All Posts Tagged With: "Bernama"
Pemuda UMNO lantik peguam bela wanita Malaysia di Itali
Pemuda UMNO lantik peguam bela wanita Malaysia di Itali
KUALA LUMPUR 16 Mac – Kerana inginkan kehidupan lebih baik, dua orang wanita tempatan kini meringkuk dalam penjara di Itali setelah diperalat oleh satu sindiket dadah antarabangsa untuk menyeludup dadah masuk ke negara itu.
Rasundiri a/p Ganapathi, 50, terbang ke negara itu pada Mei tahun lepas ditemani rakan baiknya Darina Ibrahim, 43, selepas termakan pujukan dua lelaki warga asing yang menjanjikan perniagaan jahitan beliau akan berkembang lebih maju, kata suaminya, Mahinder Singh.
“Pada mulanya, ..read more 16Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Hina Nabi: Umat Islam digesa boikot barangan Sweden
Hina Nabi: Umat Islam digesa boikot barangan Sweden
KUALA LUMPUR 16 Mac – Seorang penyokong kerajaan menyarankan umat Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Sweden sebagai bantahan terhadap tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan lakaran karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W.
Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata, kerajaan Sweden perlu memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia kerana kejahilan warganya iaitu pelukis Lars Vilks yang jelas tidak menghormati agama Islam.
“Mereka seharusnya memahami perasaan penganut agama lain dalam memastikan keseimbangan berterusan ..read more 16Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Edisi Khas : Siapa Nampak Budak Ini Minta Hubungi Polis !!!
Fairol Nizam Kpd sesiapa yg menjumpai @ ternampak kanak2 ini bernama Muhammad Adam Haikal Bin Jalil berumur 6 tahun.
Sila hubungi : 012-279 1044 / 012-931 6653 @ Balai Polis Sg Besi 03-9058 5277 @ Balai Polis berhampiran.
Kanak2 ini hilang ketika bermain di kawasan Flat Sri Kota Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pd hari sabtu lepas.
Harap Blogger BPN dan rakan Facebook dapat edarkan edisi khidmat masyarakat ini
Sumber Berita
AKPC_IDS += "3726,";Popularity: unranked [?]
16Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | ContinuedRISDA cadang naikkan bantuan tanam semula
RISDA cadang naikkan bantuan tanam semula
PASIR PUTEH 14 Mac – Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah (RISDA) bercadang akan menaikkan kadar bantuan tanaman semula getah tua daripada RM7,000 kepada RM10,000 bagi setiap hektar tidak lama lagi.
Timbalan Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohd. Zuki Wan Mohamad berkata, bantuan tanaman semula sekarang sebanyak RM7,000 bagi setiap hektar sudah tidak mencukupi berasaskan kos pengendalian semakin meningkat.
“Ini termasuk bahan-bahan import, upah tenggala, benih dan racun,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Penerangan Pembasmian Kemiskinan ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Jalur lebar kelajuan tinggi di Lembah Klang mula bulan ini
Jalur lebar kelajuan tinggi di Lembah Klang mula bulan ini
KUALA LUMPUR 15 Mac – Rakyat Malaysia, yang ketika ini merupakan antara pengguna Yahoo!, Friendster, Facebook dan blog terbesar di Asia, boleh berharapkan kepada lebih banyak aplikasi definisi tinggi dengan pelancaran jalur lebar kelajuan tinggi (HSBB) di Lembah Klang bermula bulan ini.
Sebanyak 27 kawasan di Lembah Klang akan dilengkapkan dengan HSBB dalam tempoh dua tahun, dengan pelancaran awal di Bangsar, Taman Tun Dr. Ismail, Shah Alam dan Subang Jaya yang dianggap ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Kabinet teliti rang undang-undang ISA Jumaat – Hisham
Kabinet teliti rang undang-undang ISA Jumaat – Hisham
KUALA LUMPUR 15 Mac – Cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan diteliti oleh Kabinet pada Jumaat ini sebelum boleh dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, walaupun draf rang undang-undang itu telah siap, ia mesti terlebih dahulu diserah kepada Kabinet untuk diluluskan.
“Saya berharap pindaan ISA dapat dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini, namun jika tidak dapat dilakukan kita akan kembali kepada ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Tindakan tegas jika China Press tiada alasan munasabah
Tindakan tegas jika China Press gagal beri alasan
KUALA LUMPUR 15 Mac – Tindakan tegas akan diambil terhadap akhbar China Press sekiranya ia gagal mengemukakan alasan munasabah kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung laporannya mengenai peletakan jawatan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selain mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akhbar itu Sabtu lepas, KDN juga telah meminta wakil daripada syarikat akhbar berkenaan untuk hadir ke kementerian pagi ini untuk memberi penjelasan.
“Apa yang kita ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Kerajaan Perkenal Dua Tabung Pencen Baru Tahun Depan
Kerajaan akan memperkenalkan skim pencen bekerja sendiri dan usia tua, kemungkinan pertengahan tahun depan di bawah konsep kerajaan penyayang, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.
Beliau berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kajian aktuari mengenai dua skim itu sebelum ia dilaksanakan.
“Kami kini di dalam proses memperkenalkan tabung pemberhentian bagi pekerja sektor swasta,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 80 wanita yang menamatkan kursus latihan kemahiran yang dijalankan oleh kementerian di sini hari ini.
Mengenai cadangan dana pencen ..read more 14Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Fauzi Nawawi dengan siapa pula tu?
Fauzi Nawawi dengan siapa pula tu?
CEPAT pasang teropong, kami nampak Fauzi Nawawi dengan dot… dot… dot…”Begitulah reaksi seorang peminat apabila dia mendakwa terserempak dengan pelakon macho abad ini, Fauzi Nawawi ketika berjalan-jalan di ibu kota beberapa minggu lalu.
Seorang peminat bernama Ayu yang mengadu kepada Niezam turut bertanya sama ada Fauzi dengan Lisdawati masih suami isteri lagi ke tak?
Ehh… Ayu… Jaga sikit mulut. Nak mati ke? Sah-sah rumah tangga Fauzi dengan Lisdawati aman bahagia sekarang ni.
Cuma tak dinafikan sebelum ini ..read more 14Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Musa Hassan nafi hantar surat peletakan jawatan
Musa Hassan nafi hantar surat peletakan jawatan
KUALA LUMPUR 13 Mac — Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan laporan yang menyatakan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan.
Sambil mempersoalkan sumber yang digunakan akhbar terbabit dalam menerbitkan laporan itu, Musa berkata, laporan itu tidak berasas sama sekali kerana beliau tidak pernah mengemukakan surat peletakan jawatan seperti yang dilapor.
“Saya tidak pernah menghantar sebarang peletakan jawatan kepada sesiapapun termasuk Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Berita itu tidak benar ..read more 13Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued