‘USUS’ Mahathir & Nik Aziz Lagi Kotor

Nik Aziz dan Mahathir mempunyai usus yang kotor. Jangan menuding jari dengan memberitahu, siapa yang membuang najis sedangkan kedua-duanya paling lama menggunakan usus berkenaan.

‘Nik Aziz UMNO’ ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bahkan Tun boleh disamakan dengan’ Osama Laden UMNO’ apabila bercakap mengenai ‘jihad’ orang Melayu di dalam UMNO. Osama menyuruh umat Islam berjihad membunuh orang kafir sedangkan dia hidup dengan senang lenang.

Tun bekas Perdana Menteri Malaysia yang lantang bersuara sejak memegang jawatan sebagai ‘penulis bebas’. abe MIE memuji dengan sikap Pak Lah yang tidak mahu menyuarakan rasa tidak puas hati di laman blog sebagaimana dilakukan oleh Tun dan Nik Aziz. Kalau dahulu orang tua-tua memberi nasihat supaya jangan mengikut rentak mulut dengan bidalan kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa. Kini kita ubahnya menjadi, kerana blog diri binasa semata-mata melalak tidak puas hati.

Kerana blog politik, Nik Aziz mendedahkan kepincangan di dalam PAS dan mahu menyingkir ‘kaki kacau’ yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden Pesuruhjaya dan lain-lain lagi walhal mereka dipilih secara demokrasi oleh akar umbi parti berkenaan. Jawatan Mursyidur Am PAS sahaja tidak dipertandingkan dan Nik Aziz tidak mempunyai masalah untuk ‘menang’ dan muncul sebagai juara.

Sekiranya jawatan Mursyidur Am PAS di pertandingkan, Nik Aziz belum tentu boleh tidur lena kerana akan dicabar oleh tokoh lain terutama Harun Din yang lebih menyerlah berbanding dengannya walaupun sekadar ulama pinggiran.

Apa yang berlaku kini PAS bukan sahaja mampu memperbaiki parti berkenaan sebaliknya menjadikan PAS seperti kapal yang ditiup badai. Terumbang ambing dan boleh karam sekiranya tidak di kemudi dengan baik.

Tun Mahathir pula pernah digelar ‘nyanyuk’ oleh Nik Aziz, ‘Mahafiraun’ oleh Anwar Ibrahim, ‘Mamat auta’ oleh KULI dan pernah didesak oleh rakyat Malaysia supaya meletak jawatan sebagai PM.

Nasib Tun Mahathir dan Nik Aziz sama dengan nasib yang dialami oleh Pak Lah, disuruh letak jawatan. Yang berbeza, Pak Lah ada dua telinga dan ada sepasang ‘hati’, sebab itulah dia terus meletak jawatan tanpa perlu mengadakan demonstrasi sebagaimana dilakukan oleh rakyat Malaysia pada 1999 di Pusat Bandar dan 2009 di Kota Darul Naim. Nik Aziz dan Tun Mahathir ada dua telinga, tetapi kedua-dua telinganya pekak badak.

Sebab itulah jawatan di dalam kerajaan menjadi jawatan yang perlu diwarisi. Bahkan Yang di Pertua Agung pun dilantik bergilir-gilir dan tidak mewarisi sehingga berpuluh tahun lamanya.

Busuk

Kini, Tun Mahathir kembali dengan drama ‘nyanyuk’ untuk memanaskan situasi politik semasa dengan memberitahu penyelewengan di dalam UMNO sudah busuk ke peringkat usus. Kita perlu ingat, siapa yang memulakan ‘kebusukan’ berkenaan! Siapa yang menyingkir KULI sehingga UMNO diharamkan! Siapa yang membawa Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan kemudian menyingkirnya atas alasan moraliti! Memanglah Anwar mempunyai masalah, namun tanggungjawab berkenaan bukan di tangan Pak Lah atau DS Najib.

Sekiranya Pak Lah seorang pemimpin yang lemah, siapa yang melantik Pak Lah sebagai PM! Siapa melantik Khir Toyo sebagai Menteri Besar Indonesia Selangor sehingga Selangor jatuh ke tangan orang gagap!

Begitu juga dengan kisah Anwar Ibrahim disingkirkan dalam kerajaan dan diharamkan menjadi ahli UMNO sehingga UMNO berada terumbang ambing. Pak Lah dilantik Cleaner untuk mencuci ‘ususnya’ namun ia kembali mencemari semula apabila kepala tahi keluar dari usus berkenaan.

Hendak buat macam mana, apabila kita makan, kita akan membuang najis melalui usus bukannya dengan mulut. Orang sakit yang tidak boleh makan pun tidak membuang najis melalui mulut. Mereka akan membuang najis melalui lubang usus atau menebuk di bahagian perut.

Jadi, kalau ususnya sudah kotor, apa yang perlu dilakukan ialah membasuh dengan menggunakan air bukannya memotong usus berkenaan. Kalau potong usus, kita akan mati!

Tun Mahathir memberitahu di dalam blognya, UMNO mengamalkan kronisme sehingga membolot semua projek kerajaan. Itu benar, kalau abe MIE ambil dari contoh yang pernah dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO Petaling Jaya Selatan, Kapten Zahar yang memboloti harta rakyat menjadi harta persendirian dan projek untuk rakyat menjadi projek datuk neneknya. Namun Zahar sudah menjadi ahli PAS dan kini menentang UMNO dengan alasan UMNO sudah tidak membela orang Melayu.

Tun Mahathir jangan lupa, salah seorang anak Tun yang tidak perlu disebutkan nama pernah menggunakan wang Petronas sebanyak RM 3bilion untuk memulihkan syarikat kontenanya dari jatuh bankrap. Anak Tun pernah cuba membunuh diri, namun memandangkan sayangnya ayah pada anak sebagaimana sayangnya mertua pada menantu, maka dibantu dengan mengambil peruntukan untuk orang lain (rakyat) ke tabung perniagaan anaknya.

Kalau hendak cerita mengenai Tun sejak menerajui negara, sampai 1 juta muka surat pun tak boleh habis. Ceritanya ada manis dan masam, pahit dan masin, kadang-kadang berbau busuk seperti kata Professor Emeritus yang pernah mengajar abe MIE di USM Pulau Pinang, iaitu Shahnon Ahmad.

Tun tidak boleh menyalahkan orang lain atas kebusukan berkenaan kerana Tun pun makan dan membuang najis berkenaan di usus yang sama.

Kita akui kejayaan Tun membela orang Melayu, mendirikan bangunan yang tinggi mencakar langit, mewujudkan wawasan melangkaui pemikiran rakyat, menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik dan membawa pelabur ke Malaysia….melebihi sumbangan dan jasa yang dilakukan oleh Nik Aziz terhadap rakyat Kelantan yang tidak mendirikan sebatang tiang masjid pun.

Namun begitu, apa yang perlu dilakukan oleh Pak Lah yang digelar sebagai pemimpin ‘lena dalam buaian’ kadang-kadang perlu diikuti dan diteladani oleh Tun Mahathir dan Nik Aziz. Biarlah yang busuk itu dibersihkan oleh pemimpin kini, Tun mahupun Nik Aziz perlulah sedar untuk tidak membuang najisnya di dalam usus bukannya mudah dan Tun atau Nik Aziz tidak boleh memberitahu, ‘najis siapa ni’.

Go to Source

Related posts:

  1. Desak Nik Aziz Undur Kalau anak Lim Kit Siang boleh dilantik sebagai Ketua Menteri...
  2. Pergi sebelum orang benci – Tun Mahathir Pergi sebelum orang benci – Tun Mahathir ...
  3. Kesal UM jadi lokasi aibkan Dr. Mahathir Message from Five Filters: If you can, please donate to...
  4. News : Dr Mahathir senang kepemimpinan Najib KULIM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau...
  5. Tun Dr Mahathir ucap takziah kepada keluarga Tok Mat Tun Dr Mahathir ucap takziah kepada keluarga Tok...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline