All Posts Tagged With: "Adun"
Halal, haram Pas ikut cuaca
Namun istilah ini disalahgunakan orang politik untuk memberitahu hijrah dari parti lain ke partinya adalah baik.
Pas kata, hijrah dari Barisan Nasional ke pakatan pembangkang adalah perbuatan mulia dan baik. Sehingga kini Pas tidak memberi nas atau hujah membuktikan dakwaan mereka benar. Begitu pun, Pas mendesak supaya meletak jawatan sekiranya ada ahli wakil rakyat mereka berpindah menjadi wakil Bebas.
Kenapa ..read more 18Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | ContinuedLagi kemenangan Blogger:AJK masjid disiasat JAIS benar Dr Xavier berceramah
SHAH ALAM 5 Nov. – Ahli jawatankuasa sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang akan dikenakan tindakan undang-undang kerana membenarkan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar berucap di dewan utama masjid itu bulan lalu.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohamed Khusrin Munawi (gambar) menegaskan, orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.
“Orang bukan Islam dibenarkan datang dan melawat masjid tetapi tidak boleh masuk dewan utama solat, lebih-lebih lagi berucap ..read more 18Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Askar Melayu dilanggar mati, tubuhkan Suruhanjaya DiRaja?
Faham-fahamlah darah siapa pada cermin kereta Tian Chua
Tian Chua bunuh askar Melayu?
Oleh: Satu Hala
Agak kasar bukan tajuk rencana di atas.
Namun, kalau pegawai-pegawai SPRM Melayu cuba diwarnakan dengan perkauman dalam kematian Teoh Beng Hock dahulu, apa salahnya jika kita memberikan label yang sama ke atas Tian Chua?
Siapa tahu, mungkin pada malam kejadian itu pada Jumaat lalu apa yang terdetik di hati Tian Chua?
Kejadian yang mengorbankan askar Melayu ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Isu kepala lembu: ADUN Pakatan selar MB S’gor
Wakil DAP Kota Alam Shah, M Manoharan berkata menteri besar tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut kerana “mengetahui Umno memang terlibat dalam perarakan tersebut”.
“Saya tak setuju bila menteri besar kata Umno tidak terlibat, saya tahu Umno terlibat dalam perarakan kepala lembu,” katanya ketika membahaskan bajet 2010 di DUN Selangor hari ini.
Manoharan yang tidak membuktikan bagaimana beliau mengetahui perkara itu, juga berkata, Khalid tidak sepatutnya membebaskan pihak terbabit daripada tuduhan berkenaan kerana kes tersebut masih dibicarakan di mahkamah.
“Kes masih ada di ..read more 14Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Ada diantara pemimpin PAS lebih rela bergabung dengan UMNO dari mengikut Nik Aziz bergabung dengan DAP
Edisi Ganyang DAP : Ronnie Liu Penipu Rakyat Dibelasah Oleh ‘Belantan’!!!
Ini artikel terbaru sahabat kita Blogger Belantan. Pendokong Blogger Pembela Negara dari awal penubuhannya.
Saya sebenarnya sudah menonton berita RTM semalam tentang kemarahan rakyat di kawasan Ronnie Liu yang marahkan beliau kerana sudah tidak lagi menjenguk mereka.
Bahkan Ronnie Liu juga didakwa sudah lupa dan gagal menunaikan janji-janjinya yang dibuat sebelum pilihanraya yang lalu.
Maka kemarahan rakyat bagi saya adalah berasas kerana mereka telah ditipu oleh seorang Yb Pakatan Rakyat ( baca : rosak )
Mana mungkin seseorang akan mengundi seorang calon jika ..read more 5Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Edisi Khas : Pembangkang sudah mula yakin akan kalah teruk dengan mula menyebut perkataan pelik ‘gerrymandering’
Apa itu gerrymandering ? (Gerrymandering adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar dari biasa) Cerita lanjut layari blog http://wfauzdin.blogspot.com/. Apa kaitannya dengan situasi masa kini ? Selepas satu demi satu MP Pembangkang meninggalkan parti maka secara logiknya ia menggambarkan mereka sudah semakin lemah. Maka teori ‘gerrymandering’ ini sedang diwar-warkan agar rakyat menilai bahawa Umno akan menang PRU akan datang dengan cara yang kotor yakni menggunakan teori ..read more 3Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Rakyat perlu menilai kenapa krisis dalam PKR berlaku
Rakyat perlu menilai kenapa krisis dalam PKR berlaku
KRISIS terbaru yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) seharusnya membuka minda rakyat untuk menilai keupayaan sebenar parti itu dalam memperjuangkan nasib mereka.
Sememangnya sejak awal lagi, sudah banyak pihak meramalkan PKR yang ditubuhkan semata-mata kerana perasaan marah dan benci berikutan apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan bertahan lama.
Konflik demi konflik, perbalahan demi perbalahan dan kontroversi demi kontroversi yang melanda parti itu sudah membuktikan bahawa kehadiran PKR dalam arena politik negara ..read more 3Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Amaran Fairus: rahsia kerajaan Pulau Pinang ada dalam poket saya…
Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin yang keluar dari PKR Ahad malam,Selasa memberi amaran ‘ jangan jolok sarang tebuan’ pada pimpinan parti itu dengan mendakwa beliau ada membuat tuntutan melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnyaa dan membayar RM15,000 sebulan buat selama-lamanya.
Sambil menyifatkan serangan peribadi yang tidak berasas itu sebagai politik kebudak-budakan, bekas ADUN Penanti itu kata beliau akan mendedahkan satu persatu kepincangan pembangkang terutamanya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang jika tindak tanduk itu diteruskan.
“Jangan jolok ..read more 3Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
PAS KELANTAN MINTA DS NAJIB SELESAIKAN MASALAH "MALU" NIK AZIZ
ADAKAH FIKIRAN PEMIMPIN PAS KELANTAN BERCELARU DISEBABKAN WANG ROYALTI…? Nik Aziz malu kerana tidak dapat melepaskan perserta perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi di Kota Bharu, dua hari lepas . Wakil2 rakyat pas minta DS Najib PM campor tangan sebab apa terjadi sedemikian. Besar rupanya masalah malu Nik Aziz sehingga terbawa perbincangan kes tersebut dalam majlis persidangan DUN Kelantan. Sikap suka mengkritik, kalau suruh buat banyak bercakap… jadi tidak hairanlah sebab apa Datok Awang adek menggantikan tempat Nik Aziz. Kalau ..read more 2Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued