawarkan jawatan kepada Nik Aziz bererti berjaya mengetepikan musuh di dalam PKR yang menghalang Zaid Ibrahim untuk memegang jawatan pada masa akan datang. Ini juga sebagai ‘kejayaan’ Zaid membalas dendam terhadap Azmin Ali yang memberinya ‘M.C’ selama enam bulan.

4. Kenapa jawatan berkenaan disyorkan kepada Nik Aziz sedangkan Zaid menjadi ahli PKR bukannya ahli PAS. Zaid pernah dipelawa oleh Nik Aziz menjadi ahli PAS sebelum dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri semasa era Pak Lah menjadi untuk diganding bersama-sama dengan Hussam Musa.

5. Nik Aziz bukan sahaja uzur, sakit dan tidak mampu melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar Kelantan, malah hendak berjalanpun perlu dipimpin oleh orang tertentu. Nik Aziz mengingatkan kita kepada Presiden Indonesia, Gus Durr yang dianggap sebagai ulama terbilang di dunia dan mempunyai kuasa tertentu. Indonesia semasa diperintah oleh Gus Durr dianggap paling malang apabila Timur Lester dimerdekakan. Media di Indonesia menyifatkan era Gus Dur sebagai pemerintahan BUTA di mana rakyatnya pada masa itu mengalami kesengsaraan dari segi ekonomi dan kedurjanaan politik.. Cerita selanjutnya di sini.

Populariti Anwar Ibrahim layak dibayar RM1 sahaja.


6.
Anwar Ibrahim tidak pula menyatakan sokongan supaya Nik Aziz menjadi Pengerusi PR secara terbuka, kenapa? Mahu kah Anwar Ibrahim memegang jawatan di dalam PKR dan menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh sahaja? Adakah Anwar akan berseloroh, kita bagi kerusi pengerusi kepada Nik Aziz sekejap sahaja sebelum dia benar-benar diberi kerusi untuk berehat.

7. Selama ini, Anwar Ibrahim mempergunakan Hussam Musa untuk memperbodohkan ‘orang tua’ berkenaan supaya menyokong Pakatan bukannya berjuang kerana Islam dan membela nasib Melayu di negara sendiri.

8. Dalam Pakatan, istilah MEMPERGUNAKAN orang untuk kepentingan diri sudah nampak ketara. Kalau dahulu, isu 16 September mahu mempergunakan YB Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan kerajaan! Kini, Nik Aziz kini cuba dipergunakan oleh orang tertentu untuk kepentingan politik.

9. Nik Aziz satu-satunya pemimpin Pakatan yang mempunyai ‘market brand’ atau terlaris buat masa kini memandangkan populariti Anwar Ibrahim menjunam teruk ekoran masalah moraliti yang dihadapinya dan kegagalan Pakatan menunaikan janji yang ditaburkan semasa pilihan raya yang lepas.

10.
Penyokong dan perusuh jalanan yang pernah mendesak Tun Dr. Mahathir supaya berundur pada 1999 kerana terlalu lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, tetapi kenapa tidak pula mendesak Nik Aziz berundur memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Tun Dr. Mahathir pernah dihina- nyanyuk, tua, zalim dan gila kuasa… kenapa gelaran yang sama tidak boleh diberikan kepada Nik Aziz? Adakah ini dikatakan KEADILAN?

11. Nik Aziz seorang ulama- memburukkan pihak lawan terutamanya saudara sebangsa dan seagama untuk menjuarai politik yang dipimpinnya. Layak kah Nik Aziz dijadikan teladan kepada ulama, ustaz atau kita semua dalam kehidupan terutamanya dalam aspek pemikiran, moraliti, falsafah, perjuangan dalam keagamaan, kebangsaan, pertuturan, sahsiah, siasah dan sebagainya?

12. Apa keistimewaan Nik Aziz melainkan bekerja dengan kerajaan sepanjang hayatnya. Nik Aziz bukan seorang usahawan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada ratusan orang! Nik Aziz bukan penulis memperjuangkan Bahasa Kebangsaan atau pejuang peperangan sehingga mendapat anugerah novel keamanan sedunia. Nik Aziz bukan tokoh kesihatan atau pengasas anti vaksin untuk mencegah penularan penyakit pada abad ke -12? Berapa ramai orang bukan Islam berjumpa Nik Aziz untuk memeluk Islam?

13. Sebagai renungan, pada zaman Baginda Rasulullah s.a.w, umat Islam dihina, diaibkan dan dibunuh oleh musuh bukan beragama Islam. Di Malaysia kini sudah berbeza, umat Islam terutamanya umat Islam PAS kini bukan sahaja menghina dan mengaibkan umat Islam dan orang Melayu sebaliknya berjihad bersama-sama dengan kafiri! Umat Islam PAS tidak segan untuk memburukkan bangsa sendiri dan tidak takut pada Allah apabila MENJADIKAN ALLAH SEBAGAI BARANG MAINAN sebagaimana dapat dilihat di dalam Amanat Haji Hadi dan janji untuk melaksanakan hukum Hudud.

abe MIE- Teringat kepada Mufti Perak, Datuk Harussani yang tidak popular kerana politik. Kalau hendak popular jadilah artis yang dipenuhi dengan dunia gosip. Politik dan agama bukan untuk popular sebaliknya merupakan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan untuk kemakmuran, keamanan manusia dan seluruh alam.

Go to Source

Related posts:

  1. Nik Aziz Pengerusi Pakatan Rakyat? Belum sempat api yang menyala dalam rumah Pakatan dipadamkan, api...
  2. Anwar Ibrahim Layak Jadi PM Sebab Meliwat -Nik Aziz Kenyataan Nik Aziz apabila diberikan jawatan Perdana Menteri ditolak mentah-mentah...
  3. Desak Nik Aziz Undur Kalau anak Lim Kit Siang boleh dilantik sebagai Ketua Menteri...
  4. Ada diantara pemimpin PAS lebih rela bergabung dengan UMNO dari mengikut Nik Aziz bergabung dengan DAP Sedangkan UMNO sedang sibuk membetulkan saf dan memperbaiki liku liku...
  5. Kesian Nik Aziz, Anwar Ibrahim & Guan Eng Nik Aziz tidak akan letak jawatan dan sepatutnya demonstrasi susulan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline