Tiada arahan pemimpin UMNO demo kepala lembu : MB Selangor

Menteri besar Selangor berkata penyokong Umno mungkin terlibat dalam perarakan membawa kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di Shah Alam, akhir Ogos lalu, tetapi mendakwa ia bukanlah atas arahan pemimpin parti berkenaan.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau selaku menteri besar harus mengambil sikap profesional dan tidak boleh menyalahkan keseluruhan parti Umno atas kesilapan yang mungkin dilakukan oleh segelintir anggota parti berkenaan.

“Bukan saya kata Umno tidak terlibat. Mungkin ahli parti itu ada buat tapi tidak ada arahan atau resolusi (untuk berarak membawa kepala lembu) daripada Umno.

“Kita kena bezakan antara parti dengan penyokong parti,” katanya, mengulas kritikan yang dilemparkan seorang ADUN Pakatan Rakyat di persidangan DUN semalam.

Wakil rakyat Kota Alam Shah, M Manoharan melahirkan rasa kecewa terhadap Khalid yang didakwa membersihkan nama Umno berhubung demonstrasi kontroversi itu di depan bangunan SUK Selangor, 28 Ogos lalu.

Pemimpin DAP itu juga berkata menteri besar tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut kerana beliau sendiri “mengetahui Umno memang terlibat dalam perarakan tersebut.”

Dalam sidang media selepas menghadiri sidang DUN tengah hari ini, Khalid menjelaskan beliau perlu bersikap profesional dan tidak membuat kenyataan politik yang melulu.

“Saya sebagai menteri besar tidak boleh keluarkan kenyataan seperti itu (kata Umno terlibat), saya kena profesional walaupun kenyataan saya itu tidak 100% politically correct,” katanya lagi.

Sumber : Malaysiakini

Sumber

Popularity: 1% [?]

Related posts:

  1. Isu kepala lembu: ADUN Pakatan selar MB S’gor Wakil DAP Kota Alam Shah, M Manoharan berkata menteri...
  2. ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:PEMIMPIN PAS YANG NAK KELUAR PARTI LEGA KERANA TIADA ARAHAN BAI"AH CERAI TALAK TIGA Pas Pusat mengakui mengamalkan konsep bai’ah sebagai akujanji dan...
  3. UMNO : RUMAH BESAR YANG TIADA PENGHUNI… BEBASKAN JEFFRYDAMIEN… Sekali keluar isu panas oleh pembangkang maka...
  4. Tiada arahan amaran bahaya telefon bimbit Para pengeluar telefon bimbit tidak perlu menampal amaran risiko...
  5. BTN tiada manfaat, hanya dakyah pesong semata-mata – Exco Selangor SIJANGKANG, 28 NOV 2009 : Tiada manfaat dan hanya...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Post a Response

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline