All Posts Tagged With: "16 Tahun"

Kerjaya Corey Haim musnah akibat dadah

Kerjaya Corey Haim musnah akibat dadah

LOS ANGELES 11 Mac – Sedihnya, kisah pelakon Corey Haim dianggap sesuatu yang biasa di Hollywood.

Bermula dengan seorang remaja berbakat, dia berjinak-jinak dengan dadah sebaik-baik mengecapi kejayaan pertama dan masalah peribadinya terus bertambah buruk, seiring dengan kejatuhan popularitinya.

Haim meninggal dunia semalam pada usia 38 tahun, apa yang disifatkan sebagai satu lagi babak sejarah tragik Hollywood – kerjaya musnah akibat dadah.

River Phoenix berusia 16 tahun ketika membintangi Stand By Me dan berusia 23 tahun apabila meninggal ..read more 12Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Gadis tak makan, minum 15 hari

PORT-AU-PRINCE – Doktor-doktor terkejut apabila seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, Darlene Etienne berada dalam keadaan stabil kelmarin selepas 15 hari terperangkap di bawah runtuhan tanpa makan dan minum.

“Faktor semula jadi selalu memeranjatkan kita,” kata ketua perubatan pasukan pertahanan awam Perancis di Haiti, Claude Fuilla selepas mereka berjaya membawa keluar mangsa dari sebuah bangunan yang runtuh di sini pada Rabu lalu.

Jiran-jiran menemui Etienne sebelum memaklumkan kepada pihak penyelamat antarabangsa namun mangsa menderita kehilangan air dalam badan dan kini menerima rawatan ..read more 31Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Pemain gitar ditahan kerana disyaki mengedar dadah

Pemain gitar ditahan kerana disyaki mengedar dadah

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Pemain gitar utama sebuah kumpulan muzik remaja yang cukup popular sekitar awal tahun 2000 ditahan bersama isterinya kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang sejak dua tahun lalu.

Pemain gitar berumur 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Persiaran Suria Pelangi, Damansara, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, selain isterinya yang berumur 26 tahun, serbuan kira-kira pukul 2 ..read more 29Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

JAIP, JAIS tahan 81 pasangan disyaki berkhalwat

JAIP, JAIS tahan 81 pasangan disyaki berkhalwat

KUANTAN 1 Jan. — Pelajar berusia 16 tahun adalah antara 29 pasangan ditahan oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) kerana disyaki berkhalwat di hotel dan rumah tumpangan di sini sempena sambutan Tahun Baru hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAIP, Ahmad Raffli Ab Malek berkata mereka yang ditahan berusia antara 16 hingga 55 tahun termasuk pelajar sekolah dan kolej di sini.

Dalam operasi Insaf 2010 itu, kesemua pasangan ditahan di 20 buah hotel ..read more 1Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Profesor Oxford sokong permainan Internet

LONDON – Seorang profesor di Universiti Oxford, Marcus du Sautoy semalam mendakwa permainan melalui Internet dapat merangsang minat kanak-kanak terhadap subjek matematik.

Malah Du Sautoy mendapati, ramai pelajar berusia antara 11 hingga 16 tahun yang menggemari pelajaran matematik tetapi akhirnya kehilangan minat serta menjadi bosan terhadap matematik.

Du Sautoy, 44, yang bimbang dengan keadaan itu, membantu mewujudkan sebuah laman web matematik menggunakan ilustrasi seperti komik Jepun dan ia dikenali sebagai Manga High.

Ia menawarkan permainan dengan corak arked yang memberi sasaran untuk mendidik ..read more 1Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline
Fatal error: Call to undefined function ab_logmsg() in /home/onlinema/public_html/mylasia.net/wp-content/plugins/autoblogged/autoblogged.php on line 285