UMNO Pengkhianat Rakyat- PAS
PAS sebagai Parti Islam dan Partinya melebihi Islam melancarkan slogan UMNO Pengkhianat Rakyat pada 9 Januari 2010 akan datang. Tujuannya untuk membongkarkan pembohongan dan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO sejak dahulu, kini dan selamanya kepada rakyat Malaysia.
Ketua Penerangannya PAS, Ustaz Idris Ahmad memberitahu,”Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan.
abe MIE tercari-cari apa kezaliman yang UMNO pernah lakukan sejak menuntut kemerdekaan dari penjajah British! Adakah UMNO zalim kerana memerdekakan Tanah Melayu dan mengambil Sabah dan Sarawak dari Indonesia, Kerajaan Brunei dan FIlipina.
Mungkin UMNO ‘membunuh’ Komunis pada tahun 1945 hingga 1948! Benar juga kerana ramai komunis telah ‘syahid’ berjuang untuk menegakkan pemerintahan Komunis diterajui Chin Peng. abe MIE percaya, PAS mampu mendapat sokongan daripada kaum Cina yang menyokong ‘Mantan Komunis’ seperti Lim Kit Siang, Ronnie Liu dan Nga Kor Ming.
UMNO terlibat secara langsung di dalam peristiwa Memali sehingga mengorbankan mujahid PAS, itu salah satu bukti kezaliman. Persoalannya, kenapa keluarga Mujahid PAS tidak menyaman kerajaan pada masa itu sebagaimana dilakukan oleh Hindraf?
PAS boleh memberitahu UMNO zalim kepada orang India kerana tidak membebaskan banduan India di penjara sebaliknya polis-polis UMNO menembak penjenayah India. India miskin kerana kerajaan tidak memberi bantuan sedangkan orang Melayu dibantu sebegitu rupa. PAS boleh bekerjasama dengan HINDRAF membela kaum India untuk mendapat tuntutan sebanyak berjuta-juta ringgit daripada penjajah.
abe MIE rasa pendapat PAS ada benar sekiranya UMNO dianggap zalim kerana mendirikan masjid melebihi gereja, Patung Hindu, Patung Buddha dan sebagainya, sebagaimana diperjelaskan oleh Nga. Begitu juga kezaliman UMNO kerana tidak mengisytiharkan tanah rizab orang Melayu kepada bangsa asing. dan Melayu tidak boleh menjadi Tuan di negara sendiri kerana Melayu setaraf bangsa Nepal atau Myanmar!
UMNO tidak menjadikan agama Buddha, Kristian atau Hindu sebagai agama rasmi negara, bukti UMNO zalim. Manakala India dan Cina berhak mempunyai raja mewakili kaum mereka sebagaimana dilakukan oleh UMNO menjadikan Raja atau Sultan sebagai Payung orang Melayu. Kalau inilah bukti menunjukkan UMNO zalim, abe MIE setuju.
Kata Idris lagi, “Kaum Cina, India dan lain-lain bangsa juga semakin menjauhi Umno yang kini menjadi diktator dalam BN dan menjadi pemimpin defacto kepada parti-parti bermasalah seperti Gerakan, PPP, MIC dan MCA.
PAS Kuda DAP?
Idris lupa bagaimana hubungan antara PAS dan DAP kini goyah. Pentadbiran negeri berkenaan juga tidak dapat diselaraskan ekoran agenda dan perjuangan yang berbeza. Bahkan di dalam PAS pun berlaku krisis kepimpinan! PKR pun menghadapi dilema apabila Sarawak dan Sabah membubarkan cawangan dan ada wakil rakyat dari PKR sanggup menjadi wakil bebas.
Hanya DAP sahaja nampak ‘segak’ apabila tidak menghadapi masalah dalaman parti. Kita tidak nampak sebab kejayaan DAP kerana membalacikan PAS. Ini seperti penunggang kuda yang berjaya dan menang dalam pertandingan lumba kuda bukan kerana kehebatannya memandu kuda sebaliknya kejayaan pemandu mengendalikan ‘kuda’ berkenaan untuk ke garisan penamat.
Jadi, kuda berkenaan ialah PAS. Yang berjaya ialah DAP bukannya PAS. PAS gagal di Manik Urai apabila undi majoriti susuk bekali ganda dan kalah di Bagan Pinang. Pilihan raya kecil menyaksikan kerusi PAS majoritinya jatuh dengan teruk untuk tempoh dua tahun selepas memenangi kawasan berkenaan.
Kini Ulama PAS Haji Hadi sudah digoreng oleh Nik Aziz apabila dituduh sebagai pemimpin lemah. PAS Selangor pula bergolak apabila dua tiga kerat pemimpinnya sudah di senarai hitam sebagai pemimpin pro UMNO. PKR pula sekarang ditegur oleh Sultan kerana hidup seperti rumput yang tidak ada hala tuju sebaliknya ditiup oleh angin.
Nik Aziz yang merupakan kekuatan kepada PAS kini terlekat najis milik menantunya sehingga membatalkan niat untuk pergi menunaikan ibadah haji. Anwar Ibrahim pula kini sedang mencuci kesan air mani di seluar dalam kerana meliwat dan melakukan sumbang dengan bini orang. Ini menunjukkan Pakatan mempunyai pemimpin yang hebat dan terbilang dengan masalah moraliti sebagaimana disebut oleh Ayahanda Karpal Singh.
abe MIE pun hairan, kenapa PAS kini berminat hendak menyerang UMNO melebihi mereka berjihad melawan Yahudi sedangkan pemimpin Pakatan sendiri membawa agenda Yahudi. Kerajaan Berkebajikan merupakan slogan pemerintahan Komunis yang mahu semua harta rakyat dirampas dan diserahkan kepada pemimpin sebagaimana diamalkan oleh China, Vietnam Utara dan Korea Utara. Sama seperti Demokrasi, Komunis diasaskan oleh Karl Marx yang merupakan seorang peguam yang berasal dari bangsa Yahudi.
Kini PAS sedang menyiapkan ‘buku kecil’ untuk membuktikan UMNO pengkhianat bangsa, negara dan Islam untuk menghadapi pilihan raya ke 13 nanti. PAS lupa janjinya kepada rakyat Kelantan untuk memajukan negeri berkenaan sebagai negeri Islam contoh!
Yang berlaku di Kelantan kini sudah menjadi Serambi Buddha yang dibanggakan oleh Nik Aziz selama 19 tahun menerajui Kelantan. Nik Aziz pun mengakui tidak ada sebiji masjid pun didirikan oleh PAS sedangkan beribu-ribu hektar balak diterokai dan untungnya dimasukkan ke dalam poket pemimpin berkenaan.
Begitu juga Anwar Ibrahim pernah mengadakan forum dan persidangan semata-mata mahu memburukkan peribadi dan kepimpinan di bawah DS Najib. Anwar secara terang-terang mahukan Najib dijatuhkan dengan apa jua sekali selepas kejayaannya menuduh punca kematian model Monggolia disebabkan oleh Rosmah Mansyor. Yang berlaku sebaliknya, tuduhan liwat terkena batang hidung Anwar Ibrahim.
PAS pula kini memasang perangkap untuk menjerat UMNO- pengkhianat bangsa sedangkan Melayu di bawah UMNO lebih baik dari Melayu di bawah PAS. Bahkan Menantu Nik Aziz, AriffFahmie pun mendaftar sebagai ahli UMNO pada satu ketika dahulu untuk memperolehi projek Kerajaan Persekutuan di Kelantan dan Terengganu. Tan Sri Khalid Ibrahim pernah bekerja dengan kerajaan bukti kejayaan UMNO memajukan Melayu dalam pelbagai bidang.
Apa yang abe MIE lihat perangkap PAS akan memakan diri sendiri apabila kenyataan berkenaan akan ditayangkan kepada umum sebagaimana TV3 menayangkan ceramah Anwar Ibrahim yang sedang berceramah di BTN mengutuk Cina dan India sebagai bangsa asing.
abe MIE- PAS gagal membuktikan mereka berjaya memajukan Islam apatah lagi menggemilangkan tamadun Islam sebagaimana dibawa oleh para sahabat Rasulullah s.a.w.
Related posts:
- Anwar Ibrahim Kufur (Bah 2) Kita jangan lupa, Anwar Ibrahim pernah menyokong penggunaan nama Allah...
- UMNO& PAS Penakut Bela Melayu, Islam Sebelum anak bangsa merempat begini di tanah air sendiri, Melayu...
- Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO usaha satukan Melayu Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO usaha satukan Melayu...
- Kerjasama UMNO-PAS, ikhlaskah PAS? Ini mungkin berita yang ditunggu oleh ramai bangsa Melayu dan...
- Apa yang UMNO Cari (Bhagian 1) Siapa sebenarnya ahli UMNO? abe MIE percaya silap haribulan nama...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.


