Susah Bila Ahli Politik Terlebih Cerdik

Ada ahli politik yang terlebih cerdik dengan menyalahkan BN bila polis menjalankan tugas cemerlang menembak mati penjenayah.

Hanya kerana kebetulan penjenayah yang ditembak mati dari kaum India, tidak bermakna itu adalah tindakan kejam pihak polis kerana polis hanya menjalankan tugas mereka dan bertindak mempertahankan diri bila diserang.

Mungkin ahli politik itu sengaja ingin menimbulkan sentimen perkauman dengan menimbulkan isu polis menembak mati penjenayah kaum India.

Isu yang dimainkan bukan sahaja sempit tetapi jelas menunjukkan betapa terlebih cerdiknya ahli politik ini.

Seperti yang penulis pernah tulis dalam posting lepas yang bertajuk Polis Memang Wajar Tembak Perompak, tindakan menyalahkan pihak polis dari depan, belakang, kiri dan kanan tidak lain dan tidak bukan hanya kerana ingin meraih satu dua undi kaum India yang kini telah mula kembali kepada BN.

Nasihat penulis ialah carilah isu lain yang lebih penting daripada menyalahkan pihak polis yang bertungkus-lumus membanteras jenayah.


Sumber

Related posts:

  1. Ahli politik perlu lebih sensitif Oleh ANUAR AHMADPensyarah Sosiologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia....
  2. Ahli politik beri ceramah agama perlu tauliah – Dr. M Ahli politik yang ingin memberikan ceramah agama perlu mendapatkan pentauliahan...
  3. Edisi Pagi : Ranking Facebook Ahli Politik di Malaysia Dimenangi oleh Juara Rakyat @ Barisan Nasional ! Statistik pada 25 Feb 2019 ( sumber blog http://fendy1982.blogspot.com/ )...
  4. Polis tembak mati dua penjenayah Polis tembak mati dua penjenayah IPOH 9...
  5. Polis Memang Wajar Tembak Perompak Bersenjata Ramai yang ingin tunjuk hero dan kononnya nak membela...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline