Nik Aziz Vs Hadi : Siapa lebih popular?

Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz mengekalkan kepercayaan politik dan persepsi positif masyarakat awam terhadapnya tetapi Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula gagal mencapainya, kata seorang ahli akademik berdasarkan satu tinjauan.

Membentangkan dapatan tinjauan itu di seminar politik parti itu pagi ini, pensyarah kajian media Universiti Malaya (UM) Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, Nik Aziz juga masih mengungguli tempat pertama sebagai pemimpin paling popular dalam PAS.

Sementara itu, terdapat penemuan mengejutkan apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak termasuk antara lima pemimpin paling popular PAS.

Tinjauan di kalangan lebih 2,000 responden dari seluruh negara itu menunjukkan, Abdul Hadi di belakang Nik Aziz.

Ia diikuti dua lagi pemimpin PAS: bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin di tempat ketiga dan ahli jawatankuasa pusat parti Mohamad Sabu (keempat).

- Malaysiakini

Sumber

Popularity: 1% [?]

Related posts:

  1. ANWAR NIZAR ALJUBURI:NIK AZIZ BUAT MACAMANA PUN HADI TETAP PRESIDEN PAS Berbagai cara yang dilakukan TGNA untuk menyingkirkan Haji Hadi...
  2. SIAPA YANG LEBIH PLASTIK, PAS ATAU UMNO? PAS TERUS BERTELAGAH SESAMA SENDIRI – UMNO MAHU KEPADA...
  3. ANWAR NIZAR BARU=A:HAJI HADI KLON ABDULLAH Kepemimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap...
  4. ANWAR NIZAR BARU=A:ANTARA UMNO PAS SIAPA YANG LEMAH. Tidak dinafikan pembangkang telah berjaya melemahkan Umno dan BN...
  5. Ada diantara pemimpin PAS lebih rela bergabung dengan UMNO dari mengikut Nik Aziz bergabung dengan DAP Sedangkan UMNO sedang sibuk membetulkan saf dan memperbaiki liku...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Post a Response

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline