TAHNIAH NEGERI SEMBILAN DAN SYABAS UNTOK KELANTAN



Penantian 61 tahun skuad Negeri Sembilan akhirnya berbaloi apabila menjuarai Piala Malaysia edisi ke-84 di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas mengalahkan Kelantan 3-1 sebentar tadi.
Gol skuad Rusa dijaringkan oleh Shahurain Abu Samah (m-17), Hairudddin Omar (m-46) dan Mohd. Zaquan Adha Radzak (pen, m-59).
Kali terakhir Skuad Hoben Jang Hoben membawa pulang piala itu ialah pada tahun 1948 yang ketika itu dikenali sebagai Piala HMS-Malaya.
Kelantan yang merupakan pasukan favorite dilihat lemah dalam melakukan penyudah untuk mencari gol di samping pertahanan yang longgar untuk memberi peluang kepada pemain Negeri Sembilan menyumbat gol.
Namun bintang Kijang, Indra Putra Mahayuddin berjaya memperoleh gol saguhati pada masa kecederaan m-93 melalui sepakan percuma.
Kapasiti 85,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil yang majoritinya dipenuhi dengan penyokong Kelantan turut diwarnai dengan pelbagai kejadian yang kurang menarik termasuk beberapa kerusi penonton dibakar selain botol air minuman dan mercun dibaling ke dalam padang.
Related posts:
- Negeri Sembilan juara Piala FA 2010 Negeri Sembilan memerlukan tuah penentuan penalti untuk kembali menjulang Piala...
- Negeri Sembilan &, Selangor buka kempen bolasepak 2010 Perlawanan Sumbangsih 2010 merebut Piala Sultan Ahmad Shah di antara...
- JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN (PKNNS) Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia. JAWATAN:- PENOLONG AKAUNTAN (W27) KONTRAK...
- Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNS) – Mac 2010 Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia. Keutamaan kepada Rakyat Negeri Sembilan....
- KELANTAN : SEPATUTNYA PEMIMPIN PAS LEBIH BERSEMANGAT DARI ANWAR MUSA KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA 2009-KELANTAN GOMO INSYAALLAH! Semangat juang LEBIH...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

