All Posts Tagged With: "Bank Negara"
KDNK tumbuh 10.1 peratus
PUTRAJAYA 13 Mei – Negara mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 10.1 peratus bagi suku pertama tahun ini iaitu kadar tertinggi sejak suku pertama 2000 sebanyak 11.7 peratus.
Mengumumkan demikian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kadar pertumbuhan itu adalah lebih baik berbanding suku tahun keempat 2009 iaitu 4.4 peratus.
Berikutan pertumbuhan memberangsangkan itu, beliau berkata, unjuran KDNK 2010 dikaji semula kepada enam peratus berbanding sasaran 4.5 peratus hingga 5.5 peratus yang dibuat Bank Negara sebelum ini.
”Kadar pertumbuhan memberangsangkan ..read more 14May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Transformasi pesat Hanoi
Transformasi pesat Hanoi
Pada 10 Oktober ini, usia Hanoi atau Thang Long genap 1,000 tahun. Kalau dikira dari segi umurnya, bandar itu sudah terlalu tua. Sesuai dengan usianya yang sudah mencecah status ‘purba’ itu, Hanoi mendapat pelbagai nama dan jolokan.
Ada yang menggelarkan bandar itu dengan nama ‘Bandar Kebangkitan Naga Berapi.’ Tidak kurang juga memanggilnya ‘Bandar Keamanan.’ Kedua-dua gelaran itu ada asasnya.
Walaupun berstatus ‘kota purba,’ Hanoi sedang mengalami transformasi yang sangat pesat.
Masyarakatnya pula memberi tindak balas yang segar kepada segala perubahan ..read more 11Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Peminjam muflis tertekan tindakan bank
Peminjam muflis tertekan tindakan bank
SAYA ingin meminta Bank Negara supaya mengambil tindakan tegas terhadap semua bank yang mengambil kesempatan menekan peminjam dan penjamin terutama apabila peminjam yang diisytihar muflis oleh bank bersedia membayar balik hutang pinjaman.
Sikap buruk bank yang didalangi oleh peguam kerana mahu mengaut keuntungan terhadap mangsa yang sedang tidak bermaya adalah terlalu zalim. Sikap mereka bukan sahaja menyusahkan peminjam dan penjamin, bahkan mahkamah dan Jabatan Insolvensi.
Pengalaman ngeri saya ini sewajarnya diberi perhatian serius oleh Bank Negara supaya ..read more 12Mar2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Grenad diletupkan di luar bank di Thailand
Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.
Grenad diletupkan di luar bank di Thailand
BANGKOK 28 Feb. – Sebuah grenad diletupkan di Bangkok di luar sebuah cawangan bank terbesar di Thailand semalam, menurut polis, sehari selepas mahkamah mengeluarkan keputusan terhadap bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra.
Letupan itu telah memecahkan tingkap dan pintu cawangan Bank Bangkok di daerah Silom namun tiada sebarang kematian dilaporkan, menurut ..read more 27Feb2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Rakyat 1Malaysia Yang Berintegriti
“Jangan Cemarkan Imej Badan Berkanun” ialah antara beberapa siri peringatan yang disalurkan kepada penjawat awam melalui MY INTEGRITI, Informasi Integriti Secara Maya, yang dibangunkan Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Peringatan itu merujuk kepada peraturan tatatertib yang meminta penjawat awam supaya mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang boleh memburukkan dan mencemarkan nama baik badan berkanun seperti berkhalwat, berkelakuan sumbang, menerima dan memberi rasuah, terlibat dengan kegiatan jenayah dan dadah serta melakukan gangguan seksual.
Baru-baru ini peringatan yang disampaikan melalui MY INTEGRITI, adalah lebih semasa. ..read more 4Feb2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Skim cepat kaya perangkap individu tamak
Tanggal 17 Julai 1991 amat merimaskan sebahagian besar pelabur skim cepat kaya. Tauke mereka – Osman Hamzah atau lebih dikenali Pak Man Telo dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Taiping atas tuduhan menerima deposit daripada orang ramai secara tidak sah.
Ramai yang gempar dan hampir tidak percaya bagaimana seorang lelaki Melayu yang tidak tinggi persekolahannya berjaya mencipta skim pelaburan yang didakwa menguntungkan. Ramai juga hairan ramainya bangsa Melayu terpelajar boleh menerima skim yang diperkenalkan seorang lelaki kampung seperti Pak Man Telo.
Selama ..read more 23Jan2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Pos Malaysia perkenal setem mata wang

Pos Malaysia Berhad mengeluarkan koleksi setem dan sampul surat hari pertama menampilkan tema mata wang Malaysia bermula 18 Januari 2010 ini.
Setem itu memaparkan imej keunikan wang syiling Malaysia seperti motif wau dan tepak sirih.
Ketua Setem dan Filateli, Yasmin Ramli, berkata koleksi itu dikeluarkan dengan kerjasama Pos Malaysia dan Bank Negara sempena sambutan ke-50 Bank Negara.
“Ini satu pengiktirafan kepada Bank Negara. Setem ini keluaran pertama menggunakan teknik percetakan ‘Silver Metal Foil’ dengan bentuk bulat yang pasti menggamit minat pengumpul setem,” katanya.
Beliau ..read more 16Jan2010 | MYLASIA | View Comments | Continued
Kereta bawah RM10,000 tetap kena insurans
KUALA LUMPUR 24 NOV 2009 – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengumumkan mekanisme skim insurans kenderaan baru pada harga premium yang berpatutan dengan tahap perlindungan ditawarkan tidak lama lagi.
Perdana Menteri memberitahu, pada masa ini, Bank Negara, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan masih mengkaji skim itu secara holistik.
‘‘Ini adalah untuk mencapai peningkatan dalam akses, kecekapan dan kemampanan sektor insurans motor,’’ katanya.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) pada ..read more 25Nov2009 | MYLASIA | View Comments | Continued



