Tidak Wajar Mengaitkan Lafaz Cerai Taklik Dengan Melompat Parti

Beliau berkata, hal berkaitan penceraian bukan perkara mainan kerana ia boleh membawa kemudaratan kepada keluarga yang tidak berdosa dan boleh dianggap satu penganiayaan serta zalim.
“Saya nasihatkan pihak yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu untuk ambil perhatian, dibimbangi perkara berkenaan akan jadi satu bahan permainan oleh masyarakat pula nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa wakil rakyat Pas dikatakan telah melafaz taklik menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga jika mereka melompat parti sebagai tanda kesetiaan terhadap parti.
Jamil Khir berkata, menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-71, cadangan memasukkan lafaz taklik sekiranya suami ingin berpoligami tidak perlu dilaksanakan.
Katanya, berdasarkan perkara itu sudah tentu penggunaan taklik tidak sesuai dalam urusan berkaitan lompat atau keluar parti.
Popularity: 1% [?]
Related posts:
- LOMPAT PARTI CERAI BINI Berita kurang gembira dan amat malang bagi kaum isteri...
- Memahami perbezaan lafaz cerai baiah, taklik Oleh MUSA AWANGTimbalan Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysiaemel :sekretariatpgsm@yahoo.comhttp:...
- Edisi Hangat : Cerai Taklik Talak Tiga, Senjata Sulit PAS ikat ADUN Gadai Anak / Isteri Mereka ! Saya masih lagi dalam keadaan dinasihatkan agar tidak risau....
- NGO Islam perlu lebih berani mendesak – Jamil Khir NGO Islam perlu lebih berani mendesak – Jamil...
- Umat Islam Diingatkan Jangan Terpengaruh Amalan Sunnah Tidak Jelas Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya tidak mudah...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.