Tian Chua Merajuk?


Siapa gigit siapa! Sepatutnya Tian Chua mengoyakkan seluarnya supaya nampak ‘lebih seksi’ sebagaimana dilakukan oleh Elizaberth Wong.1. Nampaknya Tian Chua ‘merajuk’ apabila tidak mahu merayu kepada mahkamah mengenai keputusan kehakiman yang boleh menyebabkan dia hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Kawasan Batu Kuala Lumpur.
2. Beberapa persoalan muncul, kenapa Tian Chua tidak mahu merayu! Orang tua kata, berani kerana benar, takut kerana salah. Bahkan Mat Sabu yang pernah ditangkap khalwat pun melawan kesnya sehingga dibebaskan. Kenapa Tian Chua tidak mahu bertindak seberani Mat Sabu.
3. Anwar Ibrahim yang menghadapi masalah moraliti dan tuduhan liwat tidak pernah berputus asa untuk melawan kesnya, kenapa Anwar Ibrahim tidak menasihati Tian Chua!
4. Elizaberth Wong pun nyaris meletak jawatan, selepas dipujuk oleh Menteri Besar Berkebajikan, Khalid Ibrahim Gagap, dia tidak meneruskan hajatnya sebaliknya diberi cuti rehat untuk berehat sepuas-puas. Sebelum ini berehat dengan Helmi tidak sepuas berehat di luar negara tanpa diganggu dan bebas untuk berbogel di mana-mana.
5. Tian Chua boleh melantik hakim yang hebat untuk melawan kesnya- silap hari bulan Hakim Mahkamah pun boleh ditukar sebagaimana Anwar Ibrahim lakukan dalam kesnya melwan Saiful Bukhari.
Mudah ditemui di mana-mana, adakah pemimpin Gerakan dan MCA boleh ditemui di oleh rakyat di mana-mana!
6. Apakah motif Tian Chua tidak mahu merayu! Adakah Tian Chua sudah bosan dengan politik! Adakah Tian Chua tidak mahu berkhidmat kepada Parlimen yang dimenanginya sebagaimana janjinya untuk membela rakyat!
7. Namun begitu, Tian Chua merasakan tidak perlu merayu memandangkan pilihan raya akan datang akan diadakan pada 2013, justeru tidak ada pilihan raya akan diadakan sebagaimana berlaku ke atas DUN Seputuh di Kedah. Begitupun, Tian Chua tidak boleh bertanding pada pilihan raya ke 13 sebagaimana peruntukan di bawah Akta Parlimen.
8. Adakah BN boleh menang di kawasan berkenaan. Pada 2008, Tian menang dengan majoriti 9455 undi. Mampukah BN merampas kawasan berkenaan! Jika melihat rekod sebelum ini, Parlimen Batu merupakan kubu kuat BN.
Mana ada pemimpin Gerakan dan MCA sanggup berbuka puasa bersama-sama orang Islam!Sekiranya mereka berubah, tidak mustahil mereka akan diterima oleh orang Melayu.
9. Boleh dikatakan Tian Chua diterima baik oleh penduduk di situ tidak kira dari bangsa Melayu, Cina mahupun India berbanding dengan calon BN dari Gerakan yang menang sebelum ini ,tetapi habuk pun tidak kelihatan.
10. Berdasarkan perkembangan semasa, majoriti orang Cina masih menolak BN terutamanya dari Gerakan dan MCA. Berdasarkan bancian dilakukan, penerimaan terhadap orang Melayu pada BN- 65%, Cina- 35% dan India- 55%. Kemelut yang melanda MCA boleh dijadikan isu untuk meraih sokongan pada Pakatan dan isu PPP boleh mengurangkan undi dari kaum India untuk memberi sokongan pada BN.
abe MIE- Dalam Politik macam-macam perkara boleh berlaku. Politik juga seperti seorang salesman yang mahu menjual telefon bimbit- pandai membodek pelanggan, menawarkan harga, ’sedikit’ murah berbanding kedai di sebelahnya, memberi lebih accesories, mulut manis dan memuji pelanggan. Kalau tidak, pelanggan akan mencari kedai yang lain yang menawarkan harga yang murah.
Popularity: 1% [?]
Related posts:
- Edisi Hancurkan PKR : Mercedes Tian Chua Langgar Askar Hingga Meninggal !!! Berita ini telah disiarkan di beberapa blog seperti warisan2057...
- Terkini : Tian Chua berlanggar!!! Berita tidak rasmi, YB Tian Chan ( ahli parlimen...
- Anwar Ibrahim Liwat, Najib, Rosmah Perlu Ke Mahkamah Anwar Ibrahim cuba melepaskan diri apabila mahu Perdana Menteri,...
- Siapa 10 Pelakon Terbaik 2010? Nallakaruppan kata Wan Azizah Wan Ismail layak diikhtiraf sebagai...
- Askar Melayu dilanggar mati, tubuhkan Suruhanjaya DiRaja? Faham-fahamlah darah siapa pada cermin kereta Tian Chua Tian...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.