Pemimpin DAP Pulau Pinang sertai PCM



PULAU PINANG- Ketua Pasukan Tindakan Khas DAP Pulau Pinang, Tham Weng Fatt, 54, hari ini mengumumkan meletakkan jawatan dan keluar daripada parti itu untuk menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM).
Katanya, keputusan itu berkuat kuasa serta merta bagi membolehkannya menyampaikan pandangan kepada kerajaan negeri dengan lebih berkesan demi kepentingan rakyat.
“Sekarang ini DAP memimpin kerajaan negeri. Susah bagi saya untuk menyuarakan kepentingan rakyat kerana bila saya mengkritik kerajaan negeri bermakna saya mengkritik parti saya,” katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau, yang telah menyertai DAP selama 22 tahun itu, berkata surat peletakan jawatannya akan diserahkan kepada Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow, Sabtu ini.
“Tiada masalah peribadi atau perselisihan antara saya dan rakan dalam DAP, cuma terdapat beberapa dasar dalam parti yang saya tidak setuju,” katanya.-Bernama
Popularity: unranked [?]
Related posts:
- Exco Pulau Pinang nafi SMS letak jawatan 22/11/2009 1:02pm PULAU PINANG 22 Nov — Pengerusi Jawatankuasa...
- Jawatan Kosong di Lembaga Muzium Pulau Pinang Jan 2010 Iklan Jawatan Kosong Muzium Pulau Pinang Jan 2010 Borang...
- Edisi PKR boneka DAP : PKR Pulau Pinang bergolak Belum lagi tenang mengenai masalah dalaman PKR di Selangor...
- Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu bertanggungjawab atas kematian pelajar Teguran tidak diendahkan, EXCO kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang...
- Amaran Fairus: rahsia kerajaan Pulau Pinang ada dalam poket saya… Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.