All Posts Tagged With: "Datuk Seri Najib"
Edisi Hentam PKR : Anwar fitnah lagi kaitkan Najib/Rosmah dengan Zionis Israel
Pertama kita kena baca apa Anwar kata di blog beliau di sini http://anwaribrahimblog.com Antaranya : 1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keangkuhannya apabila sanggup melantik syarikat milik Yahudi untuk menasihati beliau dan isteri atas urusan-urusan negara, termasuk mereka slogan-slogan seperti Satu Malaysia. Jawapan kita : Mana buktinya ? 2. bukti jelas Syarikat APCO yang pernah menjadi penasihat kepada kerajaan Israel, kini dibayar sehingga 60 juta ringgit, untuk menasihati Najib dan kerajaan pimpinannya. Jawapan kita : Mana buktinya ? 3. tindakan pemimpin-pemimpin umno menggunakan ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Kerajaan Perkenal Dua Tabung Pencen Baru Tahun Depan
Kerajaan akan memperkenalkan skim pencen bekerja sendiri dan usia tua, kemungkinan pertengahan tahun depan di bawah konsep kerajaan penyayang, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.
Beliau berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kajian aktuari mengenai dua skim itu sebelum ia dilaksanakan.
“Kami kini di dalam proses memperkenalkan tabung pemberhentian bagi pekerja sektor swasta,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 80 wanita yang menamatkan kursus latihan kemahiran yang dijalankan oleh kementerian di sini hari ini.
Mengenai cadangan dana pencen ..read more 14Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Lima juta warga Malaysia aktif dalam Facebook – Najib
Lima juta warga Malaysia aktif dalam Facebook – Najib
PUTRAJAYA 13 Mac – Kira-kira lima juta warga Malaysia sangat aktif dalam laman web sosial, Facebook, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata ini satu petanda yang baik bahawa masyarakat kini memanfaatkan penggunaan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dan kerajaan akan melaksanakan inisiatif jalur lebar seberapa luas yang boleh.
“Dengan itu, kita dapat menghubungkan semakin ramai warga Malaysia. Dengan itu, kita dapat menggunakan Internet untuk meningkatkan kesinambungan sosial kita.
“Keindahan Internet ialah ..read more 14Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Amalkan lapan tonggak perdana bagi transformasi negara
Amalkan lapan tonggak perdana bagi transformasi negara
PUTRAJAYA 13 Mac — Perkhidmatan awam yang dianggotai kira-kira 1.2 juta kakitangan tidak terkecuali daripada perlu melakukan transformasi segera sejajar dengan tuntutan untuk menzahirkan aspirasi kerajaan.
Peranan penjawat awam amat signifikan dalam melaksanakan agenda negara dan mereka perlu melihat dengan sepasang mata yang baru melalui lensa yang segar bagi memastikan ia mampu menghadapi cabaran yang diletakkan di hadapan dengan penyelesaian yang tidak mempunyai cacat dan cela.
Usaha itu sangat perlu khususnya ketika Perdana Menteri Datuk Seri ..read more 13Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Laluan kerjaya baru: 9,698 pegawai kesihatan naik pangkat
Laluan kerjaya baru: 9,698 pegawai kesihatan naik pangkat
KUALA LUMPUR 12 Mac – Seramai 9,698 pegawai kesihatan menikmati kenaikan pangkat daripada Gred 44 hingga Gred 54 ekoran pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lepas mengenai landasan kerjaya komprehensif bagi tiga perkhidmatan Kementerian Kesihatan.
Mereka terdiri daripada 8,521 pegawai perubatan klinikal/pentadbiran, 650 pegawai pergigian dan 527 pegawai farmasi.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa sebagai permulaan, 2,554 pegawai perubatan Gred ..read more 12Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Najib Tenang Berhadapan Ahli Parlimen Pembangkang Di Parlimen
Pembangkang yang tidak tahu bersyukur bukannya mahu berterima kasih kepada Perdana Menteri yang sanggup mengenepikan kepentingan politik demi kesejahteraan rakyat Kelantan. Sebaliknya mereka menghujani Perdana Menteri dengan pelbagai soalan dan meminta penjelasan tentang isu royalti minyak hingga terpaksa ditetenteramkan oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat.
Pun begitu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
PM – Memeta wawasan melaksana amanah
Teks ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-11 (MAPPA XI) pada Selasa, 9 Mac 2010 jam 9.30 pagi di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin bin Mohd. Yassin,
Timbalan Perdana Menteri Malaysia,
Y.B. Menteri-Menteri,
Y.A.B. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,
Y.B. Timbalan-Timbalan Menteri,
Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan,
Ketua Setiausaha Negara,
Y.Bhg. Tan Sri Ismail Adam,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia,
Y.Bhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, ..read more 10Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Khidmat van Internet bergerak
Khidmat van Internet bergerak
KUALA LUMPUR 8 Mac – Sektor korporat disaran membantu kerajaan menyediakan perkhidmatan van Internet bergerak bagi memberi peluang kepada semua rakyat khususnya penduduk luar bandar untuk turut sama menikmati kemudahan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selain itu perkhidmatan berkenaan juga perlu disediakan untuk penduduk bandar yang tidak mempunyai akses Internet di kediaman masing-masing.
Beliau yakin melalui penyediaan perkhidmatan van Internet tersebut, banyak pihak yang akan mendapat manfaat serta faedahnya terutama pelajar miskin sama ada di ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Petronas ungguli Anugerah CSR Perdana Menteri
Petronas ungguli Anugerah CSR Perdana Menteri
KUALA LUMPUR 8 Mac – Petronas mengungguli Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Perdana Menteri 2009 apabila muncul sebagai pemenang keseluruhan pertandingan itu hari ini.
Selain itu, Petronas juga gah apabila dinobatkan sebagai pemenang utama anugerah sama bagi kategori Pendidikan serta kategori Budaya dan Warisan.
Pemenang-pemenang lain adalah CIMB Group bagi kategori Komuniti dan Kebajikan Sosial, Intel Technology Sdn. Bhd. (Persekitaran), The Truly Loving Company (CSR Syarikat Kecil), Telekom Malaysia Bhd. (Amalan Terbaik di Tempat Kerja), Rampai ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Bekas prebet pun mahu kerja di sektor awam
Bekas prebet pun mahu kerja di sektor awam
SAYA mewakili bekas anggota tentera berpangkat prebet ingin meluahkan masalah untuk tatapan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Kami memohon agar dapat diberikan kelonggaran kepada bekas anggota tentera berpangkat prebet yang ingin menceburi sektor awam, khususnya dalam bidang beruniform.
Rata-rata jawatan beruniform yang ditawarkan dalam sektor awam memerlukan yang berpangkat koperal ke atas. Habis bagaimana dengan pangkat prebet? Kebanyakan bekas tentera dahulu tidak mempunyai kelulusan tinggi. Malah yang berpangkat koperal pun ada yang berkelulusan ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued