All Posts Tagged With: "Bendera"

Siapa sebenarnya ‘lidah biawak’?

Siapa sebenarnya ‘lidah biawak’?

PULAU PINANG 22 Julai – Gambar-gambar ini sudah cukup membuktikan sikap sebenar Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Jika sebelum ini Guan Eng menggelarkan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus dengan panggilan-panggilan biadap termasuk lidah biawak, namun gambar-gambar berkenaan menyatakan cerita yang sebenarnya.

Ia dirakam dan diserahkan kepada Utusan Malaysia oleh sumber yang enggan dikenali.

Menurut sumber tersebut, gambar-gambar berkenaan diambil ketika majlis pelancaran kerja-kerja menaik taraf perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera di sini pada 20 Oktober tahun lepas.

Katanya, dakwaan ..read more 22Jul2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Bentuk ketenteraan negara Islam

Oleh DR. MOHD. NOOR YAZIDProgram Hubungan Antarabangsa,Universiti Malaysia Sabah

Sampai bilakah Israel akan dibiarkan mengganas tanpa hukuman yang sewajarnya? Kenapa tindakan ganas Israel tidak disusuli dengan tindakan dan hukuman yang sewajarnya? Kenapa kuasa-kuasa besar utama dunia, khususnya Amerika Syarikat (AS), Britain dan sekutunya tidak melakukan tindakan yang benar-benar berkesan?

Kenapa negara kecil seperti Israel begitu berani bertindak khususnya ke atas orang Islam Palestin, sedangkan dia dikelilingi oleh negara-negara Arab Islam yang jauh lebih besar darinya?

Itu semua adalah soalan-soalan yang selalunya bermain di ..read more 4Jun2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

TERBARU DARI SIBU,BN DIAMBANG KEMENANGAN

1.41 tengah hari: Setakat jam 1 tengah hari, sebanyak 23,103 atau 42.24 peratus telah membuang undi.

12.43 tengah hari: Menurut Zentrum Future Studies – NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu – sehingga jam 12.30 tengahari, sokongan untuk BN dan Pakatan seimbang.

Menurut kajian itu, BN mendapat 49.8 peratus sokongan, Pakatan 49.2 peratus dan bebas 1. peratus.

12.32 tengah hari: Menurut laman Twitter Sibu4change, peratusan keluar mengundi di beberapa pusat pengundian tinggi, setakat jam 12 tadi.

- Di SK Rantau ..read more 16May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Penduduk Palestin tunjuk perasaan sempena Hari Buruh

Penduduk Palestin tunjuk perasaan sempena Hari Buruh

SEMPADAN EREZ, Genting Gaza 2 Mei – Kira-kira 2,000 penduduk Palestin mengadakan tunjuk perasaan mewakili pekerja-pekerja sempena Hari Buruh pada hari ini berhampiran sempadan Erez-Israel bagi membantah tindakan negara Yahudi mengenakan sekatan ke atas Gaza.

“Kami menyeru seluruh dunia untuk menghentikan sekatan ke atas Gaza dan mempertahankan pekerja Palestin di seluruh kawasan yang dihuni oleh penduduk Palestin,” kata Ramzi Rabah, seorang penganjur demonstrasi oleh ..read more 1May2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

PERATUS RENDAH:MUNGKIN PENYOKONG PKR PULAU PENGUNDIAN

BERITA YANG BARU DITERIMA(BN ADA HARAPAN UNTUK MENANG)

5.30ptg: Sejumlah 48,935 atau 75.87 peratus keluar mengundi hari ini. Jumlah tersebut bertambah 2,779 undi berbanding dengan pilihan raya umum lalu.

Pada 2008 sejumlah 75.24 peratus atau 46,156 orang keluar mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

5.00ptg: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tamat jam 5 petang.

Terdapat sekitar 500 orang (separuh penyokong BN dan separuh lagi penyokong Pakatan) di Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam – salah satu tempat tumpuan dalam ..read more 25Apr2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

TINDAKKAN KHALID SAMAD MENYERLAH LAGI KEMUNGKARAN PAS

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT “BERPERANG SAMA SENDIRI” TENTANG ISU BAI’AH Silap-silap kalau hilang sabar – isu Baiah yakni jatuh talak tiga keatas isteri jika wakil rakyat dan pemimpin PAS keluar parti – boleh menyebabkan ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad ‘perang besar’ dengan ahli parlimen PKR Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin. Ini tidak mustahil jika melihat dan mendengar kedua-dua mereka saling berkeras mengecam satu sama lain dalam sidang media berasingan di lobi Parlimen, petang Selasa.

Khalid yang lebih awal mengadakan sidang media ..read more 24Mar2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

Imam syafi’i tolak ketaksuban

Al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’i (150H-204H) merupakan salah seorang tokoh ilmuwan agung yang pernah dilahir oleh sejarah kegemilangan Islam. Beliau sebaris dengan jaguh-jaguh ilmu seperti al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik bin Anas, al-Imam Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Laila, Abi Thaur, al-Imam al-Auza’i, al-Imam Sufyan al-Thauri dan ramai lagi tokoh-tokoh agung dalam sejarah perkembangan fekah Islam.

Beliau berketurunan Rasulullah saw. Nasabnya bertemu dengan Nabi saw. pada ‘Abd Manaf. Syafi’ bin al-Saib (nenek ketiganya) pernah berjumpa Nabi saw, namun teragak-agak untuk menerima ..read more 15Feb2010 | MYLASIA | View Comments | Continued

LAGI PUSAT HIBURAN BARU DIBUKA DI BANDARAYA "ISLAM" ALOR SETAR …

Setelah dua minggu aku berehat menulis blog ini kerana terlalu banyak kerja-kerja yang menimbun untuk disiapkan, hari ini tangan dan jejari jemari sudah tidak tertahan lagi untuk kembali menghangatkan suasana KEDAH SEJAHTERA di bawah naungan PAS yang berpanjikan bendera hijau lusuh bulan purnama gerhana …

NAH ! Hari ini AloQStaQBlog dengan bangga dan sukacitanya mendedahkan satu lagi PUSAT HIBURAN KARAOKE YANG BARU DIBUKA di Bandaraya “ISLAM” Alor Setar beroperasi sejak seminggu yang lepas … TAHNIAH !! Hari tu Pusat Hiburan ..read more 31Dec2009 | MYLASIA | View Comments | Continued

Laman Twitter digodam penggodam Iran

Gambar menunjukkan imej bendera yang menggantikan muka depan laman web Twitter pada pagi semalam.

LONDON – Penggodam Iran menggodam laman web Twitter menyebabkan operasinya terjejas selama dua jam pada pagi semalam, lapor sebuah akhbar semalam.

Serangan itu berlaku pada kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan sekali gus mengakibatkan kira-kira 30 juta pengguna tidak dapat menghantar mesej.

Laman utama Twitter itu digantikan dengan skrin berwarna hitam dan merah yang memaparkan satu bendera berwarna hijau.

Muka surat di laman itu mengandungi mesej yang menyatakan laman tersebut ..read more 19Dec2009 | MYLASIA | View Comments | Continued

Perasmian Sukan SEA di Laos – Malaysia raih pingat pertama

VIENTIANE – Temasya Sukan SEA XXV Laos dibuka secara rasmi dalam satu majlis pembukaan penuh warna warni di Stadium Utama Kompleks Sukan Nasional Laos, semalam.

Ia dirasmikan Timbalan Presiden Republik Laos, Somsawat Lengsawat sekali gus menandakan kesungguhan dan komitmen tinggi negara itu untuk menganjurkan temasya dwi-tahunan tersebut buat kali pertama dalam sejarah.

Ketika Laos mempamerkan keupayaan mereka sebagai tuan rumah, Malaysia pula berjaya meraih pingat pertama semalam menerusi acara taekwondo.

Lee Jeng Yen memberi keceriaan kepada kontinjen negara pada hari perasmian dengan meraih ..read more 10Dec2009 | MYLASIA | View Comments | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline