Pendedahan : Azmin dan kroni didakwa beli saham bernilai RM 8.5 Juta

SHAH ALAM 13 Nov. – Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran mendakwa memiliki dokumen berkaitan pembelian saham melibatkan tiga individu termasuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang mencecah RM8 juta pada awal 1990-an.

Dua lagi individu yang terbabit seperti didakwa dalam dokumen itu ialah isteri Azmin, Shamshida Tahrin dan iparnya, Jamal Tahrin.

Vickneswaran mendakwa, dokumen itu diterima daripada seorang lelaki tidak dikenali yang menyerahkannya kepada pengawal keselamatan di rumahnya di Kota Kemuning pada pukul 3 pagi, semalam.

Katanya, kesemua dokumen itu hanya dibuka di sebelah pagi iaitu semasa bersarapan.

“Setelah diteliti saya mendapati dokumen itu melibatkan urusan peruntukan unit-unit saham, pembelian saham dan jumlah kemasukan wang dalam akaun-akaun yang melibatkan tiga individu.

“Mengikut dokumen ini dalam tempoh tiga tahun mulai 1992, seorang daripadanya telah membelanjakan kira-kira RM800,000 untuk membeli saham, manakala jumlah saham yang dibeli seorang lagi mencecah RM8.5 juta,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Bagaimanapun Azmin gagal dihubungi bagi mengulas dakwaan itu.RM8j?

Sumber : Utusan Malaysia

Sumber

Related posts:

  1. ANwar pertahankan Azmin dan KRONI membeli SAHAM Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari...
  2. SALINAN BUKTI SAHAM AZMIN KLIK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS KLIK UNTK PAPARAN LEBIH...
  3. TERKINI SAHAM AZMIN & SHAMSIDAR Jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, salinan pertama dokumen pemilikan...
  4. Baca Ni..! Kupasan 1 : Transaksi Wang & Saham Azmin & Shamsidar Terima kasih kepada sahabat Blogger kita – X-PKR [http://x-pkr.blogspot.com]...
  5. BUKTI-BUKTI SAHAM AnWAR, AZMIN & SHAMSIDAR 1. Mohon maaf kepada semua ‘sepi’ seminggu ini lantaran tuntutan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline