Susah Betul Nak Membangunkan Kawasan Luar Bandar Di Pulau Pinang

“Perda telah membuat permohonan untuk memajukan beberapa bidang tanah tetapi tidak mendapat maklumbalas dari kerajaan negeri dan perkara ini dikatakan menjadi halangan kepada pembangunan yang dirancang untuk manfaat rakyat di kawasan luar bandar,” katanya.

Nor Mohamed berkata seharusnya kerajaan negeri memberikan layanan yang sama dan adil kepada semua agensi tanpa mengira sama ada ia agensi pusat, negeri mahupun swasta.

Katanya kelewatan memberikan kelulusan akan menimbulkan pelbagai kesan antaranya merencatkan pembangunan yang dirancang untuk golongan sasar dan kos projek meningkat.

Menurutnya beliau sendiri telah berjumpa dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung perkara ini dan menyerahkan salinan dokumen berkaitan tetapi masih tiada perkembangan sehingga kini.

Taktik halus kerajaan negeri tentunya mempunyai maksud tertentu terhadap kawasan luar bandar yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu.

Itupun masih belum disedari oleh orang Melayu yang masih menyanjung “Khalifah” yang memerintah Pulau Pinang.

Sedarlah dari mimpi dan kembalilah menyokong UMNO yang menjaga kepentingan orang Melayu.


Sumber

Popularity: -0% [?]

Related posts:

  1. Usaha tingkat prasarana di kawasan luar bandar diutamakan Usaha tingkat prasarana di kawasan luar bandar diutamakan...
  2. Guru patut bergilir ke luar bandar Para guru perlu menganggap penempatan di kawasan luar bandar...
  3. Najib lawat Pulau Pinang 9 Mei Najib lawat Pulau Pinang 9 Mei PULAU...
  4. Pemimpin DAP Pulau Pinang sertai PCM PULAU PINANG- Ketua Pasukan Tindakan Khas DAP Pulau Pinang,...
  5. Exco Pulau Pinang nafi SMS letak jawatan 22/11/2009 1:02pm PULAU PINANG 22 Nov — Pengerusi Jawatankuasa...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Post a Response

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline