All Posts Tagged With: "Daya Saing"

Qatar dijangka labur RM16 bilion

Qatar dijangka labur RM16 bilion

PUTRAJAYA 14 Mei – Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar (QIA) dijangka melabur kira-kira RM16 bilion di Malaysia tidak lama lagi.

Ia dicapai hasil Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara QIA dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatnya dari Qatar, Sheikh Hamad Jassim di Bangunan Perdana Putra hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, MoU itu bertujuan mengenal pasti peluang pelaburan termasuk dalam sektor tenaga dan hartanah ..read more 15May2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Perutusan Hari Guru 2010 : Menteri Pelajaran

PERUTUSAN HARI GURU 2010

MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN

SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-39

TEMA: “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

16 haribulan Mei setiap tahun merupakan Hari Guru. Seluruh negara akan menyambut dan merayakan Hari Guru sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan kaum guru. Justeru, marilah kita semua merafakkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita dapat menyambut dan ..read more 14May2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Perkukuh daya saing Melayu

Perkukuh daya saing Melayu

KUALA LUMPUR 6 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keupayaan dan daya saing orang Melayu perlu dikukuhkan melalui perubahan minda dan sikap supaya mereka lebih berkeyakinan untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri berkata, atas sebab itulah walaupun kerajaan meneruskan dasar afirmatif, kerajaan akan mentransformasikan pendekatan dasar itu untuk membantu dan memberikan insentif kepada orang Melayu yang mempunyai potensi untuk maju.

Dalam erti kata lain, katanya, kerajaan akan membantu orang Melayu yang telah membuktikan ..read more 7May2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

Keupayaan daya saing orang Melayu perlu diperkukuhkan

Keupayaan daya saing orang Melayu perlu diperkukuhkan

KUALA LUMPUR 6 Mei – Keupayaan daya saing orang Melayu perlu diperkukuhkan lagi melalui perubahan minda dan sikap supaya mereka dapat bersaing dengan bangsa lain di persada antarabangsa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, dengan cara ini, maka orang Melayu akan lebih yakin untuk bersaing di persada antarabangsa.

“Sebab itulah walaupun apa yang disebutkan sebagai tindakan afirmatif masih kita kekalkan tapi pendekatan kita… kita akan ubah supaya kita membantu orang Melayu yang ada ..read more 6May2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

MEB tunjang ekonomi rakyat

Saya amat berbesar hati berada di sini pada hari ini. Pemimpin perniagaan dan pelabur adalah penting untuk menentukan kesejahteraan ekonomi Malaysia dan juga masyarakat. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas usaha, sumbangan dan penglibatan anda dalam beberapa perbincangan penting yang akan berlangsung sepanjang beberapa hari yang akan datang.

‘Menerajui Kecemerlangan Global’ tema bagi Invest Malaysia 2010, adalah berpadanan dengan persekitaran Bursa Malaysia yang berpandangan jauh serta aspirasi yang dikongsi bersama bagi negara dan perniagaan. Ia juga bertepatan dengan apa yang ingin ..read more 31Mar2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

MEB hadiah kerajaan BN kepada rakyat!!

Model Ekonomi Baru atau MEB telah dilancarkan oleh DS Najib pada pagi ini. Langkah ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengangkat ke satu peringkat lebih tinggi.

Sebagai seorang berkelulusan dalam bidang ekonomi dari Universiti Nottingham, England pada tahun 1974 setentunya beliau amat faham selok belok ekonomi suasana negara dan dunia sekarang ini. Jadi DS Najib bukanlah seorang yang buta ekonomi iaitu hanya mendengar ‘punahsihat’ semata-mata tetapi beliau juga berkeupayaan untuk menganalisis suasana ekonomi semasa ..read more 30Mar2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

MPC: Penggunaan e-Perdagangan terhad

Penggunaan pakai dan pelaksanaan e-perdagangan tidak begitu diterima secara meluas oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), terutamanya dalam meningkatkan produktiviti dan daya saing mereka, kata Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Ketua Pengarahnya, Mohd Razali Hussain berkata, sebab utamanya adalah kekurangan pemahaman berhubung e-perdagangan dan keengganan mereka untuk meninggalkan zon keselesaan.

“Ia lebih kepada isu pemikiran. Usahawan PKS tidak sedar akan kepentingan transaksi e-perdagangan dalam meningkatkan produktiviti dan mereka tidak begitu terdedah kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Usahawan-usahawan ini meneruskan kerjaya mereka tanpa mengguna ..read more 17Mar2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

‘Hentikan pecah belah Felda’

‘Hentikan pecah belah Felda’

PUTRAJAYA 13 Mac – Pihak yang cuba memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian peneroka Felda digesa menghentikan segera perbuatan itu demi memastikan masa depan dan daya saing anak-anak peneroka terus terbela.

Mengingatkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengakui Felda kini ‘diasak’ dengan sentimen politik oleh pihak berkepentingan yang cuba memanipulasikan generasi keduanya.

Beliau menarik perhatian antara isu yang cuba diketengahkan kumpulan terbabit adalah mahu supaya semua rumah dan kebun dalam Felda Plantation diserahkan kepada generasi kedua.

”Kalau ..read more 14Mar2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

MI2010 anjakan inovasi tempatan

Oleh LAUPA JUNUS

Siapakah Mark Zuckerberg? Berapa ramai yang mengenalinya?

Beliau merupakan seorang pelajar universiti telah mencipta satu laman sosial iaitu Facebook yang seterusnya kini menjadi satu fenomena di seluruh dunia.

Hasil dari penciptaan laman web berkenaan, Mark Zukerberg merupakan salah seorang bilionair muda hasil penemuan yang inovatif.

Mengapa manusia perlu kepada inovasi? Inovasi merupakan cara atau pendekatan baru dalam melakukan sesuatu.

Perkataan inovasi sering dikaitkan dengan proses dan tidak semestinya bergantung kepada ciptaan baru dan ia juga yang merevolusikan tamadun manusia.

Demikian pentingnya inovasi dan ..read more 27Jan2010 | MYLASIA | Comments Off | Continued

2010 Tahun Kreativiti dan Inovasi

2010 Tahun Kreativiti dan Inovasi

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tahun hadapan akan menjadi Tahun Kreativiti dan Inovasi untuk negara dengan beberapa program sejajar tema itu yang disokong konsep serta semangat 1Malaysia telah diatur.

Kata Perdana Menteri, penekanan kepada aspek inovasi amat penting kerana ia bukan sahaja mewujudkan pekerjaan tetapi juga menggalakkan daya saing negara.

Menurutnya, sejak tahun 2000 lagi, dunia telah melihat kemunculan produk yang amat inovatif seperti iPhone, Blackberry, Twitter, Facebook dan YouTube serta kebangkitan ..read more 24Dec2009 | MYLASIA | Comments Off | Continued

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline