All Posts Tagged With: "Balik"
4 nelayan Thai terapung 15 jam diselamat anggota TLDM
4 nelayan Thai terapung 15 jam diselamat anggota TLDM
IPOH 10 Mac – Empat nelayan warga Thailand yang terapung lebih 15 jam apabila bot mereka terbalik dan hampir tenggelam akibat cuaca buruk 14 batu nautika dari Pulau Sembilan dekat Lumut semalam diselamatkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Mereka diselamatkan oleh anak kapal KD Laksamana Tan Pusmah yang sedang menjalankan latihan di perairan itu.
“Ketika kami sampai di tempat kejadian bot nelayan bernombor pendaftaran PPF 539 milik nelayan tempatan itu sudah terbalik ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
2 wartawan Al-Islam tak didakwa
2 wartawan Al-Islam tak didakwa
KUALA LUMPUR 5 Mac – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memutuskan untuk tidak mengenakan tuduhan terhadap dua wartawan majalah Al-Islam berhubung artikel Tinjauan Al-Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad terbitan Mei 2009.
Beliau berkata, keputusan ini adalah seperti yang diambil dalam beberapa kes sebelum ini yang melibatkan lain-lain agama dan juga keadaannya hampir sama.
“Dalam keadaan tersebut, mengambil tindakan serius tidak akan membawa kepada keadilan,” katanya dalam kenyataan akhbarnya yang dikeluarkan di sini.
Abdul ..read more 6Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Keputusan Perlawanan Piala FA Malaysia 2010 (Perlawanan 1 – Pusingan 2) 02/02/2010
KEPUTUSAN PERLAWANAN PERTAMA (PUSINGAN KEDUA) PIALA FA 2010 (16/02/2010) :
Selangor 2 – 0 Selangor PKNS
KL Felda United FC 1 – 1 KL Pos Malaysia
KL Plus FC 3 – 0 Kuala Lumpur
PDRM 2 – 3 Negeri Sembilan
T-Team 1 – 1 Perak
Sarawak 0 – 2 Terengganu
ATM 3 – 0 Pahang KB UiTM
Kedah 0 – 0 Kelantan
(Perlawanan secara timbal balik di tempat lawan sabtu ini untuk menentukan pemenang)
Sumber Berita
AKPC_IDS += "2995,";Popularity: 1% [?]
17Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | ContinuedLIWAT SAIFUL : JIKA ANWAR DIDAPATI BERSALAH…NIK AZIZ TETAP SAMA SAHAJA
KERANA SAYANG KEDUDUKAN, JAWATAN DAN HABUAN KEDUNIAAN(Dlm foto : Mana lebih islamik bertudung tapi nampak punggong dengan yang berada disebelah tu?)Sepatutnya Karpal dan Mat Sabu menarik balik kenyataan buruknya terhadap Anwar Ibaahim pada tahun 1998 kerana pada hari ini kedua2 pemimpin tersebut menyokong Anwar tidak bersalah kes liwatnya dengan Saiful. Dahulu Karpal dan Mat Sabu begitu sibuk membuka kes liwat Anwar dengan pemandunya Azizan dikalayak ramai. Karpal sendiri juga pada ketika itu membentang kes liwat di sidang Parlimen. Mad ..read more 16Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
PTPTN perlu RM5billion setahun – Mohamed Khaled
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) memerlukan RM5 bilion setahun bagi memastikan mereka yang layak melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tidak tercicir.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keperluan itu memandangkan pertambahan peluang dan jumlah mereka yang akan melanjutkan pengajian ke IPT.
“Sekarang peruntukan setahun untuk PTPTN adalah sebanyak RM3 bilion, kementerian menganggarkan menjelang 2013 ia tidak mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan “Real Undergraduate” di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata keperluan itu juga memandangkan bayaran ..read more 31Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Edisi Politik : MB Selangor Khalid Ibrahim Sudah Nazak ?
13 orang keluar PKR di Bahagian Kuala Selangor yang diketuai oleh MB Selangor seperti laporan di sini http://www.utusan.com.my/ Ia diumumkan oleh Timbalan PKR Bahagian tersebut, Saudara Arshad Abu Bakar. Adakah ia taktik atau memang kesedaran mereka sendiri, wallahu A’lam. Kekadang kita pelik sebab dah beberapa kali geng PKR ni umum keluar parti dan lepas tu rujuk balik. Seperti kes di Sabah baru-baru ni yang melibatkan pemimpin tertinggi negeri.. Anda fikir apakah isu ini lakonan atau kenyataan ? gambar Mstar disalin dari sini http://thestar.com.my Menariknya ..read more 21Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Naib Presiden PAS yang dungu
Tengah orang ramai menceritakan mengenai Cah Keting dalam PAS khasnya di kalangan pemimpin mereka, terdapat pula seorang Naib Presiden Pas yang dungu iaitu Datuk Mahfuz Omar mendakwa beliau langsung tidak mengetahui tentang isu amalan ‘cah keting’ atau cantas-mencantas dalam Pas yang kini menimbulkan polemik di kalangan pemimpin parti itu. Malah beliau juga mendakwa tidak mengetahui pendedahan mengenai amalan itu dibuat sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nampak sangat dungu beliau ni, tak payahlah nak berlakon bodoh ..read more 21Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Pemuda lapor polis isu beli balik Bazar Tok Guru
Pemuda lapor polis isu beli balik Bazar Tok Guru
KOTA BHARU 17 Jan. – Pemuda UMNO Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap kerajaan negeri berhubung tindakan pembelian balik tingkat bawah Bazar Tok Guru yang sedang dalam pembinaan.
Laporan yang dibuat di Balai Polis Kota Bharu di sini melalui Ketua Penerangannya, Che Othman Che Ismail bertujuan meminta polis melakukan siasatan jika berlaku penyelewengan dalam urusan itu.
“Laporan ini dibuat susulan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ..read more 17Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Kerajaan PAS Kelantan rugi RM 50 juta kerana Kroni
Akhirnya MB Kelantan akui kerajaan Kelantan PAS rugi RM 50 juta akibat kroni… habis duit rakyat Kelantan di belasah oleh menantu Nik Aziz…
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaan negeri telah melakukan kesilapan sehingga menanggung kerugian besar dalam projek pembinaan Bazar Tok Guru.
Kerugian dikatakan melibatkan nilai sebanyak kira-kira RM50 juta. (baca di sini)
Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya terpaksa menebus balik bangunan yang sebelum ini diserahkan kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah projek itu kemudiannya diserahkan kepada ..read more 16Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
MyID percepat urusan orang ramai
Dengan hanya menggunakan nombor MyKad, orang ramai kini boleh mencapai pelbagai kemudahan di agensi kerajaan tanpa perlu mengingati nombor rujukan yang berlainan untuk setiap urusan.
Sistem terbaru dikenali sebagai MyID itu merupakan pertama seumpamanya di dunia dan diyakini dapat melicinkan lagi urusan orang ramai dengan agensi kerajaan.
Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Normah Md. Yusof berkata, perkhidmatan tersebut tidak hanya menjurus kepada perkhidmatan berasaskan teknologi maklumat tetapi merangkumi perkhidmatan kaunter, telefon atau penggunaan borang.
”Dengan memperkenalkan MyID, ..read more 30Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued