Tak jual pasir ke Singapura – Kenapa DAP yang kecewa?
KUALA LUMPUR 12 Nov. – Tindakan DAP yang secara terbuka mempertikaikan dasar kerajaan tidak membenarkan penjualan pasir sungai kepada Singapura pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) ketika membangkitkan perkara itu berkata, beliau pelik dengan keengganan kerajaan membenarkan dasar yang boleh memberi situasi ‘menang-menang’ terutamanya kepada negeri Perak.
“Banjir disebabkan mendapan pasir banyak berlaku terutamanya di Perak. Kalau pasir ini dapat dijual ke Singapura ia akan memberi pulangan lumayan.
“Tetapi saya hairan kenapa situasi menang-menang ini tidak diterima oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya yang cuba mengaitkan penjualan pasir dengan isu banjir yang dijawab oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup.
Ulasan Aspirasi: kenapa pula DAP yang kecewa… orang lain tak kecewa pun… ATaupun DAP memang dah dibayar oleh PAP Singapura sebagai agen Singapura… Kita mengetahui bahawa DAP ialah serpihan PAP, apabila Singapura mula berpecah dari Malaysia…
DAsar PAP singapura telah menyebabkan diskriminasi terhadap kaum Melayu di Singapura, samada peluang pekerjaan, pendidikan, agama, ekonomi dan sosial. Melayu dianggap kelas ke-tiga oleh Singapura.
Mulut dan tangan orang Melayu singapura diikat dalam diam, semua pergerakan dan gerak geri orang Melayu dilihat dan diperhatikan dari semasa ke semasa sebagaimana Israel memperhatikan rakyat Palestin. Apatah lagi kaum Melayu yang Islamis….
Mereka mengetahui Melayu Singapura telah lama didiskrimanis iaitu hampir 45 tahun… ketidak puasan hati inji boleh meletup bila-bila masa… dan ini boleh menyebabkan perubahan geopolitik Singapura.
Dan lebih dasyat ialah dasar Singapura membawa orang asing bekerja khasnya dari Cina dan memberikan mereka kerakyatan menyebabkan jumlah peratus Melayu Singapura semakin mengecil dan jumlah kaum Cina semakin membesar tahun demi tahun.
Pada tahun 1819 hampir semua penduduk, kecuali beberapa orang Cina, terdiri daripada Melayu -Muslim. Pada tahun 1824, daripada 10,000 ke 11,000 penduduk, peratus Melayu -Muslim telah menurun menjadi kurang daripada 50% dan Cina telah meningkat kepada sepertiga. Dengan kemajuan ekonomi lebih ramai lagi orang Cina datang ke Singapura menyebabkan peratusannya terus meningkat, manakala peratusan Melayu-Muslim terus merosot. (baca di sini)
Menurut CIA World Factbook: July 2005 penduduk Singapura berjumlah 4,425,720. Berdasarkan Banci 2000, 76.8 % ialah Cina, 13.9% Melayu, 7.9% India dan 1.4% Lain-lain. Dari segi agama pula banci yang sama mencatatkan peratusan Muslim sebanyak 14.9% (termasuk Muslim bukan Melayu). Justeru jumlah Melayu-Muslim ialah seramai 615,175 dan jumlah keseluruhan Muslim ialah 659,432.
Melayu ditekan dan dipinggirkan sedangkan Melayu adalah kaum asal di Singapura… orang Melayu Malaysia perlu berhati-hati dengan agenda DAP yang sama dengan PAP… adakah perkara ni boleh berlaku kepada melayu Malaysia dengan bantuan ANuwar dan DAP!!!
Sumber : Utusan Malaysia
Related posts:
- Melayu Singapura kuat merokok, atasi kaum lain Jumlah Melayu Singapura yang merokok mengatasi jumlah perokok daripada kaum...
- TENTU ADA SEBAB KENAPA BN MENANG DENGAN MAJORITI YANG KECIL Jika asalkan menang dijadikan ukuran, majoriti 1,725 undi diperolehi...
- Diskriminasi terhadap Melayu oleh Singapura Prof. Mohammed Yacob. Mukadimah MENTERI Mentor Singapura, Lee Kuan...
- Pasir- DAP Terlibat? Singapura memang miskin- kekurangan pasir (tanah) dan air bersih. Singapura...
- Singapura tidak pernah ada TPM Melayu sejak 1959 hingga sekarang !!! Deputy Prime Minister Start of Term End of Term...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

