All Posts Tagged With: "Bola Sepak"
Beri pilihan kepada sekolah tentukan jenis sukan SPTS
Beri pilihan kepada sekolah tentukan jenis sukan SPTS
KUALA LUMPUR 6 Mac – Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) meminta Kementerian Pelajaran memberi kelonggaran kepada guru dan murid untuk memilih jenis sukan yang digemari mereka dalam menerapkan program Satu Pelajar Satu Sukan.
Presidennya, Prof Madya Dr. Mohamad Ali Hassan berkata, kementerian juga perlu terlebih dahulu melatih guru khusus dalam program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) kerana kebanyakan guru Pendidikan Jasmani kini tidak terlatih secara khusus dalam bidang tersebut.
“Kebanyakan ..read more 6Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Cheryl beri peluang 15 minit kepada Cole
Cheryl beri peluang 15 minit kepada Cole
LONDON 4 Mac – Cheryl Cole akan ke London bagi mengadakan perbincangan dengan suaminya, Ashley Cole, dedah akhbar The Sun.
Penyanyi itu bersetuju dengan permintaan bintang bola sepak Chelsea yang curang itu untuk berjumpa, dengan syarat ia diadakan di kawasan luar dari tempat penginapan masing-masing.
Cheryl, 26, akan terbang ke selatan Perancis, di mana Cole, 29, menjalani pemulihan akibat kecederaan buku lali.
Sumber berkata, Cheryl mahu bertegas dengan Cole dan percaya ia lebih mudah dilakukan di kawasan ..read more 5Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Ronaldo tawar bantuan kepada mangsa banjir lumpur
Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.
Ronaldo tawar bantuan kepada mangsa banjir lumpur
MADRID 22 Feb. – Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo berkata, dia begitu `cemas dan terkejut’ dengan bencana banjir dan tanah runtuh di tempat kelahirannya, Madeira yang membunuh lebih 40 orang dan mencederakan lebih 120 yang lain.
Pemain sayap Real Madrid dan Portugal itu berkata, ia adalah `tragedi tanpa amaran’ ..read more 21Feb2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
FIFA: Henry bebas daripada terima hukuman
FIFA: Henry bebas daripada terima hukuman
ZURICH 19 Jan. – Penyerang Perancis, Thierry Henry tidak akan dikenakan hukuman terhadap tindakannya menggunakan tangan bagi membantu negara itu mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Ireland, November lalu.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam satu kenyataan, semalam.
Jawatankuasa disiplin FIFA memutuskan bahawa tidak ada mekanisme untuk menghukum Henry terhadap tindakannya menggunakan tangan ketika perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia, tahun lalu. -REUTERS
Five Filters ..read more 19Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Donovan mahu kekal di Everton
Donovan mahu kekal di Everton
LIVERPOOL, England 19 Jan. – Landon Donovan memasang harapan untuk terus beraksi di Everton selepas perpindahan pinjaman selama 10 minggu dari kelab asalnya, Los Angeles Galaxy berjaya dilaksanakan.
Pemain antarabangsa Amerika Syarikat itu dilihat memberi kesan besar kepada Everton sepanjang dua perlawanannya di bahagian sayap kelab England tersebut.
Dia dijangka kembali beraksi di Liga Bola Sepak Utama (MLS) menjelang perlawanan pembukaan liga tersebut 27 Mac ini.
Donovan semalam berkata: “Jika ..read more 19Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Piala Negara-negara Afrika dibuka secara rasmi
Piala Negara-negara Afrika dibuka secara rasmi
LUANDA 11 Jan. – Kejohanan bola sepak Piala Negara-negara Afrika dibuka secara rasmi semalam, dua hari selepas serangan puak pemisah ke atas pasukan Togo yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan sembilan yang lain.
Presiden Angola, Jose Eduardo dos Santos merasmikan kejohanan itu di Stadium 11 November yang baru dibina yang memuatkan 50,000 tempat duduk dan pasukan tuan rumah berdepan dengan Mali pada perlawanan pembukaan.
Dalam ucapannya, ..read more 11Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Autopsi terhadap pewaris Johnson & Johnson
Autopsi terhadap pewaris Johnson & Johnson
LOS ANGELES 5 Jan. – Proses autopsi mungkin akan dilakukan terhadap Casey Johnson, pewaris empayar Johnson & Johnson dan anak perempuan pemilik Pasukan Bola Sepak New York Jets yang ditemui mati di dalam kediamannya di Los Angeles.
Ketua Penyiasat Koroner Wilayah Los Angeles, Craig Harvey berkata, pemeriksaan akan dijalankan hari ini ke atas Johnson yang berusia 30 tahun.
Katanya, beliau tidak dapat memberikan maklumat lanjut selain tidak mengesahkan ..read more 6Jan2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Messi Pemain Terbaik Dunia 2009
ZURICH – Lionel Messi muncul pemain pertama dari Argentina yang berjaya memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA selepas diumumkan sebagai penerima bagi tahun 2009 awal pagi semalam.
Penyerang berusia 22 tahun itu yang turut memenangi anugerah Pemain Terbaik Eropah 2009 awal bulan ini meraih pengiktirafan tersebut selepas membantu Barcelona muncul juara empat piala, Liga Juara-Juara, Piala Kelab Dunia, Liga Sepanyol dan Piala Raja-Raja Sepanyol.
“Ini merupakan penutup kepada tahun paling gemilang buat Barcelona, rakan-rakan sepasukan dan juga diri saya sendiri,” kata Messi ..read more 23Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Sepanyol: Tiga perlawanan persahabatan sebelum Piala Dunia
Sepanyol: Tiga perlawanan persahabatan sebelum Piala Dunia
MADRID 23 Dis. – Juara Eropah, Sepanyol bercadang mengadakan tiga perlawanan persahabatan sebelum bermulanya Piala Dunia di Afrika Selatan, tahun depan.
Dua perlawanan tersebut akan diadakan di laman sendiri dan satu lagi di gelanggang lawan, kata Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF), semalam.
Perlawanan di Sepanyol dijadualkan berlangsung 29 Mei dan 8 Jun, manakala pertemuan di gelanggang lawan dijangka 5 Jun, selepas satu kem latihan selama empat hari ..read more 22Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Berhenti bincang GST elak rakyat keliru
Berhenti bincang GST elak rakyat keliru
IPOH 20 Dis. – Semua pihak terutama ahli-ahli politik diminta tidak terus membincangkan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana ia boleh mengelirukan rakyat.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, masih banyak masa untuk membincangkan mengenai GST apabila ia dibahaskan di Dewan Rakyat, Mac depan.
“Saya fikir eloklah semua pihak berhenti membincangkan mengenai GST ini bagi mengelakkan rakyat menjadi keliru dan salah faham.
“Pada masa sama, program penerangan akan dijalankan termasuk memanggil editor-editor media untuk ..read more 21Dec2009 | MYLASIA | 0 comments | Continued