All Posts Tagged With: "Amerika Syarikat"
Junta tentera bebas, usir warga Myanmar-Amerika
Junta tentera bebas, usir warga Myanmar-Amerika
YANGON, Myanmar 18 Mac – Seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang dituduh cuba menggulingkan kerajaan dibebaskan dari penjara di Myanmar dan diusir hari ini selepas menjalani tempoh tiga tahun penjara.
Kyaw Zaw Lwin, yang turut dikenali sebagai Nyi Nyi Aung telah ditahan semasa dia tiba di lapangan terbang antarabangsa Yangon pada 3 September lalu atas tuduhan berkomplot untuk mengganggu ketidakstabilan politik, yang mana dinafikan oleh beliau.
Lwin yang berusia 40 tahun telah dijatuhkan hukuman pada Oktober lalu ..read more 19Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Obama tangguh lagi lawatan rasmi ke Indonesia, Australia
Obama tangguh lagi lawatan rasmi ke Indonesia, Australia
WASHINGTON 18 Mac – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini menangguhkan lawatannya ke Indonesia dan Australia sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak, ketika beliau cuba menumpukan usaha pembaharuan sistem penjagaan kesihatan melalui Kongres.
Jurucakap White House, Robert Gibbs berkata, Obama akan mengunjungi Indonesia pada Jun ini, namun tidak menyatakan sama ada presiden itu turut akan ke Australia.
Menurut Gibbs, Obama telah menghubungi Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan kemudian akan menghubungi Perdana Menteri ..read more 19Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Orang Asli ke AS
Orang Asli ke AS
BANTING 16 Mac – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhasrat untuk membawa seorang pengukir Orang Asli ke Washington, Amerika Syarikat untuk mempromosikan seni kraf tangan tempatan serta kebudayaan etnik minoriti itu, April ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pengukir berkenaan yang dipilih dari kalangan suku kaum Mah Meri dari Pulau Carey di sini akan dihantar ke negara itu sempena Pameran Seni Negara yang diadakan serentak dengan Hari Malaysia.
Menurut beliau, tawaran itu dilakukan kerana pencapaian ..read more 17Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Pepsi rancang alihkan minuman dari sekolah
Pepsi rancang alihkan minuman dari sekolah
NEW YORK 17 Mac – PepsiCo. Inc. merancang mengalihkan minuman manis keluarannya dari sekolah seluruh dunia, bagi menyokong program di Amerika Syarikat (AS) untuk mengurangkan kanak-kanak bermasalah obesiti.
Syarikat itu semalam berkata, ia akan mengalihkan minuman berkalori tinggi dan manis dari sekolah-sekolah di 200 buah negara pada 2012, yang mana menjadikannya sebagai pengeluar minuman ringan pertama dilihat mengambil langkah berkenaan.
Pepsi.Co yang juga pembuat minuman ringan kedua ..read more 17Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Alternatif cantikkan wajah
Alternatif cantikkan wajah
TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.
Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.
Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.
Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada ..read more 16Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Ahli pasukan bantuan Bosnia maut serangan Taliban
Ahli pasukan bantuan Bosnia maut serangan Taliban
SARAJEVO 16 Mac – Seorang rakyat Bosnia yang bertugas sebagai pemadam api dengan sebuah syarikat Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan terbunuh dalam serangan ke atas kem AS di sana semalam, lapor televisyen negara itu.
Almir Bikovic, 32, terbunuh manakala lima rakan senegaranya yang lain cedera dalam serangan tersebut, kata BHRT.
Menurut laporan media tempatan pula, serangan ke atas kem tentera AS di Bagram, Parwan yang didakwa dilakukan oleh Taliban itu berlaku pada pukul 4 pagi waktu ..read more 16Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Edisi Hentam PKR : Anwar fitnah lagi kaitkan Najib/Rosmah dengan Zionis Israel
Pertama kita kena baca apa Anwar kata di blog beliau di sini http://anwaribrahimblog.com Antaranya : 1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keangkuhannya apabila sanggup melantik syarikat milik Yahudi untuk menasihati beliau dan isteri atas urusan-urusan negara, termasuk mereka slogan-slogan seperti Satu Malaysia. Jawapan kita : Mana buktinya ? 2. bukti jelas Syarikat APCO yang pernah menjadi penasihat kepada kerajaan Israel, kini dibayar sehingga 60 juta ringgit, untuk menasihati Najib dan kerajaan pimpinannya. Jawapan kita : Mana buktinya ? 3. tindakan pemimpin-pemimpin umno menggunakan ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Dunia semakin tidak selamat?
Oleh Hafizahril Hamid
Belum sempat Haiti pulih sepenuhnya dari kejadian gempa bumi yang melanda negara itu pada 12 Januari lalu, dunia dikejutkan lagi dengan beberapa kejadian gempa bumi yang mengorbankan ratusan nyawa. Dalam tempoh tidak sampai 10 hari, sekurang-kurangnya dua kejadian gempa bumi besar menggegarkan Chile dan Turki. Manakala beberapa negara seperti Taiwan, Filipina malah Malaysia juga terkena tempias gempa bumi namun tidaklah sampai mengancam nyawa.
Terbaru kejadian gempa bumi melanda perkampungan Basyurt di pedalaman wilayah Elazig kira-kira 550 kilometer di timur ..read more 14Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Malaysia dikeluarkan daripada senarai masalah cetak rompak
Pertubuhan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) mengeluarkan Malaysia daripada senarai negara utama (Priority Watch List) yang mempunyai masalah cetak rompak serius.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, laporan pertubuhan itu meletakkan Malaysia dari 2003 sehingga kini hanya dalam senarai negara (Watch List) bersama 33 negara lain berbanding tahun sebelumnya.
Menurutnya, tindakan itu menunjukkan kerajaan selama ini telah melakukan pelbagai usaha untuk menangani masalah cetak rompak daripada terus berleluasa.
“Sepanjang 2009, kementerian berjaya merampas 1.3 juta keping ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Pembedahan kosmetik cara baru
Pembedahan kosmetik cara baru
ROSE (bukan nama sebenar) merasakan tubuhnya belum kelihatan cantik. Dengan penuh yakin, dia memilih untuk menjalani rawatan sedut lemak. Walaupun berbelanja besar, dia ingin mencari doktor yang benar-benar ada kepakaran dan pengalaman.
Langkahnya laju menuju ke Pusat Perubatan Prince Court yang terletak di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. Di sana, dia mendapati bukan sahaja wanita berminat melakukan pembedahan kosmetik termasuk sedut lemak, lelaki juga ada keberanian yang sama. Ternyata teknologi itu menjadi buruan lelaki dan wanita ..read more 7Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued