All Posts Tagged With: "Antara"

PKR menuju ke tanah perkuburan

Sudah ramai yang meninggalkan PKR, dari pemimpin atasan sehinggalah ke akar umbi. Semuanya keluar kerana hilang kepercayaan kepada pemimipin mereka yang meliwat dan mengamalkan kronisme.

Terbaru PKR Kedah terpaksa membuat perjuampaan antara Tan Wei Shu, YB Batu Arang dan ANuwar. Apatah lagi semenjak sehari dua ni tiada lagi kedengaran suara rasmi beliau apabila disingkirkan oleh PAS dalam AJK Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Ianya berikutan ketidakhadiran ADUN Bakar Arang itu yang tidak hadir pada majlis pelantikan exco baru Kedah semalam sehingga dilaporkan menimbulkan teka-teki ..read more 12Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Pink Floyd menang saman ke atas EMI

Pink Floyd menang saman ke atas EMI

LONDON 11 Mac – Mahkamah Britain hari ini meluluskan permohonan saman kumpulan rock veteran, Pink Floyd yang melarang syarikat rakaman EMI daripada menjual lagu-lagu daripada album asal mereka secara muat turun di Internet.

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan EMI telah diikat di bawah kontrak dengan kumpulan itu yang melarang penjualan lagu-lagu dalam format selain daripada album penuh mereka, tanpa sebarang persetujuan bertulis.

Sebuah klausa dalam kontrak tersebut ..read more 11Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Mitos menderma darah

Berat badan bertambah dan menjadi punca penyakit merebak antara mitos yang dikaitkan dengan aktiviti menderma darah.

Bagaimanapun, pakar perubatan menyangkal persepsi salah itu. Sebaliknya, menderma darah baik untuk kesihatan selain dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru.

Bahkan rata-rata penderma darah mengakui ia bukan sesuatu yang menyakitkan.

Pengarah Pusat Darah Negara (PDN) Dr. Roshidah Hassan memberi jaminan bahawa proses menderma darah adalah selamat kerana sebelum menderma, bakal penderma dikehendaki mengisi borang soal selidik status kesihatan mereka selain menjalani ujian tekanan darah dan pengenalan jenis ..read more 11Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Tempoh khidmat ketua ISI dilanjut setahun lagi

Tempoh khidmat ketua ISI dilanjut setahun lagi

ISLAMABAD 11 Mac – Perdana Menteri Pakistan melanjutkan tempoh perkhidmatan ketua agensi risikan utama negara itu selama setahun lagi, dalam satu langkah yang dijangka akan meneruskan operasi membanteras militan di Pakistan.

Pejabat Perdana Menteri Yusuf Raza Gilani dalam satu kenyataan memberitahu, Ketua Pengarah agensi ketenteraan, Risikan Antara Perkhidmatan (ISI), Leftenan Jeneral Ahmad Shuja Pasha dijangka bersara pada bulan ini, namun perkhidmatannya akan dilanjutkan selama satu tahun lagi.

Firma risikan antarabangsa STRATFOR menyifatkan, pelanjutan tempoh khidmat Ahmad ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

ANWAR NIZAR BARU=A:ANTARA UMNO PAS SIAPA YANG LEMAH.

Tidak dinafikan pembangkang telah berjaya melemahkan Umno dan BN pada pru ke 12 yang lalu.Tapi kekuatan yang dapat oleh pembangkang terutama Pas telah membuat Pas terlalu riak dengan mengandaikan yang Umno akan terkubur pada pru ke 13 nanti.Tapi belum lagi sampai pada pru 13 Pas sudah bergelora dengan krisis kepimpinan yang akan melemah dan menghancurkan Pas sekiranya ahli Pas tidak berani sebagaimana beraninya ahli Umno yang menukar kepimpinan yang telah terlalu lemah.

Kerana kelemahan presiden Pas lah Pas hanya menjadi pak ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Guru patut bergilir ke luar bandar

Para guru perlu menganggap penempatan di kawasan luar bandar sebagai khidmat negara, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng hari ini.

Dengan perubahan paradigma ini, tempoh perkhidmatan mereka di kawasan luar bandar akan lebih bermanfaat dan berhasil kerana mereka akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh minat, katanya.

Melalui sistem itu, NUTP berharap kerajaan akan membenarkan guru terbabit dipindahkan selepas mereka mengajar dua hingga tiga tahun di sekolah luar bandar.

“Apa yang berlaku sekarang ialah sebaik sahaja ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Ipad – Revolusi atau kegagalan?

IKA memperkatakan mengenai revolusi komputer terutama dari segi reka bentuk, nama Apple Inc. tidak mungkin dapat dipisahkan. Sebut sahaja produk-produk seperti Machintosh, iMac, MacBook (dulu iBook), iPod dan iPhone, semuanya didatangkan dengan pakej yang menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun, lain pula ceritanya dengan iPad yang dilancarkan akhir bulan lepas. Produk itu sememangnya menjadi perhatian umum tetapi bukan hanya kerana kehebatannya tetapi juga dikritik kerana didakwa mempunyai beberapa kelemahan.

Walaupun kekurangan itu mungkin tidak terlalu besar tetapi ia tetap hangat diperkatakan peminat gajet di ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Dividen KWSP 5.65 peratus

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen lebih tinggi sebanyak 5.65 peratus bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2009, berbanding 4.50 peratus pada tahun sebelumnya.

Kadar dividen itu diumumkan setelah KWSP memperoleh pendapatan bersih tertinggi pernah dicapai sebanyak RM19.63 bilion tahun lepas.

KWSP dalam kenyataannya di sini berkata, pendapatan bersih itu merupakan peningkatan 34.82 peratus berbanding RM14.56 bilion yang dicatatkan pada 2008.

Kadar dividen 2009 menyaksikan peningkatan ketara sebanyak 115 mata asas berbanding kadar 4.50 peratus yang dibayar pada ..read more 7Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

Kilang penapis minyak Chile perlu 90 hari untuk dibaiki

Kilang penapis minyak Chile perlu 90 hari untuk dibaiki

SANTIAGO 7 Mac – Kilang penapisan minyak utama Chile, Bio Bio, yang mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi kuat baru-baru ini, memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 60 hingga 90 hari untuk dibaiki sebelum dapat meneruskan operasinya,” kata ketua kesatuan kilang penapisan berkenaan hari ini.

Sumber, Jorge Fierro memberitahu Reuters melalui temuramah dalam telefon bahawa kerja-kerja memeriksa dan mengetahui jenis pembaikan yang diperlukan, kini giat dijalankan.

“Kajian ..read more 6Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

26 terbunuh kemalangan trak di Tibet

26 terbunuh kemalangan trak di Tibet

BEIJING 7 Mac – Seramai 26 orang terbunuh dan sembilan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah trak di Tibet hari ini, lapor media tempatan.

Kemalangan itu berlaku di kawasan jalan raya berbukit, menurut agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan polis tempatan.

Jalan raya di China adalah antara yang paling berbahaya di dunia.

Sepanjang 2008, hampir 73,500 orang dilaporkan terbunuh akibat kemalangan jalan raya.

Berdasarkan kepada statistik polis, jumlah yang dicatatkan itu ..read more 6Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline