Nik Aziz ‘Terkandas’ Sebelum Pergi Mekah?

Pada 1999, Nik Aziz pernah menangis ketika berdoa di Stadium Kota Bharu supaya Allah melaknati Tun Dr. Mahathir. Lagipun Kelantan pun sudah menjadi negeri ‘Serambi Mekah’, buat apa lagi hendak pergi Mekah!

DALAM politik, kita bukan sahaja perlu (dan wajib) petah lidah untuk berpidato memburukkan orang musuh politik dan menjilat sahabat sealiran, sebagaimana Anwar Ibrahim amalkan. Ahli politik juga perlu menangis sebagai tanda mereka sedih untuk menarik simpati orang ramai. Selalunya orang menangis di tempat awam kerana kehilangan keluarga sebagaimana tragedi Dipang, Perak atau gempa bumi di Padang.

Kalau orang biasa macam kita menangis, orang akan kata, lelaki dayus atau lelaki manja. Jantan mana boleh menitis air mata. Macam pondan yang kita usik dengan memberitahu, kat dalam seluar ada lipas. Terkejut pondan tu, dia akan menangis. Itu kisah pondan tetapi kita boleh renungkan maksud yang abe MIE hendak sampaikan.

Nik Aziz pondan ke? Tidak, tidak ada niat abe MIE hendak samakan beliau dengan pondan kerana selama menerajui Kelantan, ini merupakan ‘rasuah’ yang pertama kali diterima. Andai kata Nik Aziz adalah orang UMNO, apa kata ulama PAS! Dia akan kata, orang UMNO hendak pergi Mekah berjumpa Allah pun masih melakukan rasuah! Haji Marlboro katakan.

Batal Pergi Mekah

Nik Aziz memberitahu, saya terpaksa membatalkan hajat untuk menunaikan ibadah haji. Puncanya, haji Marlboro Nik Aziz ditaja oleh orang tertentu. Kalau yang taja itu orang biasa yang tidak ada kena mengena dengan urusan tender, kita tidak kisah. Kita akan memberitahu, itu rezeki Nik Aziz. Masalahnya orang yang taja ada ‘syer’ dalam projek tertentu di Kelantan.

Nik Aziz tidak menafikan menerima tajaan, sebab perkara ini benar berlaku. Yang Nik Aziz tidak boleh terima, wang berkenaan digelar sebagai ‘makan suap’. Mana boleh menerima makan suap kerana merupakan rasuah dan haram. Kalau wang suap dianggap rasuah, maka PAS tidak terima.

Begitu pun, sekiranya wang berkenaan dipanggil ‘suap makan’ itu tak apa. Yang haram jadi halal dan yang halal boleh jadi ‘terhalal’. Sama juga kerjasama dengan orang Islam dalam politik UMNO dikatakan haram dan halal menjadi balaci DAP yang terang-terang menolak Islam!

Nik Aziz memberitahu, “Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Makkah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia.

Kalau Nik Aziz setaraf Nabi, Lim Kit Siang menjadi Saidina Abu Bakar, sahabat paling rapat yang dijamin syurga oleh PAS.

Jangan setarafkan status Nabi dengan kedudukan Nik Aziz sebab perjuangan mereka tidak sama, ibarat membandingkan kecantikan di raut wajah muka dengan selipar yang dipakai di tapak kaki. Manakala orang Quraisy yang menghalang Nabi memasuki Mekah tidak sama dengan orang yang anti-Rasuah. Kena ingat, sekiranya wang berkenaan bukan dikatakan rasuah, jadi apa kategori wang tajaan yang boleh Nik Aziz jelaskan kepada kita semua! Adakah ia sebagai Sedekah!atau dipanggil Wang Royalti Projek!

Satu lagi, yang membatalkan niat untuk menunaikan ibadah haji bukannya Tabung Haji atau SPRM sebaliknya Nik Aziz sendiri. Beliau boleh menggunakan wangnya untuk menampung perbelanjaan sekiranya berniat hendak menunaikan ibadah haji. Jangan salahkan orang pula. Itu lah propaganda halus yang tidak boleh kita bezakan.

abe MIE juga tertanya-tanya, ibadah haji yang Nik Aziz lakukan ini kali keberapa! Lagipun berilah peluang kepada mereka yang sukar hendak ke sana sejak bertahun-tahun menunggu nama disenaraikan oleh Tabung Haji.

Kena ingat, Nik Aziz kalau tidak pergi menunaikan ibadah haji orang tetap akan sanjung sebagai Tok Guru dan tetap menjadi Musyidur Am PAS. Mencarut, menghina, mengaibkan dan memburukkan orang Islam terutamanya pemimpin dan ahli UMNO Nik Aziz masih digelar Tok Guru, jadi apa yang perlu dirisaukan?

Melainkan Nik Aziz menyerah borang keahlian menjadi ahli UMNO, orang PAS akan kata Nik Aziz Ulama Sesat atau Ulama Pelacur atau Pelacur Ulama sebagaimana ‘dibrandkan’ kepada Mufti Perak, Datuk Harussani.

RM 65,000 yang diterima oleh Nik Aziz yang membiayai haji selama dua minggu di sana boleh lah disedekahkan kepada rumah anak yatim atau diletak di tabung-tabung di dalam masjid atau membeli lembu untuk dikorbankan. Sekurang-kurangnya rakyat Kelantan dapat merasai secebis daging hasil sedekah dari Nik Aziz sebelum dia bersara menjadi Menteri Besar.

Gagap-gagap Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim pun tahu bersedekah daging lembu untuk dikorbankan walaupun menggunakan wang kerajaan negeri.

abe MIE- Bila agaknya Hussam Musa akan menangis untuk mendapat Royalti Minyak dan rakyat Kelantan akan bersimpati padanya!

Bacaan Seterusnya, klik di sini.
1. SRM
2. Harakah
3. Mazidul Akmal Sidik kata, ada Tok Guru (bukan Nik Aziz) di Kelantan.

Go to Source

Related posts:

  1. Pemuda UMNO minta SPRM siasat penaja Nik Aziz ke Mekah Tajaan RM 65,000 seorang untuk ke Mekah…. Laporan bernama, Pergerakan...
  2. Kelantan Serambi Rasuah : Nik Aziz batal hasrat ke Mekah Nik Aziz dituduh menerima rasuah untuk pergi ke Mekah...
  3. Pergi sebelum orang benci – Tun Mahathir Pergi sebelum orang benci – Tun Mahathir ...
  4. Edisi Panas : Tok Guru tangguh pergi haji selepas isu tajaan mula disiasat SPRM ! Saya bukan bermaksud ingin menyekat hasrat murni bernama Nik Aziz...
  5. ANWAR NIZAR BANGSA=T:BATAL NAIK HAJI ,NIK AZIZ TAKUT SIAPA??? Alahai Nik Aziz,Kalau pun nak naik Haji sampai berapa kali...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline