SISA-SISA ‘PELURU’ AnWAR (2)

1. AnWAR semakin tertekan. Gerakerja beliau kebelakangan ini membuktikannya. Bermula dari arahan ceramah 40 hari oleh AMK, kemunculan semula PI Bala, menumbangkan kerajaan di Parlimen, dan terkini konvensyen PR di Shah Alam. Semuanya mahu memanipulasi pemikiran umum bahawa beliau mahu berkuasa mahu melakukan sesuatu!

2. KAli ini sisa peluru AnWAR adalah menggunakan individu berpengaruh bagi melindungi kelemahan beliau. Beliau kini menggunakan Datuk Nik Aziz melindungi apa saja yang beliau mahu lakukan. Beliau tahu Nik Aziz punya sentimen agama yang mampu mengaburi mata umum. Kerana itu beliau bersungguh-sungguh mempertahankan Nik Aziz.

3. Beliau tahu tanpa menyatakan apa-apa, bayangan Nik Aziz akan selalu melindungi beliau. Jika timbul sesuatu isu, beliau akan mengadap Nik Aziz di Kelantan. Begitu juga dalam beberapa isu mengenai pakatan pimpinannya, Nik Aziz akan dijadikan perisai melindungi serta menghalalkan tindakan AnWAR. Walhal, AnWAR hanya menggunakan Nik Aziz.

4. DAlam mempertahankan apa yang berlaku sekarang, jelas AnWAR amat mengharap Nik Aziz akan membela beliau dalam isu liwat. W/pun tidak meminta, AnWAR amat mengharapkannya. Namun hingga kini Nik Aziz lebih memberi tumpuan kepada isu pakatan. AnWAR amat mengharapkan Nik Aziz mengeluarkan fatwa bahawa AnWAR tidak bersalah dalam hal liwat.

5. Ini sebenarnya tujuan AnWAR, taktik yang beliau guna dahulu dengan menggunakan Datuk Harun Din setelah dituduh meliwat pada 1998. Teman-teman lama dalam PKR mengesahkan taktik AnWAR ini. FAtwa yang dibuat oleh Yusuf Qardhawi dan Sheikh Taha Jabir kurang diterima pakai di negara ini kerana mereka tidak punya sokongan politik dan golongan akar umbi di Malaysia.

6. Yang diperlukan AnWAR adalah seorang tokoh agama tempatan yang punya pengaruh ke atas masyarakat akar umbi di sini. Maka itu AnWAR harus ‘dilihat’ rapat dengan mereka. Golongan agama yang neutral dilihat AnWAR kurang memberi impak. Tok-tok Guru pondok hanya berpengaruh terhadap pelajar mereka dan kurang dikenali. W/pun imej Nik Aziz telah tercalar kebelakangan ini, AnWAR melihat Nik Aziz masih mampu mempertahankannya secara tidak langsung.

7. Cuma sekarang AnWAR amat-amat berharap Nik Aziz akan bersuara mengenai kes liwatnya bagi membuat persepsi AnWAR tidak bersalah. Maka itu beliau bersungguh-sungguh cuba menawan hati Nik Aziz. Nik Aziz juga bijak mengambil kesempatan dari sokongan AnWAR! Hingga kini beliau masih belum mahu membicarakan soal liwat AnWAR atau mungkin tidak mahu membicarakannya langsung!

Adat dunia memang begitu. Jika kita sering menanggap diri kita yang paling bijak, maka akan ada orang lain yang lebih bijak dari kita………………….

Sekian.

Sumber Berita

Related posts:

  1. SISA-SISA ‘PELURU’ AnWAR 1. AnWAR sekarang sudah boleh menghitung hari sebagai orang yang...
  2. AnWAR TAK MAU MENANG DI HULU SELANGOR 1. Heboh nama Zaid Ibrahim dicalonkan PKR untuk PRK...
  3. NONA AnWAR – WAN AZIZAH (9) 1. Umumnya setelah AnWAR kembali ke pangkuannya dari penjara, Azizah...
  4. AnWAR : AZMIN MB SELEPAS HARIRAYA? 1. Bukan rahsia lagi AnWAR kini terdesak memilih TS Khalid...
  5. NONA AnWAR – WAN AZIZAH (8) 1. x-pkr telah menyentuh betapa Azizah amat prejudis dengan semua...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline