All Posts Tagged With: "Akaun"
PNB lancar AMB Dana Aqeel
KUALA LUMPUR 9 Mac – Amanah Mutual Bhd. (AMB) milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini melancarkan produk terbarunya AMB Dana Aqeel, dana pelindungan modal Islam dengan saiz permulaan 300 juta unit.
Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, AMB Dana Aqeel, sebuah dana tertutup, diperkenalkan sebagai mengambil kesempatan daripada peningkatan permintaan para pelabur untuk melabur di dalam produk seumpama itu.
“Kami berpendapat sekarang masa yang tepat untuk memperkenalkan produk seumpama ini secara beransur-ansur kerana terdapat ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Dividen KWSP 5.65 peratus
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen lebih tinggi sebanyak 5.65 peratus bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2009, berbanding 4.50 peratus pada tahun sebelumnya.
Kadar dividen itu diumumkan setelah KWSP memperoleh pendapatan bersih tertinggi pernah dicapai sebanyak RM19.63 bilion tahun lepas.
KWSP dalam kenyataannya di sini berkata, pendapatan bersih itu merupakan peningkatan 34.82 peratus berbanding RM14.56 bilion yang dicatatkan pada 2008.
Kadar dividen 2009 menyaksikan peningkatan ketara sebanyak 115 mata asas berbanding kadar 4.50 peratus yang dibayar pada ..read more 7Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Facebook punca masalah sosial kalangan remaja Indonesia
Oleh BORHAN ABU SAMAH
Majlis Ulama Indonesia pernah mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya tidak wajar.
Kritikan itu kerana Facebook kini menjadi medium penting di Indonesia, bahkan di seluruh dunia untuk orang ramai berkomunikasi di dunia maya. Sehingga rakan-rakan yang puluhan terpisah, dapat ditemui semula hanya melalui Facebook.
Selain menghubungkan silaturahim, Facebook juga menjadi alat komunikasi secara percuma tanpa mengira, jarak atau batas sempadan negara.
Namun perkembangan yang begitu cepat menyebabkan banyak pihak belum bersedia dengan ..read more 27Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Suri rumah tertipu iklan kerja
KUANTAN: Seorang suri rumah yang mahu memperoleh pendapatan tambahan dengan melakukan kerja sambilan di rumah, mendapati dirinya tertipu dengan iklan palsu disiarkan di dalam akhbar.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Aznah, 45, dari Perkampungan Seri Mahkota Aman dekat sini, berkata dia tertarik dengan iklan yang menawarkan pendapatan sehingga RM300 seminggu dengan hanya mengisi dan membungkus gula pasir.
“Iklan syarikat terbabit meminta orang ramai berminat melakukan kerja mengisi dan membungkus gula pasir mengirim alamat rumah melalui khidmat pesanan ringkas ..read more 20Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Penipuan siber miningkat di negara ini – Cybersecurity
Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.
Penipuan siber miningkat di negara ini – Cybersecurity
KUALA LUMPUR 14 Feb. — Cybersecurity Malaysia mengingatkan pengguna Internet supaya berwaspada apabila menerima e-mel dari institusi bank dengan meminta mendedahkan maklumat peribadi bagi mengelak ia digunakan untuk tujuan khianat oleh pihak tertentu.
Pengguna menerima e-mel dari bank meminta mengemaskinikan butiran peribadi, mengaktifkan semula akaun perbankan dalam talian atau menyertai dalam kaji selidik yang menawarkan ganjaran ..read more 14Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Bonus Tabung Haji tahun 2009 5 peratus
Tabung Haji hari ini mengumumkan bonus pendeposit lima peratus untuk tahun kewangan 2009.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom berkata, kadar itu merupakan tambahan 2.75 peratus bagi separuh tahun kedua 2009 kepada bonus interim dengan jumlah anggaran keseluruhan bayaran sebanyak RM1.1 bilion.
Pemberian bonus interim bagi separuh tahun pertama pada kadar 2.25 peratus (RM465 juta) dibuat Oktober tahun lalu.
“Baki bonus 2.75 peratus (RM595 juta) ini akan dimasukkan ke akaun 5.1 juta pendeposit pada 8 Februari ini.
“Sekiranya diteliti kadar ..read more 4Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Jangan Dedah Butiran Akaun Bank Kepada Pemanggil Telefon
Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) hari ini menasihatkan pengguna supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan mesej e-mel yang mendakwa dari bank atau Bank Negara Malaysia.
CFM memberi nasihat itu susulan pendedahan di media baru-baru ini mengenai penipuan kad kredit dan mencuri pengenalan diri mengguna telefon bimbit.
“Kejadian penipuan menerusi panggilan telefon, penghantaran SMS dan e-mel untuk menipu individu kini semakin meningkat,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya bank tidak mengguna amalan tersebut untuk mendapatkan maklumat peribadi, ..read more 22Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Pos Malaysia perkenal sistem automasi, pejabat bergerak
Pos Malaysia perkenal sistem automasi, pejabat bergerak
KUALA LUMPUR 18 Jan. – Pos Malaysia melancarkan dua perkhidmatan iaitu mesin Post-Automated-Machine atau mesin automasi pos (PAM) dan Pos-on-Wheels atau pejabat pos bergerak bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.
Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Aseh Che Mat berkata, projek perintis PAM telah dilaksanakan di Pejabat Besar Pos Kuala Lumpur dan dijangka diperluaskan ke lokasi lain di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.
“PAM serupa dengan mesin ATM bank tetapi yang pertama seumpamanya yang disepadukan dengan ..read more 18Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Pelajar komen isu kalimah Allah dalam Facebook kena dakwa
PETALING JAYA: Pelajar Akademi Seni Budaya, Warisan dan Kebangsaan (Aswara) yang memberi komen berhubung isu kalimah Allah dan cubaan membakar gereja di laman sosial Facebook didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan berniat untuk mengganggu dan mengancam orang lain.
Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, dituduh menggunakan aplikasi internet itu secara sedar untuk memberi komen dalam laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam, dengan menulis “ke nak aku baling bom petrol di sana plak?… ..read more 16Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
BSN sasar 200,000 pelanggan guna IBFT
Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan kira-kira 200,000 daripada 2.8 juta pelanggannya ketika ini akan menggunakan perkhidmatan Pindahan Wang Antara Bank (IBFT) yang ditawarkan bank itu, menjelang akhir tahun ini.
Naib Presiden Kanan/Ketua Khidmat Bayaran BSN, Zaukifele Ibrahim, berkata perkhidmatan baru itu yang diperkenalkan akhir Disember lalu, membolehkan pelanggan kad debit BSN melakukan pindahan wang ke bank lain menerusi rangkaian ATM Sistem Pembayaran Elektronik (MEPS).
Katanya, pemegang kad bank lain yang menyertai perkhidmatan IBFT juga boleh menggunakan 733 mesin ATM BSN ..read more 16Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued